Pengalaman Sistem Jualan POS yang Menambat Hati 1.5 Juta Pembaca Mengingati Jenama Ini
By Cavan Koh, Erica Loh & Imaduddin Yahaya · 25th February, 2026
目录与内容大纲
Pengalaman Sistem POS yang Menambat Hati 1.5 Juta Pembaca Mengingati Jenama Ini
Di sebalik kesibukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), iaitu antara pesta buku tahunan terbesar di Asia Tenggara, lebih 1.5 juta pembaca membanjiri dewan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dalam suasana yang kompetitif ini, ratusan penerbit, penulis dan penjual buku bersaing untuk menarik perhatian pengunjung. Namun, dalam acara besar seperti ini, peniaga sebenarnya tidak mempunyai peluang kedua.
Barisan yang panjang? Pelanggan akan terus berlalu.Pilihan pembayaran terhad? Pelanggan akan berkata, “mungkin lain kali.”Checkout tanpa sentuhan peribadi? Pelanggan langsung tidak akan mengingati jenama anda.
Inilah yang difahami oleh Bookcafe dan sebab itulah mereka memilih untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
Menghidupkan Detik Indah Buat Pencipta Buku
Bookcafe, atau nama rasminya PTS Bookcafe Sdn Bhd, merupakan antara kedai buku dalam talian terkemuka di Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 2008, Bookcafe sudah menjadi sebutan peminat buku dengan koleksi melebihi 9,000 judul buku daripada lebih 400 penerbit. Koleksi mereka merangkumi buku Islamik, pembangunan diri, fiksyen, buku kanak-kanak serta rujukan akademik.
Apa yang membezakan Bookcafe bukan sekadar pilihan buku yang banyak, tetapi pemahaman mendalam mereka tentang cara rakyat Malaysia membeli belah.

Di PBAKL, Bookcafe bukan sekadar menjual buku, mereka mencipta pengalaman pembayaran dengan sokongan sistem POS EasyStore..
1. Miliki Buku Idaman Tanpa Perlu Beratur Panjang
Bookcafe nekad untuk menghapuskan masalah utama di pesta buku iaitu barisan pembayaran yang panjang. Keterujaan pembaca terhadap buku baharu tidak seharusnya terpadam hanya kerana menunggu untuk membuat bayaran.
Bagi mempercepatkan proses checkout, Bookcafe menjadikan kakitangan mereka sebagai juruwang bergerak dengan menggunakan lebih 20 peranti sistem POS mudah alih seperti iPad dan SUNMI V2s, memastikan setiap transaksi dapat diselesaikan di mana sahaja.
Strategi ini membolehkan urusan transaksi dilakukan di mana-mana sahaja di dalam gerai. Pelanggan tidak perlu lagi mencari kaunter bayaran kerana kakitangan sendiri yang akan datang kepada mereka. Apabila pembaca sudah bersedia untuk membayar, mereka hanya perlu memanggil mana-mana kakitangan berdekatan — beberapa sentuhan di skrin, dan buku tersebut menjadi milik mereka.
“Saya sendiri terkejut ketika berada di gerai. Walaupun jualan berjalan lancar, hampir tiada barisan panjang di kaunter.”— Hairul, Ketua Pegawai Eksekutif, Bookcafe
2. Operasi lancar walaupun dikendalikan pekerja sambilan
Bagi Bookcafe, kualiti layanan mestilah konsisten. Mesej utama mereka kepada pelanggan adalah jelas: “Kami ramah, boleh dipercayai, dan anda berada dalam jagaan yang selamat bersama kami.”
Sebelum pesta berlangsung, Bookcafe telah menjalankan sesi latihan menggunakan sistem POS selama satu hari khusus untuk pekerja sambilan. Proses pembelajaran ini menjadi mudah kerana sistem POS EasyStore yang mesra pengguna, sekaligus membolehkan setiap kakitangan mengendalikan jualan dengan yakin.
Hasilnya, pengalaman checkout yang konsisten untuk semua. Tidak kira siapa yang bertugas, setiap pembaca menikmati proses pembayaran yang pantas dan lancar — tanpa barisan dan tanpa kekeliruan.
“Kami perlu mengambil pekerja sambilan untuk menguruskan gerai. Kebanyakan mereka tidak biasa dengan sistem kami. Mujurlah sistem POS EasyStore sangat ringkas dan mudah dipelajari.”— Hairul, Ketua Pegawai Eksekutif, Bookcafe
3. Akaun keahlian yang memudahkan pembelian masa hadapan
Bookcafe mahu membina hubungan jangka panjang dengan pembaca, bukan sekadar jualan sekali sahaja. Melalui program kesetiaan pelanggan (loyalty program) yang dilancarkan di PBAKL, pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli hanya dengan nama dan nombor telefon.
Menariknya, keahlian ini bersifat menyeluruh. Pelanggan boleh mengumpul dan menggunakan mata ganjaran mereka sama ada di gerai fizikal mahupun melalui kedai dalam talian Bookcafe selepas acara berakhir. Untuk pembelian seterusnya, pembaca hanya perlu log masuk menggunakan nombor telefon dan OTP untuk mengakses ganjaran mereka, seterusnya menjadikan perjalanan membaca satu pengalaman berterusan.
“Kami ingin memastikan perjalanan membaca ini berterusan dan terus menjalin hubungan erat dengan pelanggan, walaupun PBAKL sudah tamat.”— Shahrul, Pengurus Jualan Bookcafe
4. Pelbagai pilihan pembayaran pantas
Pembaca kini mahukan fleksibiliti. dengan integrasi penuh antara
sistem POS EasyStore dan gerbang pembayaran, Bookcafe menerima semau jenis bayaran seperti QR Pay, kad kredit, mahupun e-dompet.
Proses ini berlaku dalam masa beberapa saat sahaja, membolehkan pembaca membawa pulang buku pilihan mereka dengan lebih pantas.
5. Urusan pelepasan cukai lebih mudah dengan e-Invois
Sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk menggalakkan pembinaan ilmu, pembelian buku dan langganan layak untuk pelepasan cukai.
Bagi Bookcafe, ini lebih daripada sekadar dasar – ia adalah peluang untuk memberi pembaca lebih banyak sebab untuk menikmati apa yang mereka sukai.
Setiap pembelian di gerai Bookcafe disertakan dengan resit yang mengandungi kod QR e-Invois, memudahkan pembaca membuat tuntutan cukai tanpa langkah tambahan.
“Kami tidak perlu membuka kaunter khas untuk e-Invois. Semuanya berjalan lancar dalam aliran sedia ada.”— Shahrul, Pengurus Jualan Bookcafe
6. Sistem inventori pintar yang mengelakkan kekecewaan pelanggan
Tiada yang lebih mengecewakan daripada datang dengan penuh semangat untuk mendapatkan buku idaman, hanya untuk mengetahui ia telah kehabisan stok.
Bookcafe amat mementingkan pengalaman pelanggan dan tidak mahu sesiapa pulang dengan tangan kosong.
Bookcafe bertindak bijak dengan mengasingkan stok untuk jualan di pesta buku dan kedai dalam talian. 
Pengasingan ini membolehkan promosi yang sama dijalankan di kedua-dua saluran. Pembaca yang hadir ke pesta buku boleh membeli secara fizikal, manakala mereka yang tidak berkesempatan hadir masih boleh mendapatkan buku yang sama secara dalam talian.
Bagi pembaca yang terlepas stok fizikal, kakitangan boleh menyemak inventori dalam talian melalui sistem POS, membantu mereka membuat pembelian secara dalam talian untuk dihantar terus ke rumah mereka.
“Seorang pelanggan datang ke PBAKL pada waktu pagi dan tertarik dengan salah satu buku kami. Apabila dia kembali, stok di gerai telah habis. Namun, dia masih berjaya membelinya melalui laman web kami dengan diskaun yang sama.”— Hairul, Ketua Pegawai Eksekutif, Bookcafe
Jadikan Setiap Pembayaran Satu Detik yang Tidak Dilupakan
Di PBAKL, dengan lebih sejuta pembaca dan ratusan gerai, Bookcafe berjaya menonjol bukan hanya kerana buku mereka, tetapi kerana pengalaman membeli yang mudah dan lancar.
Dari pembayaran pantas, resit yang memudahkan tuntutan pelepasan cukai, hingga pengalaman dalam talian yang bersambung — setiap langkah dirancang untuk menjadi lebih mesra dan bermakna.
Ketika yang lain cuba menarik perhatian dengan cara yang bising, Bookcafe memilih untuk menjadikan semuanya mudah. Fokus mereka jelas iaitu untuk membantu pelanggan mendapatkan apa yang mereka inginkan, tanpa kerumitan.
Ketahui lebih lanjut bagaimana Bookcafe melakukannya.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.