🎉【品牌月活動加碼延長】開店送額外使用期,🚀 再享 25 萬補助 + 6 大好禮🎁 年度限量最大檔💡 領限量名額

Bookcafe x EasyStore: Setiap 10 Saat, Seseorang Menemui Cerita Yang Menginspirasikan

By Erica Loh, Imaduddin Yahaya · 30th January, 2026

Bookcafe x EasyStore: Setiap 10 Saat, Seseorang Menemui Cerita Yang Menginspirasikan | EasyStore

Bookcafe x EasyStore: Setiap 10 Saat, Seseorang Menemui Cerita Yang Menginspirasikan

Bookcafe menutup lembaran bulan Jun di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan pencapaian mengagumkan dengan menyalurkan sebanyak 50,000 buah buku ke tangan rakyat Malaysia.Dilancarkan pada tahun 1981, PBAKL merupakan pesta buku tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), dengan matlamat untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai acara sastera terbesar di Malaysia.

Persembahan kebudayaan memeriahkan pentas, penulis tempatan terkenal mengendalikan seminar, judul-judul baharu dilancarkan, dan pelukis komik meluangkan masa menandatangani karya untuk peminat. Jutaan pencinta buku membanjiri Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), menjadikan PBAKL satu sambutan yang besar terhadap semangat kesusasteraan negara. 

PBAKL tahun ini melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dengan hampir 2 juta pengunjung, PBAKL benar-benar mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada tiga festival sastera terbesar di dunia.

Bookcafe, sebuah kedai buku tempatan, merupakan antara perniagaan yang menyertai inisiatif ini, dan EasyStore berperanan menyokong perjalanan mereka sepanjang PBAKL tahun ini.

Bermula Dengan Satu Matlamat Murni

Bookcafe yang diasaskan oleh Hairul dan Arief pada tahun 2008 adalah destinasi untuk para pembaca yang ingin berkembang, memperbaiki diri, dan menimba ilmu melalui buku. 

kata Hairul dalam satu temu bual yang dijalankan pada tahun 2008.

Walaupun membeli-belah secara dalam talian masih baharu dan menerima keraguan ramai pada ketika itu, Bookcafe berjaya membimbing rakyat Malaysia melalui pengalaman pembelian buku digital pertama mereka. Dengan penghantaran yang cekap dan sokongan pelanggan yang berdedikasi, mereka membina kepercayaan serta kesetiaan pelanggan dengan pantas.

Cabaran Dalam Menangani Kemerosotan Tabiat Membaca

Realiti pada hari ini, semakin jarang kita melihat seseorang memegang buku fizikal.

Media sosial kini menjadi sumber utama maklumat dan hiburan. Purata tempoh tumpuan (attention span) semakin singkat, sehingga menamatkan sebuah novel setebal 120 muka surat menjadi cabaran.

Meskipun rakyat Malaysia masih membaca, 75% lebih cenderung memilih e-buku berbanding buku fizikal.

Bagi Bookcafe, sebuah perniagaan yang berakar umbi dalam penjualan buku fizikal — fenomena ini menimbulkan persoalan besar: bagaimana untuk kekal relevan dan terus berkembang dalam persekitaran sebegini?

“Jangan terperangkap dengan kenangan masa lalu. Hargai hari ini, dan bersiap sedia menghadapi cabaran esok.” — Hairul, Ketua Pegawai Eksekutif, Bookcafe

Bookcafe bukan asing dalam mengejar peredaran masa. Kebelakangan ini, platform seperti TikTok, Instagram dan Shopee kini menjadi saluran popular untuk mendapatkan buku. Bookcafe telah memanfaatkan platform tersebut, disamping menyertai acara buku fizikal untuk kekal berhubung dengan pembaca.

PBAKL: Hari Yang Dinanti-nantikan Setiap Pembaca Malaysia

Sejak bertahun-tahun, Bookcafe aktif menyertai PBAKL. Tahun ini, mereka meningkatkan semula pembelian buku untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai pembaca.

Satu persoalan sentiasa bermain di fikiran mereka:“Bagaimanakah cara untuk kami memudahkan perjalanan pelanggan kami?"

Dalam era di mana masa dan kesabaran semakin terhad, sebarang kesulitan akan menghalang orang daripada membuat pembelian. Maka, Bookcafe mengambil keputusan untuk berubah.

Matlamatnya jelas — memastikan para pembaca dapat membawa pulang buku dengan lancar dan penuh kegembiraan.

Bookcafe x EasyStore: Menghantar 50,000 Buku Ke Tangan Rakyat Malaysia

Pada awal April, Bookcafe menghubungi EasyStore dan berkongsi jenis pengalaman membeli-belah buku dan proses pembayaran yang mereka mahu pelanggan di PBAKL nikmati.

  • Lebih 20 kaunter pembayaran untuk pembaca
  • Sistem yang ringkas dan bersepadu untuk dikuasai oleh pekerja sambilan dengan cepat
  • Akses yang sama rata terhadap manfaat PBAKL untuk pembaca dalam talian dan di lokasi fizikal

Apabila Bookcafe mendedahkan skala pengaktifan PBAKL didedahkan, EasyStore tampil bukan sekadar dengan sistem dan peranti POS, tetapi dengan komitmen untuk menyokong rakan kongsi dalam misi mereka. Bersama-sama, kami menyatukan sistem POS dan solusi digital dalam satu aliran yang selaras. EasyStore bergerak sebagai satu pasukan bersama Bookcafe. Selama berminggu-minggu, simulasi dijalankan sebagai persediaan untuk menghadapi setiap kemungkinan dan cabaran.

Untuk mengendalikan lebih 20 kaunter dengan lancar, EasyStore bekerjasama dengan SUNMI bagi menyediakan sistem POS mudah alih yang membolehkan pembayaran dan pendaftaran pelanggan yang efisien. Ini membuka peluang kepada Bookcafe untuk membina hubungan jangka panjang dengan para pembaca.

Bagi pekerja sambilan yang baru menggunakan sistem, akses khusus pengguna diperkenalkan. Hasilnya, pengalaman yang konsisten di setiap kaunter telah membolehkan semua kakitangan membantu pembaca dengan yakin.

Bagi memastikan komuniti dalam talian Bookcafe turut merasai kemeriahan PBAKL, inventori khusus telah dikhaskan untuk setiap saluran jualan. Oleh hal yang demikian, sama ada membeli secara dalam talian atau fizikal, akses kepada bacaan baharu adalah terjamin.

Di sebalik tabir, pasukan kami melaksanakan sistem keselamatan untuk mengawal lonjakan trafik. Sepanjang acara berlangsung, EasyStore berada di lokasi untuk memantau operasi, menyelesaikan isu secara langsung, dan menyaksikan detik-detik bermakna antara Bookcafe dan pembacanya melalui perhubungan buku.

Dan Begitulah…

Dalam tempoh 10 hari, Bookcafe berjaya menghantar 50,000 buah buku ke tangan pembaca baharu bersama EasyStore. Dalam bab ini, 42,000 pembaca menemui bacaan baharu, dan 600 pengunjung menjadi sebahagian daripada komuniti Bookcafe yang semakin berkembang.

Melangkaui Sekadar Angka

Ini bukan sekadar kisah jualan buku. Ia adalah tentang perhubungan yang kekal selepas acara akhir— lebih ramai pembaca untuk diinspirasikan, data pelanggan yang lebih bermakna, dan momentum untuk memaju Bookcafe ke hadapan.

Dan di terasnya?

Satu keyakinan bersama: Apabila tradisi bertemu inovasi, budaya membaca tidak mati malah ia terus berkembang.

Ini adalah kisah dua jenama Malaysia — satu berakar budaya, satu berteras digital — yang bersatu untuk menyuburkan tabiat membaca moden melalui teknologi.

Di titik pertemuan itulah keajaiban berlaku. Sebuah negara berkembang mekar.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.