Cara Menghubungkan TikTok Shop ke Laman Web Perniagaan Dalam Talian Anda
By Kelie Wong, Imaduddin Yahaya · 12th February, 2026
Table of Contents
Cara Menghubungkan TikTok Shop ke Laman Web Perniagaan Dalam Talian Anda
Dalam landskap perniagaan dalam talian yang berkembang pesat hari ini, perniagaan perlu memanfaatkan platform baharu untuk kekal berdaya saing dan mencapai khalayak yang lebih luas.
TikTok, yang dahulunya hanya aplikasi video sosial, kini telah berkembang menjadi saluran perniagaan dalam talian yang berkuasa melalui TikTok Shop. Ia membolehkan jenama mempromosikan dan menjual produk secara terus di platform tersebut.
Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan cara untuk mengintegrasikan TikTok Shop dengan laman web perniagaan dalam talian anda serta kelebihannya.
Langkah 1: Sediakan Laman Web Perniagaan Dalam Talian Anda
Untuk menghubungkan TikTok Shop dengan kedai dalam talian, platform perniagaan anda mestilah menyokong integrasi TikTok Shop.
EasyStore adalah pilihan yang tepat dengan menawarkan ciri-ciri seperti:
- Laman web dihos sepenuhnya dengan troli beli-belah sedia ada (built in)
- Pengubahsuaian drag-and-drop dengan lebih 40 templat boleh ubah suai
- Pengurusan pesanan dan inventori berpusat
- Penyelarasan inventori masa nyata merentas saluran
- Pangkalan data pelanggan dan analitik
- Import dan klon senarai produk dengan satu klik
Jika anda sedang menyediakan kedai di EasyStore, rujuk panduan untuk bermula.
Langkah 2: Hubungkan Akaun Penjual TikTok Anda
Selepas kedai anda siap, aktifkan saluran jualan TikTok di EasyStore.
Seterusnya, ikuti langkah berpandu untuk memberi kebenaran dan menyambungkan akaun TikTok Seller anda. Proses ini pantas dan mudah.
Langkah 3: Selaraskan Produk Antara Laman Web dan TikTok Shop
Baharu dengan TikTok Shop?
Anda boleh mengeksport senarai produk terus daripada laman web anda ke TikTok Shop.
Setiap pembelian yang dibuat melalui TikTok akan mengemas kini inventori kedai dalam talian anda secara automatik.
Contoh paparan ini boleh dilihat dalam papan muka (dashboard) EasyStore.
Sudah menjual di TikTok Shop?
Import produk sedia ada dari TikTok Shop ke dalam kedai dalam talian anda.
Ini memastikan senarai produk kekal konsisten dan boleh diurus dari satu platform berpusat.
Terokai ciri TikTok Shop EasyStore Features untuk maklumat lanjut.
Langkah 4: Sediakan TikTok Pixel
Integrasikan TikTok Pixel untuk menjejak prestasi iklan, kadar jualan dan tingkah laku pengguna.
Ini membantu anda mengoptimumkan kempen pengiklanan dan memahami cara pelanggan berinteraksi dengan kandungan serta produk anda.
Langkah 5: Promosikan TikTok Shop Anda
Selepas kedai berjaya dihubungkan, tiba masanya untuk menjana trafik.
Gunakan alat pemasaran terbina dalam TikTok seperti:
- Menjalankan TikTok Ads untuk meningkatkan capaian
- Menghasilkan video pendek yang menarik untuk mempamerkan produk
- Bekerjasama dengan influencer TikTok
- Menggunakan hashtag yang sedang trending untuk meningkatkan keterlihatan
Sebelum bermula, pastikan anda membaca 5 Keperluan Penting untuk Berjaya dengan TikTok Shop.
Langkah 6: Sentiasa Ikuti Trend Terkini TikTok Shop
TikTok Shop sentiasa berkembang dengan ciri dan kemas kini baharu.
EasyStore sentiasa memantau perubahan ini bagi memastikan kedai anda kekal relevan dan kompetitif.
Urus Pesanan TikTok Shop & Laman Web Dalam Satu Platform
Penat bertukar-tukar antara TikTok Seller Center dan sistem lain untuk mengurus pesanan anda?
Dengan Unified Back Office EasyStore, anda boleh:
- Melihat dan mengurus semua pesanan dari satu papan muka
- Menyelaraskan ketersediaan produk merentas saluran
- Menganalisis tingkah laku pelanggan dan sejarah pesanan
- Membuat keputusan berasaskan data untuk mengembangkan perniagaan
Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian solusi daripada EasyStore.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.
