🐎【馬上有錢】開店補助加碼送行銷營運工具 了解更多

Mengapa Perniagaan Anda Perlukan Shopping App Dan Cara Mendapatkannya Secara Percuma

By Kelie Wong, Imaduddin Yahaya · 23rd February, 2026

Mengapa Perniagaan Anda Perlukan Shopping App Dan Cara Mendapatkannya Secara Percuma | EasyStore
文章目錄

Mengapa Perniagaan Anda Perlukan Shopping App Dan Cara Mendapatkannya Secara Percuma

Masih fikir shopping app hanyalah pilihan tambahan?Fikir semula.

54% pembayaran dalam talian mudah alih dilakukan melalui shopping app, menjadikannya pilihan utama berbanding pelayar web mudah alih.

Lebih menarik, 70% pembeli lebih cenderung membeli daripada jenama yang shopping appsudah dipasang di telefon mereka.

Pengguna moden menggunakan shopping app untuk menyelidik produk, membandingkan harga, membuat pesanan ambil sendiri "pickup", mengumpul ganjaran, dan mengikuti perkembangan produk baharu — semuanya dilakukan sebelum melangkah masuk ke kedai fizikal.

Apabila aplikasi anda berada di peranti mereka, perniagaan anda akan sentiasa diingati dan sentiasa di skrin utama.

Jadi, bagaimanakah cara untuk memudahkan akses kepada aplikasi anda,dan apakah cara paling efisien untuk membinanya secara percuma?

Mari kita terokai.

Bahagian 1: Apakah Itu shopping app EasyStore?

Shopping app EasyStore adalah teman membeli-belah peribadi pelanggan anda.

Ia membawakan jenama, produk, dan nilai perniagaan anda terus ke hujung jari mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Sama ada membeli-belah secara online atau di kedai fizikal, shopping app ini menyatukan keseluruhan pengalaman merentas semua peranti dan saluran jualan.

Perjalanan pelanggan yang konsisten dan saling berkait ini membina kepercayaan yang lebih kukuh, sekali gus menggalakkan pembelian berulang dan kesetiaan jangka panjang.

Semua ini adalah sebahagian daripada Solusi Penyelesaian Perdagangan Bersatu (Unified Commerce Solution) EasyStore, yang memastikan kehadiran jenama anda kekal konsisten dalam talian mahupun luar talian.

Bahagian 2: Mengapa Pelanggan Suka Membeli Melalui Shopping App

EasyStore Part 2: Why Customers Love Shopping Through an App

  • Beli bila-bila masa, di mana sahaja: Troli dan sejarah pesanan diselaraskan merentas peranti untuk pengalaman membeli-belah yang lancar.
  • Kad ahli digital: Tebus ganjaran tanpa perlu membawa kad fizikal.
  • Akses segera ke kedai anda: Tak perlu cari atau taip URL — hanya buka shopping app dan terus membeli.
  • Log masuk tanpa kata laluan: Log masuk selamat menggunakan nombor telefon dan OTP.
  • Checkout satu sentuhan: Alamat dan kaedah pembayaran disimpan untuk pembelian semula yang pantas.
  • Sokongan keutamaan: Live chat dan notifikasi masa nyata untuk pengalaman lebih peribadi.
  • Pengalaman luar talian yang bersambung: Buat pesanan ambil sendiri, imbas kod bar di kedai untuk simpan ke wishlist, dan tebus ganjaran secara terus.

Bahagian 3: Apa Yang Pelanggan Lihat Dalam Shopping App

Apabila pelanggan membuka shopping app anda, inilah yang mereka lihat:

  • Katalog produk terkurasi: Cadangan produk berdasarkan minat mereka.
  • Carian & navigasi mudah: Cari produk dengan pantas melalui kategori atau bar carian.
  • Sokongan live chat: Berhubung terus dengan pasukan anda pada bila-bila masa.
  • Notifikasi push: Makluman masa nyata tentang promosi dan produk baharu.
  • Penjejakan pesanan: Ketelusan sepanjang proses pembelian membina kepercayaan.
  • Profil peribadi: Urus baucar, ganjaran, mata kesetiaan, dan sejarah pesanan — semuanya di satu tempat.

Bahagian 4: Cara Menyediakan Shopping App Percuma Anda

1. Daftar Akaun EasyStore

Jika anda belum berdaftar, cipta akaun EasyStore untuk mula mengurus kedai dan mengakses shopping app membeli-belah.

2. Aktifkan Dengan Satu Klik

Dari panel admin EasyStore, aktifkan Shopping App EasyStore dengan hanya satu klik.

EasyStore Part 4: How to Set Up Your Free Shopping App Activate with one tap

3. Penyelarasan Automatik

Tiada muat naik manual diperlukan. Produk, inventori, dan data pelanggan anda akan diselaraskan secara masa nyata daripada kedai online anda.

Bahagian 5: Cara Pelanggan Memuat Turun Aplikasi Membeli-Belah

Selepas diaktifkan, anda akan menerima pautan muat turun unik dan kod QR untuk mempromosikan aplikasi dengan mudah.

EasyStore Part 5: How Customers Download the Shopping App

Pelanggan boleh memuat turun melalui:

  • Apple App Store (peranti iOS)

  • Google Play Store (peranti Android)

  • Huawei AppGallery (peranti Huawei)

Bahagian 6: Mahu Aplikasi Membeli-Belah Berjenama Sepenuhnya?

Ingin aplikasi dengan jenama anda sendiri?

EasyStore Brand App menawarkan semua ciri shopping app — ditambah kawalan penuh penjenamaan:

  • Ikon aplikasi tersuai
  • Nama aplikasi & visual berjenama
  • Paparan screenshot kedai diperibadikan
  • Banner ciri khas
  • Pemilikan aplikasi sepenuhnya

EasyStore Part 6: Want a Fully Branded Shopping App?

Ia adalah pengalaman white-label yang direka untuk mengintegrasikan jenama anda ke dalam rutin harian pelanggan.

Berminat? Hubungi kami sekarang untuk ketahui lebih lanjut.

Bahagian 7: Cara Galakkan Pelanggan Muat Turun Aplikasi

Tingkatkan muat turun dan penglibatan pelanggan dengan strategi terbukti ini:

  • Kod QR di kedai: Letakkan di kaunter bayaran atau kawasan tumpuan tinggi.

  • Banner di kedai online: EasyStore secara automatik memaparkan banner muat turun untuk pelawat web.

EasyStore Part 7: How to Encourage Customers to Download the App Online store banner

  • Footer e-mel: Sertakan CTA muat turun dalam e-mel anda.

  • Insentif pelancaran: Tawarkan ganjaran terhad seperti diskaun atau penghantaran percuma untuk pesanan pertama melalui aplikasi.

  • Ganjaran eksklusif aplikasi: Akses awal produk, bundle khas, atau diskaun eksklusif.

  • Mata kesetiaan bersepadu: Memberikan pelanggan yang memuat turun dan aktif menggunakan aplikasi dengan ganjaran yang menarik.

  • Kempen media sosial: Kongsi pautan muat turun untuk menukar followers kepada pengguna aplikasi.

  • Kad penghargaan: Sertakan kod QR dalam nota terima kasih bersama pesanan pelanggan.

Cipta Pengalaman Membeli-Belah Luar Biasa Dengan EasyStore

Dengan Shopping App EasyStore, jenama anda menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelanggan.

Shopping app ini menawarkan kemudahan maksimum, penglibatan peribadi, dan perjalanan pembelian tanpa halangan — semuanya dalam poket pelanggan.

Dari penemuan produk hingga penghantaran, shopping app ini menyokong perjalanan pelanggan yang lancar dan membuatkan mereka kembali membeli.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten. 

EasyStore