🐎【馬上有錢】開店補助加碼送行銷營運工具 了解更多

Tingkatkan Pengalaman Runcit Anda dengan Sistem POS Mudah Alih (mPOS) Generasi Baharu EasyStore

By Kelie Wong, Imaduddin Yahaya · 10th February, 2026

Tingkatkan Pengalaman Runcit Anda dengan Sistem POS Mudah Alih (mPOS) Generasi Baharu EasyStore | EasyStore

Tingkatkan Pengalaman Runcit Anda dengan Sistem POS Mudah Alih (mPOS) Generasi Baharu EasyStore

Dalam persekitaran runcit yang semakin dinamik hari ini, penyampaian Pengalaman Pelanggan Menyeluruh (Unified Customer Experience - UCX) yang unggul bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Pelanggan mengharapkan perkhidmatan pantas, interaksi yang diperibadikan, serta pengalaman yang lancar antara saluran dalam talian dan luar talian.

Sistem POS mudah alih (mPOS) adalah generasi baharu EasyStore menerajui perubahan ini. Ia bukan sekadar alat transaksi, tetapi pemangkin runcit yang memperkukuh penglibatan pelanggan dan menyatukan operasi perniagaan untuk pertumbuhan berskala.

Mari terokai bagaimana inovasi ini mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah moden.

1. Transaksi Lebih Pantas, Pelanggan Lebih Puas

EasyStore Faster Transactions, Happier Customers

Layani Pelanggan dalam Masa Kurang 15 Minit

Masa adalah segalanya bagi pembeli moden. Tukar mana-mana telefon pintar atau tablet menjadi peranti POS yang berkuasa dan layani lebih ramai pelanggan dengan cekap. Tiada lagi barisan panjang atau transaksi yang tertangguh.

Kadar Kejayaan Pembayaran 99.9%

Hampir 8 daripada 10 pelanggan akan meninggalkan pembelian jika kaedah pembayaran pilihan mereka tidak tersedia. EasyStore menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk NFC, TNG, eWallet, kad kredit, tunai, dan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL).

Dengan 50+ integrasi penyedia pembayaran, anda dapat menyampaikan pengalaman pembayaran yang lancar seperti yang diharapkan pelanggan hari ini.

Fungsi Sedia Luar Talian (Offline-Ready)

Tiada internet? Tiada masalah.

Sistem POS mudah alih EasyStore boleh beroperasi secara luar talian dan akan menyelaraskan semua data jualan, pesanan dan pelanggan secara automatik apabila sambungan disambungkan, dan seterusnya memastikan operasi perniagaan berjalan tanpa gangguan.

2. Laluan Terpantas ke Proses Pembayaran

EasyStore Shortest Path to Checkout

Aliran Pembayaran Boleh Disesuaikan

Reka langkah pembayaran yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Dengan tindakan pantas yang boleh disesuaikan, setiap sentuhan dioptimumkan untuk kelajuan dan kejelasan — amat penting untuk persekitaran pantas seperti bazar dan acara jualan.

Imbas & Cari Secara Universal

Imbas dan cari produk, pelanggan atau pesanan serta-merta daripada satu antara muka tunggal. Cara yang lebih pintar dan pantas untuk melengkapkan setiap jualan.

Antara Muka (Interface) yang Mesra Pengguna

Sistem POS mudah alih EasyStore direka untuk penggunaan intuitif, membolehkan kakitangan menyelesaikan transaksi dengan lancar walaupun ketika waktu puncak bagi memastikan setiap pelanggan pulang dengan pengalaman positif.

3. Personalisasi Pelanggan yang Lancar

EasyStore Seamless Customer Personalization

Pendaftaran Keahlian yang Mudah

Daftarkan pelanggan ke program keahlian dengan pantas menggunakan maklumat asas seperti nama, nombor telefon atau e-mel. Kembangkan pangkalan data pelanggan anda sambil menjadikan setiap interaksi lebih bermakna.

Kenal Pasti Pelanggan Setia dengan Segera

Imbas kod bar keahlian atau akses profil pelanggan melalui maklumat hubungan. Akses pembelian lampau, keutamaan dan rekod pesanan untuk interaksi yang diperibadikan secara masa nyata.

Diskaun & Promosi Pintar

Semasa pembayaran, sistem POS akan memaparkan promosi, ganjaran kesetiaan dan tawaran eksklusif yang tersedia secara automatik. Ini membolehkan kakitangan menawarkan ganjaran tepat pada masanya. 

Pengedaran Baucar Sebelum Pembayaran

Tingkatkan kadar jualan dengan mengedar baucar sebelum pembayaran dibuat. Langkah mudah ini sering menjadi faktor penentu untuk pelanggan melengkapkan pembelian.

Cara Mengaktifkan Sistem POS Mudah Alih EasyStore 

Versi Mudah Alih / Tablet

  1. Log masuk ke aplikasi EasyStore
  2. Aktifkan “Point-of-Sale”
  3. Tekan ikon tiga titik (penjuru kiri atas) > Pilih “Try The New Version” > Lancarkan semula aplikasi

Versi Web

  1. Log masuk di https://admin.easystore.co/login 
  2. Aktifkan "Point-of-Sale"
  3. Tekan ikon tiga titik (penjuru kiri atas) > Pilih “Try The New Version”EasyStore How to Activate EasyStore mPOS Web Version

Bagaimana Sistem POS Mudah Alih EasyStore Menyatukan Operasi Dalam Talian & Luar Talian

Pengurusan Inventori Bersepadu

Pantau inventori secara masa nyata merentas semua saluran jualan bagi mengelakkan kehabisan stok, lebihan jualan, atau senarai produk tidak tepat — sekaligus meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan.

Proses Jualan Bersepadu 

Urus transaksi dalam talian dan luar talian melalui satu sistem backend. Sokong ciri seperti ambil di kedai atau penghantaran kurier untuk pesanan prapesan yang dibuat di outlet fizikal.

Pengalaman Keahlian Bersepadu

Pelanggan boleh mengumpul ganjaran, menaik taraf tahap keahlian, dan menikmati manfaat merentas kedai dalam talian, mudah alih dan fizikal melalui satu sistem keahlian pusat.

Operasi Kakitangan Bersepadu 

Direka berdasarkan aliran rutin kerja harian, sistem POS mudah alih EasyStore mengurangkan tempoh pembelajaran — membantu kakitangan baharu menyesuaikan diri dengan cepat serta menjimatkan masa pengurus dalam latihan.

Pengurusan “Back Office” Bersepadu

Satukan proses pentadbiran melalui sistem back office yang lengkap, membolehkan operasi diurus dengan lebih mudah daripada satu papan pemuka.

Ingin tahu bagaimana semuanya berfungsi dalam situasi sebenar?

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut. 

Jual di Mana Sahaja Pada Bila-bila Masa

EasyStore Sell Anywhere, Anytime

Fleksibiliti Peranti

Sistem POS EasyStore berfungsi pada telefon pintar, tablet dan komputer desktop. Untuk persediaan lanjutan, peranti titik jualan seperti Sunmi yang menyokong fungsi seperti sentuh untuk bayar (tap-to-pay), cetakan resit dan banyak lagi.

Keserasian Perkakasan Pihak Ketiga

Gunakan peranti POS pihak ketiga yang serasi untuk meningkatkan operasi di kedai tanpa perlu pelaburan besar.

Persediaan Skrin Berkembar

Tingkatkan pengalaman pelanggan dengan persediaan dwi-skrin — paparkan visual jenama atau ringkasan transaksi pada skrin kedua sementara kakitangan memproses pesanan.

Sediakan Sistem POS Mudah Alih pada Mana-mana Peranti dengan Mudah

Sistem POS mudah alih EasyStore membantu anda mencipta pengalaman membeli-belah yang luar biasa dan bersepadu.

Daripada memudahkan proses pembayaran hingga memperkukuh hubungan pelanggan, inilah naik taraf runcit yang diperlukan perniagaan anda untuk berkembang pada tahun 2025 dan seterusnya.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten. 

EasyStore