Cara Menyediakan Sistem Tempahan Gelanggang Pickleball Dalam Masa Kurang 1 Jam

By Kelie Wong, Imaduddin Yahaya · 20th February, 2026

Cara Menyediakan Sistem Tempahan Gelanggang Pickleball Dalam Masa Kurang 1 Jam | EasyStore
目录与内容大纲

Lancarkan Sistem Tempahan Pickleball Anda Dalam Masa 1 Jam Sahaja

Sedang memikirkan untuk memulakan perniagaan pickleball atau sudah pun menjalankannya?

Sistem tempahan gelanggang yang cekap adalah sangat penting untuk membantu anda mengurus jadual gelanggang, mengelakkan tempahan bertindih, dan memberikan pengalaman lancar kepada pemain anda.MyPickleBall Court Booking

Lihat sahaja MyPickleball.my — contoh terbaik bagaimana sistem tempahan yang tersusun boleh menjadikan sewaan gelanggang lebih mudah.

Dengan slot masa yang jelas, ketersediaan masa sebenar, dan proses pembayaran yang lancar, mereka telah mencipta sistem yang disukai pelanggan.

Dalam panduan ini, kami akan tunjukkan cara menyediakan sistem tempahan gelanggang pickleball anda dalam masa kurang 1 jam menggunakan EasyStore.

MyPickleBall Court Booking

Langkah 1: Tambah Produk Baru – Sewaan Gelanggang Pickleball

Pergi ke bahagian Produk dalam papan pemuka EasyStore anda dan klik “Tambah Produk Baru”.

EasyStore Step 1: Add a New Product – Pickleball Court Rental

Gunakan tajuk:

Sewaan Gelanggang Pickleball

Tulis penerangan produk yang menarik. Nyatakan kemudahan yang ada, harga, dan fleksibiliti tempahan.

Anda juga boleh menggunakan integrasi ChatGPT untuk membantu mencipta deskripsi yang persuasif dan menarik perhatian.

Langkah 2: Tambah 2 Variasi – Tarikh & Masa

Untuk membolehkan tempahan, tetapkan dua jenis variasi:

  • Tarikh (contohnya, hari-hari yang tersedia dalam seminggu)
  • Slot Masa (contohnya, 9 AM – 10 AM, 10 AM – 11 AM)

EasyStore Step 2: Add 2 Variants – Date and Time

Ini membolehkan pelanggan memilih tarikh dan masa yang paling sesuai. Pastikan anda menentukan slot masa dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan konflik tempahan.

Langkah 3: Urus Ketersediaan Gelanggang

Gunakan fungsi penjejakan inventori dalam tetapan varian:

  • Aktifkan “EasyStore menjejak inventori untuk produk ini”
  • Tetapkan ketersediaan berdasarkan bilangan gelanggang anda

Contohnya, jika anda mempunyai 5 gelanggang, tetapkan inventori setiap slot masa kepada 5. Ini mengelakkan tempahan bertindan dan memastikan operasi lancar.

Langkah 4: Tetapkan Tempoh Tempahan

Tentukan sejauh mana awal pelanggan boleh membuat tempahan — 10, 15, atau 30 hari lebih awal — dan sentiasa kemas kini tarikh tersediasecara berkala dengan menambah variasi tarikh baru.

Ini memastikan kalendar anda mudah diurus sambil memberikan fleksibiliti kepada pelanggan.

Langkah 5: Aktifkan Penerimaan Bayaran

Pastikan anda bersedia menerima bayaran secara pendahuluan. EasyStore menyokong:

  • Pembayaran manual seperti DuitNow QR dan pindahan bank (dengan pengesahan)
  • Integrasi dengan 54+ gerbang pembayaran tempatan untuk pemprosesan automatik
  • Kadar eksklusif rakan pembayaran untuk pelanggan EasyStore

Ini memudahkan proses tempahan dan mengurangkan risiko tidak hadir.

Bonus: Tambah Sewaan Paddle Pickleball

Cipta produk berasingan untuk Sewaan Paddle dan tetapkan harga sewa anda.

EasyStore Bonus: Add Pickleball Paddle Rental

Anda boleh menambah variasi "Bilangan Paddle" untuk mengehadkan jumlah raket bagi setiap tempahan:

Contoh harga:

  • 1 paddle = RM12

  • 2 paddle = RM24

  • 3 paddle = RM36

  • 4 paddle = RM48

Ini memudahkan pelanggan menambah peralatan semasa proses tempahan.

Tip Pro: Tawarkan diskaun untuk sewaan paddle kali pertama bagi menarik pemain baru.

Lebih Daripada Sekadar Tempahan

Gelanggang pickleball anda bukan sekadar perkhidmatan — ia adalah satu pengalaman pelanggan yang lengkap.

EasyStore Go Beyond Just Bookings

  • Tingkatkan perniagaan anda dengan:

  • Tawarkan Lebih Banyak Produk: Jual aksesori seperti paddle, bola, atau pakaian. Jadikan kedai anda sebagai destinasi sehenti untuk segala keperluan pickleball.
  • Ganjaran Kesetiaan: Laksanakan sistem ganjaran di mana pelanggan boleh mengumpul mata atau mendapat akses tempahan awal.
  • Bina Jenama Yang Mudah Dikenali: Sesuaikan kedai anda dengan logo, warna tema, dan fon tersendiri untuk pengalaman jenama yang meninggalkan kesan pada pelanggan.

Sedia Untuk Dilancarkan?

Dengan EasyStore, anda boleh menyediakan sistem tempahan dengan cepat dan fokus kepada pengalaman pelanggan yang luar biasa.EasyStore Ready to Launch?

Daftar hari ini dan ubah gelanggang pickleball anda menjadi perniagaan yang berkembang.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.