webinar-recap-social-media-copywriting-techniques-be

Webinar Recap: Teknik Copywriting Media Sosial

By Kholil Jofri · 10th August, 2022

Copywriting merupakan salah satu antara perkara yang penting yang perlu di beri perhatian apabila melakukan proses marketing terutamanya untuk posting di media sosial. 

Apa maksud copywriting ni?

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan atau ayat promosi yang persuasif dengan objektif mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Sudah pasti, tindakan yang dimahukan adalah adalah membeli dari kita.

Penggunaan teknik dan formula copywriting yang betul adalah penting. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian audiens kita dan memberikan maklumat yang berkaitan dengan mereka. Audiens akan lebih faham tentang brand atau produk kita dan seterusnya berupaya untuk menukar mereka menjadi pelanggan kita.

Baru-baru ini kami telah mengadakan webinar mengenai 'Teknik Copywriting Media Sosial' dan membincangkan apakah teknik copywriting yang betul dan cara menukarkan audiens anda kepada pelanggan melalui copywriting. Kami menjemput Nazurah, pakar copywriting sebagai speaker jemputan kami.

Walaupun sesi webinar berlangsung pada waktu malam, namun ianya tidak menghalang peserta untuk sentiasa bersemangat sepanjang sesi berlangsung. Ya, demi mendapatkan ilmu! Dedikasi dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta telah menjadikan webinar ini berlansung dengan jayanya.

Sesi webinar diadakan percuma bersama komuniti ecommerce dan para usahawan online di Malaysia. Webinar ini adalah satu langkah yang baik untuk kami membantu usahawan ecommerce untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan pengetahuan tentang bagaimana cara dan teknik yang betul untuk membina copywriting. Dengan penggunaan teknik copywriting yang betul, usahawan boleh meningkatkan lagi jualan bisnes mereka.

Tentang Speaker

Dia memulakan kerjayanya sebagai Pakar Content Strategist dan Copywriting di sebuah agensi pemasaran digital antarabangsa.

Sebagai seorang copywriter, dia telah bekerja dengan pelbagai pelanggan daripada pelbagai industri dan telah berjaya menjana 4x ROAS untuk jenama ecommerce dengan ‘content’ dan tulisan hasilnya.

Pada tahun 2020, dia memulakan personal branding dengan muncul di media sosial dan berkongsi pengalamannya dalam content marketing.

Key Takeaways

Di dalam webinar ini, Nazurah berkongsi bagaimana cara untuk  menukar cold audience anda menjadi pelanggan melalui copywriting.

Cold audience ni, orang yang belum nak membeli lagi dengan kita- Nazurah

Dengan mengenal dan memahami tahap kesedaran audiens kita, kita boleh menulis copywriting bersesuaian supaya dapat menarik perhatian mereka. Ini seterusnya akan membantu menjadikan mereka pelanggan kita.

5 Tahap Kesedaran Audiens (5 Stage Level of Audience Awareness)

  • Most Aware - Audiens yang sudah kenal, suka, dan percaya pada anda tapi masih belum membeli kerana mereka tengah tunggu offer menarik
  • Product Aware - Audiens yang sudah kenal produk anda tapi mereka masih tidak yakin yang produk anda boleh bantu mereka.
  • Solution Aware - Audiens yang tahu apa solusi untuk masalah mereka, tetapi masih buntu akan produk yang dapat bantu mereka.
  • Problem Aware - Audiens yang tahu akan masalah yang mereka hadapi tetapi mereka tidak tahu akan jalan penyelesaian terhadap masalah.
  • Unaware - Audiens yang belum tahu atau tidak sedar tentang masalah yang mereka hadapi.

5 Formula Copywriting Berdasarkan 5 Tahap Kesedaran Audiens

  • Tahap kesedaran - Unaware

  • Tahap kesedaran - Problem aware

  • Tahap kesedaran - Solution aware

  • Tahap kesedaran - Product aware

  • Tahap kesedaran - Most aware

4 Tips Menulis Product Description untuk Ecommerce

1. Persona pembeli (buyer persona)

Kenal siapa sasaran pelanggan ideal anda dan pada masalah yang dihadapi mereka. Jangan tulis untuk semua orang,

2. Faedah produk (Product benefits)

Terangkan bagaimana produk anda boleh menyelesaikan masalah pelanggan anda. Bagitahu juga apa yang pelanggan anda boleh dapat apabila membeli dengan anda. Sebagai contoh, servis percuma, pengharan percuma atau hadiah percuma.

3. Jadi khusus (Be specific)

khususkan penerangan produk anda. Elakkan overclaim produk anda tanpa bukti.

4. Buat pelanggan anda berimaginasi (Appeal to your audience’s imaginations)

Terangkan bagaimana produk anda akan menjadikan kehidupan mereka lebih mudah, dan lebih menarik.

Konklusi

Copywriting adalah perkara yang penting dalam proses marketing untuk bisnes terutamanya di media sosial dan online platform. Copywriting membolehkan audiens lebih engage dengan posting anda di media sosial. Hal ini membuatkan mereka lebih kenal dan percaya dengan bisnes anda yang akan memudahkan proses jual beli.

First time join kelas copywriting, mudah faham 🥰 - Suhada razali, Peserta

Diharap, semua perserta webinar pada kali ini faham dan dapat aplikasikan terus pembelajaran daripada sesi ini. 

Di EasyStore, kami komited untuk membantu bisnes dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan bisnes, marketing dan sebagainya. Usaha ini, di harap dapat membantu mereka peluang untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.

Kepada anda yang mungkin terlepas mengikuti webinar ini, boleh join telegram group untuk dapatkan rakaman webinar dan pdf "Contoh Skrip Copywriting.

Kami akan mengadakan webinar seperti ini dari masa ke semasa, bersama speaker jemputan dan topik berkaitan marketing, pengurusan bisnes, dan sebagainya. Jika anda tidak mahu terlepas webinar yang akan datang, join telegram group komuniti ecommerce untuk mendapatkan update yang terkini.

Memula bisnes online secara percuma


Facebook icon Google+ icon LinkedIn icon Twitter icon YouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weight icon-wholesale