WooCommerce vs EasyStore (2025): Platform Dalam Talian Manakah Paling Sesuai Untuk Anda?

By Vincent Leong, Imaduddin Yahaya · 23rd February, 2026

WooCommerce vs EasyStore (2025): Platform Dalam Talian Manakah Paling Sesuai Untuk Anda? | EasyStore
Table of Contents

Platform Dalam Talian Manakah Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda Pada Tahun 2025?

Industri perniagaan dalam talian terus menjana keuntungan yang tinggi pada tahun 2025. Namun, sebelum anda memilih platform untuk membina dan mengembangkan perniagaan dalam talian, anda perlu memahami perbezaan antara dua pilihan popular ini: WooCommerce dan EasyStore.

Berikut ialah beberapa soalan penting untuk membantu anda membuat keputusan.

1. Apakah Matlamat Perniagaan Anda?

Kedua-dua platform mempunyai kelebihan dan had tersendiri. Anda boleh membuat pilihan yang bijak dengan menetapkan matlamat yang jelas—sama ada anda mengutamakan kemudahan, penyesuaian (customization), atau fokus pasaran tempatan. 

  • Adakah anda mahukan platform yang mudah digunakan dengan persediaan minimum?
  • Adakah perniagaan anda memerlukan kebebasan penuh dari segi reka bentuk atau fungsi?
  • Sejauh mana tahap kemahiran anda dalam pembangunan laman web atau kod?

Kepakaran teknikal anda memainkan peranan utama. Walaupun WooCommerce menawarkan penyesuaian yang meluas, tetapi anda memerlukan pengetahuan teknikal untuk memanfaatkan potensinya sepenuhnya. Sebaliknya, EasyStore pula ialah platform menyediakan platform semua-dalam-satu yang dihoskan sepenuhnya tanpa memerlukan sebarang kemahiran pengekodan.

2. Berapakah Bajet Anda?

Kedua-dua platform melibatkan kos sama ada yang dinyatakan jelas atau yang tersembunyi.

EasyStore menawarkan harga yang telus dan menyeluruh. Pelan yang ditawarkan menggabungkan ciri teras perniagaan dalam talian, gerbang pembayaran tempatan, dan integrasi penghantaran — tanpa sebarang yuran transaksi. 

WooCommerce pula merupakan platform percuma dari segi plugin asas, namun anda perlu menanggung kos tambahan seperti pengehosan, tema, sijil SSL, domain, dan plugin

Perkara ini sering kali menyebabkan jumlah kos melonjak naik, terutamanya jika anda memerlukan bantuan luar bagi urusan persediaan dan penyelenggaraan. 

Pilih platform yang mengembangkan perniagaan anda bukan hanya meningkatkan bajet IT anda.

Perbandingan Ciri: WooCommerce vs EasyStore

Kemudahan Penggunaan

EasyStore memudahkan segala urusan anda. Anda mampu melancarkan kedai online yang berfungsi sepenuhnya dalam masa seawal 15 minit sahaja melalui papan pemuka "dashboard" yang mesra pengguna, templat sedia ada, dan ciri terbina dalam. EasyStore menguruskan segalanya untuk anda—daripada pengehosan sehingga integrasi pembayaran. 

Sebaliknya, WooCommerce pula ialah plugin untuk WordPress. Untuk menggunakannya, anda perlu:

  • Membeli domain
  • Mendaftar akaun pengehosan
  • Memasang WordPress dan WooCommerce
  • Memilih tema dan memasang plugin tambahan

Proses ini boleh menjadi rumit bagi pengguna yang tidak mahir teknologi. Walaupun WooCommerce menawarkan keupayaan yang sangat menyeluruh, ia lebih sesuai untuk pengguna yang mempunyai pengetahuan teknikal atau sokongan pembangunan web.

Sokongan Pelanggan

Sokongan teknikal sangat penting, terutamanya untuk pemula.

  • WooCommerce: Terhad kepada forum WordPress dan komuniti pengguna. Untuk sokongan secara langsung, anda perlu mengupah pembangun pihak ketiga.
  • EasyStore: Menawarkan sokongan tempatan berbilang bahasa melalui live chat, e-mel, dan telefon. Anda juga mendapat akses kepada artikel bantuan, video, dan webinar yang direka khusus untuk perniagaan Asia Tenggara.

Integrasi Pembayaran & Penghantaran

Kedua-dua platform menyokong pembayaran dan penghantaran global, namun EasyStore lebih unggul dari segi sokongan tempatan.

CiriWooCommerceEasyStore
Gerbang Pembayaran Global✔️✔️
Sokongan Pembayaran Asia TenggaraTerhadLuas (FPX, GrabPay, TnG, dll.)
Pilihan PenghantaranMemerlukan plugin TambahanNinjaVan, J&T, and EasyParcel dan lain-lain lagi
Yuran Persediaan PembayaranMungkin dikenakanPercuma

Walaupun WooCommerce menyokong PayPal, Stripe, dan DHL, integrasi tempatan biasanya memerlukan plugin berbayar. EasyStore pula menyediakan alat pembayaran dan logistik yang direka khusus untuk Malaysia dan Asia Tenggara — tanpa kos tambahan. 

Keselamatan Laman Web

Keselamatan adalah perkara yang sangat penting. Dengan WooCommerce, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan SSL, memilih pengehosan yang selamat, memasang dan mengemas kini plugin keselamatan.

Anda juga perlu memastikan semua komponen sentiasa dikemas kini.

Manakala, dengan menggunakan laman web EasyStore, ia sudah merangkumi SSL, pengehosan, dan kemas kini keselamatan automatik dalam setiap pelan dan seterusnya mengurangkan risiko dan beban kerja anda.

Integrasi Saluran Jualan

Menjual di pelbagai platform meningkatkan keterlihatan dan pendapatan. Kedua-dua platform menyokong jualan multichannel, namun dengan perbezaan ketara:

  • WooCommerce: Menawarkan integrasi saluran antarabangsa melalui aplikasi pihak ketiga, selalunya dengan kos dan setup tambahan.

  • EasyStore: Menawarkan integrasi lancar dengan saluran tempatan dan serantau seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan WhatsApp — semuanya termasuk dalam pelan anda.

Pengurusan produk, inventori, dan pesanan menjadi lebih mudah melalui papan pemuka berpusat EasyStore.

Perbandingan Harga (2025)

Harga EasyStore (RM)

PelanHarga BulananCiri Utama
StandardRM199Sehingga 5 saluran jualan, 5 akaun pengguna, 10interasi aplikasi
BusinessRM399Program kesetiaan, program rujukan & ciri mesej, 10 saluran jualan
EssentialRM499POS, aplikasi membeli-belah, ganjaran & tahap keahlian
GrowthRM699Semua ciri Business + aplikasi POS, 5 lokasi inventori, keahlian bersatu

✔️ Tiada yuran transaksi

✔️ Domain percuma tahun pertama

✔️ SSL & pengehosan percuma 

Anggaran Kos Tahunan WooCommerce (RM) 

KategoriAnggaran Kos (Tahunan)
PengehosanRM360 – RM1,600
Domain>RM50
Sijil SSL>RM280
TemaRM0 – RM500+
Plugins/ TambahanRM300 – RM2,000
Gerbang pembayaranRM360 – RM500 (contoh iPay88, sekarang dikenali sebagai ADAPTIS)
Jumlah~RM2,000 – RM10,000

Walaupun plugin asas WooCommerce adalah percuma, kos tersembunyi boleh meningkat dengan cepat. 

Kesimpulan: Platform Manakah Patut Anda Pilih?

Kedua-dua platform menawarkan ciri perniagaan dalam talian yang kukuh. Pilihan terbaik bergantung kepada matlamat perniagaan anda.

Pilih WooCommerce jika anda:

  • Mempunyai kemahiran teknikal atau akses kepada pembangun laman web
  • Memerlukan penyesuaian reka bentuk yang unik dan kawalan menyeluruh
  • Menyasarkan pasaran global dengan keperluan yang sangat spesifik

Pilih EasyStore jika anda:

  • Mahukan platform fully hosted yang sedia digunakan
  • Memfokuskan kepada pasaran Malaysia atau Asia Tenggara
  • Lebih suka penyelesaian all-in-one yang mampu milik dengan sokongan pelangan tempatan yang kuat

Sama ada anda baru melancarkan kedai pertama atau ingin mengembangkan perniagaan sedia ada, EasyStore menawarkan penyelesaian yang ringkas, boleh diskalakan, dan direka khas untuk peniaga Asia Tenggara pada tahun 2025.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.