🐎【馬上有錢】開店補助加碼送行銷營運工具 了解更多

Cara Menjual di Shopee Malaysia dengan Integrasi EasyStore

By SookYan, Imaduddin Yahaya · 17th February, 2026

Cara Menjual di Shopee Malaysia dengan Integrasi EasyStore | EasyStore
文章目錄

Cara Menjual di Shopee Malaysia dengan Integrasi EasyStore

Setiap pemilik perniagaan dalam talian mempunyai matlamat yang sama — meningkatkan jualan dengan usaha yang paling minimum.

Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah dengan meluaskan jangkaun ke Shopee, platform pasaran dalam talian paling kerap dikunjungi di Malaysia.

Sebagai antara saluran jualan pasaran utama, Shopee memainkan peranan penting dalam ekosistem perniagaan dalam talian di Malaysia.

Berikut ialah cara EasyStore membantu anda menjual di Shopee Malaysia dengan lebih mudah dan efisien.

1. Hubungkan Saluran Jualan Shopee Anda ke EasyStoreEasyStore Connect Your Shopee Sales Channel to EasyStore

Jika anda sudah menjadi mempunyai kedai di Shopee, anda boleh mengimport produk Shopee terus ke EasyStore dengan mudah.

Dengan mengintegrasikan akaun Shopee Malaysia anda, semua maklumat akan diselaraskan secara automatik antara papan pemuka Shopee dan EasyStore.

Produk Shopee sedia ada anda akan dimuat naik secara automatik ke halaman produk EasyStore untuk pengurusan berpusat.

2. Pengurusan Produk: Penyelarasan Tanpa Kerja ManualEasyStore Product Management – Sync Products to Shopee

Bukan sekadar mengimport produk dari Shopee, EasyStore juga membolehkan anda menyelaraskan produk dari laman web anda ke Shopee, termasuk imej, penerangan dan harga.

Ini bermakna anda tidak lagi perlu menyalin dan menampal kandungan secara manual.

Kelebihan proses penyelarasan ini termasuk:

Halaman Produk Berhalaman (Pagination)

Urus senarai produk dengan lebih teratur tanpa perlu tercari-cari dalam senarai yang terlalu panjang.

Pemantauan Status Penyelarasan

Pantau status produk sebagai Aktif (Active), Tidak Diselaras (Unsynced), atau Ralat (Error). Sebarang mesej ralat akan dipaparkan dengan jelas untuk tindakan pantas anda.

Pengisian Maklumat Automatik

Kategori dan ruangan jenama akan diisi secara automatik semasa proses selaras semula. Anda hanya perlu melengkapkan butiran yang diperlukan.

Pilihan Padam Produk Diselaraskan

Apabila anda membuang produk dari EasyStore, anda boleh memilih sama ada: mengekalkan senarai Shopee seperti sedia ada, menjadikannya tidak aktif atau memadamnya sepenuhnya dari Shopee

3. Tingkatkan Keterlihatan dengan "Auto Product Bump" (Baharu)EasyStore Boost Visibility with Auto Product Bump (New)

Pastikan produk anda sentiasa berada di kedudukan teratas dalam hasil carian Shopee menggunakan ciri Auto Product Bump. Shopee membenarkan penjual untuk "bump" produk setiap 4 jam bagi meningkatkan pendedahan. Dengan EasyStore, anda boleh automatikkan proses ini untuk sehingga 5 produk, memastikan jenama anda sentiasa dilihat tanpa perlu log masuk secara manual setiap beberapa jam.

4. Tarik Perhatian dengan "Watermark" (Ciri Baharu)EasyStore Apply Watermarks for Better Visibility (New)

Mahukan produk anda lebih menonjol berbanding pesaing, terutamanya semasa musim jualan puncak?

EasyStore kini membolehkan anda meletakkan watermark menarik perhatian (format PNG dengan latar belakang telus) pada imej produk Shopee. Ini membantu meningkatkan kadar klik (Click-Through Rate) dan mendorong lebih banyak jualan.

5. Strategi Harga Khusus untuk ShopeeEasyStore Adjust Pricing for Shopee

Setiap saluran jualan mempunyai kumpulan sasaran yang berbeza dan memerlukan strategi harga tersendiri.

EasyStore menyokong harga khas untuk Shopee, membolehkan anda melaraskan harga sama ada mengikut nilai matawang ringgit Malaysia (RM) atau peratusan (%) semasa proses penyelarasan produk. Ini membolehkan anda bersaing dengan lebih strategik di pelbagai saluran jualan. 

6. Pengurusan Pesanan yang Efisien

Pengendalian pesanan kini menjadi lebih mudah melalui papan pemuka berpusat EasyStore:

Carian Pesanan Shopee yang PantasEasyStore Search Shopee Orders QuicklyTapis pesanan mengikut tarikh, saluran jualan, status pesanan, atau cari menggunakan nama pelanggan dan nombor pesanan.

Ikon Pesanan Shopee

Setiap pesanan daripada Shopee akan ditandakan dengan ikon khas Shopee untuk memudahkan pengesanan.

Pemenuhan Pesanan Tunggal atau Pukal

Proses pesanan satu demi satu atau secara pukal terus dari panel pentadbir EasyStore anda.

Cetakan Air Waybill Secara PukalEasyStore Bulk Print Air Waybills

Selepas pesanan diproses, cetak Shopee Air Waybill tanpa perlu meninggalkan papan pemuka EasyStore.

7. Aktifkan Senarai Pra-Tempah ("Pre-Order")

EasyStore Enable Pre-Order Listings

Jika anda menjual produk yang memerlukan tempoh penyediaan yang lebih lama, gunakan fungsi pre-order untuk menetapkan tempoh penghantaran antara 7 hingga 30 hari.

Bersedia untuk Berkembang?

Menyelaraskan produk dan pesanan Shopee dengan EasyStore bukan sahaja memusatkan operasi anda, malah menjimatkan masa untuk anda fokus kepada skala perniagaan. Manfaatkan trafik besar daripada Shopee untuk memperkenalkan pelanggan kepada laman web jenama anda sendiri yang lebih peribadi dan mesra SEO.

Inilah cara terbaik untuk membina jenama yang kukuh melampaui platform pasaran. Mulakan langkah anda dengan EasyStore hari ini dan tukarkan trafik pasaran menjadi pelanggan setia jangka panjang.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten. 

EasyStore