usahawan-johor-dibantu-digitalkan-perniagaan

Usahawan Johor Dibantu Digitalkan Perniagaan

By Kholil Jofri · 15th August, 2022

Dalam usaha untuk membantu para usahawan di Malaysia terutamanya di negeri Johor, Program Webinar Blueprint Bisnes Ecommerce secara online telah dijalankan. Program ini adalah anjuran bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dan EasyStore.

Webinar ini bertujuan untuk mengembangkan lagi kemampuan perniagaan dan para usahawan dalam ekonomi digital.

Dengan perubahan landskap membeli-belah rakyat negara ini pasca-pandemik,  ia sebenarnya  membentuk cabaran yang perlu diatasi oleh golongan usahawan kita iaitu mengadaptasikan teknologi yang pelbagai supaya bersesuaian dengan bisnes semasa.

Perkembangan pantas dan pesat dunia teknologi menjadikan usahawan tempatan perlu berkerja keras untuk bergerak seiring dengan perubahan ini untuk terus kekal relevan dalam dunia perniagaan semasa.

Webinar ini di sertai oleh lebih 50 orang perserta dari pelbagai daerah di negeri Johor, merangkumi usahawan baru, lama dan mereka yang ingin mengetahui cara untuk memulakan perniagaan secara digital.

Usahawan disaran mengadaptasi teknologi terkini dalam model perniagaan mereka

Pada hari ini, peniaga tidak lagi boleh bergantung kepada operasi perniagaan yang konvensional. Untuk berjaya, usahawan perlu berani, dinamik dan sentiasa bersedia untuk membuat perubahan yang sewajarnya supaya dapat mengadaptasikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi.

Secara amnya kini lebih ramai pengguna yang semakin selesa untuk membuat pembelian secara dalam talian.

Justeru itu, penting bagi usahawan untuk mempunyai kehadiran secara digital yang mantap supaya mudah pelanggan mencari mereka secara dalam talian.

Usahawan yang lama atau kurang berkemahiran dalam IT mungkin merasakan ini adalah cabaran yang besar untuk digitalkan perniagaan dan terlibat dalam ecommerce.

EasyStore telah membina platfom khas untuk para usahawan yang tiada kemahiran dalam IT untuk membantu mereka mendigitalkan perniagaan mereka.

Dengan penyediaan website ecommerce percuma untuk semua usahawan di Malaysia, EasyStore menjadi platform terbaik untuk para usahawan memulakan perniagaan secara digital.

3 Cara untuk membina bisnes ecommerce yang berjaya

Para usahawan akan dapat membina bisnes yang mampan yang sedia untuk berkembang dan terus kekal relevan dalam dunia perniagaan semasa dengan mengetahui dan memahami cara yang betul untuk membina bisnes ecommerce.

1. Menjadi expert dalam market segment / niche

Market segment bertujuan untuk mengenalpasti pasaran anda dengan lebih khusus. Contohnya adalah untuk pengeluar baju muslimah, antara market segment anda mungkin untuk muslimah bersaiz besar, bersaiz kecil, golongan ibu, atau gologan remaja.

Hal ini akan menunjukkan anda seorang yang pakar dalam bisnes anda. Dengan hanya fokus dengan satu jenis produk, anda akan lebih memahami market dan produk secara mendalam. Anda tidak perlu lagi memikirkan strategi perniagaan yang terlalu rumit. Cukup dengan menguasai pasaran produk anda sahaja. Ia akan membuatkan anda mudah dikenali dan lebih menonjol dalam kalangan pesaing.

2. Membina bisnes yang betul

Untuk menyediakan bisnes anda untuk berkembang di masa hadapan, anda perlu membina bisnes mengikut akta dan peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini adalah penting untuk melindungi hak-hak sebagai seorang usahawan.

Para usahawan dinasihatkan supaya mengambil perkara ini secara serius supaya usaha anda tidak sia-sia.

Antara perkara yang wajib untuk bisnes sediakan :

  1. Mendaftar SSM
  2. Mencipta akaun bank bisnes
  3. Menyediakan modal
  4. Menyediakan sistem pengurusan aliran tunai

Uruskan perniagaan anda sebaiknya, beri perlindungan untuk jaminan pada masa akan datang.

3. Mempunyai website ecommerce untuk bisnes anda

Website ecommerce adalah platform yang membolehkan orang ramai membeli dan menjual melalui internet. Website ecommerce membolehkan perniagaan memproses pesanan, menerima pembayaran, mengurus penghantaran dan logistik serta menyediakan perkhidmatan pelanggan.

Kami percaya perniagaan yang serius harus mempunyai website ecommerce mereka sendiri.

Inilah sebabnya mengapa penting bagi perniagaan untuk mempunyai website ecommerce:

  • Ditemui di Google
  • Meningkatkan kredibiliti dan kerpecayaan
  • Jualan 24/7
  • Pembayaran dalam talian (selamat & automatik)

Dengan potensi yang besar untuk para usahawan berkembang dan meningkatkan perniagaan mereka melalui ecommerce, ini adalah peluang yang tidak patut anda lepaskan.

Ketahui bagaimana anda boleh membina website ecommerce secara percuma dengan EasyStore.

Usahawan tidak perlu menjadi pakar digital marketing untuk berjaya di dalam ecommerce

Walaupun ecommerce atau ekonomi digital dilihat sesuai untuk generasi muda atau mereka yang lebih berkemahiran IT, tetapi sebenarnya, anda tidak perlu menjadi semorang yang pakar dalam IT, ataupun bidang digital terutamanya digital marketing.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh EasyStore, semua orang, tidak kira umur, jantina atau tahap pengetahuan IT mereka, mampu untuk membina website ecommerce mereka sendiri.

EasyStore juga sentiasa membantu para usahawan dengan mengadakan bengkel dan webinar untuk membantu mereka memahami dengan lebih dalam tentang bisnes ecommerce.

Konklusi

Para usahawan perlu sentiasa menambah ilmu dan memantapkan lagi pengetahuan tentang bisnes. Hal ini bertujuan untuk memastikan bisnes anda sentiasa kekal relevan dan berdaya saing dalam dunia perniagaan semasa.

Diharap, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) menganjurkan program seperti ini, akan dapat membantu membangunkan ekonomi digital khasnya di Negeri Johor.

Kami di EasyStore, sentiasa komited untuk membantu para usahawan mendigitalkan bisnes untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Memula bisnes online secara percuma


Facebook icon Google+ icon LinkedIn icon Twitter icon YouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weight icon-wholesale