Strategi Membership App & Unified Customer Experience (UCX) untuk Kejayaan Bisnes Peruncitan Anda

By Lily Syafiqa · 13th September, 2023

Strategi Membership App & Unified Customer Experience (UCX) untuk Kejayaan Bisnes Peruncitan Anda | EasyStore

Pada zaman digitalisasi kini, ramai peniaga peruncitan bergegas untuk memperkenalkan aplikasi keahlian (membership app), sebagai hala tuju untuk meningkatkan daya saing bisnes. Walaupun membership app sangat membantu dalam menyediakan pelbagai manfaat untuk para peniaga dan pelanggan, ia bukanlah penentu kejayaan yang mutlak.

Apakah perubahan ataupun strategi yang peniaga perlu amalkan? Pihak manakah yang main peranan yang paling penting dalam menentukan kejayaan mana-mana bisnes?

Kami percaya bahawa penentunya adalah pelanggan dan jawapannya adalah Unified Customer Experience (UCX).

1. Daya Tarikan Membership App

Membership App memberikan para peniaga, terutamanya bisnes runcit satu saluran langsung kepada pelanggan mereka. Ia merupakan lanjutan kedai fizikal anda yang sentiasa berada di hujung jari pelanggan  di samping menawarkan tawaran eksklusif, loyalty points, dan memupuk kesetiaan pelanggan. Namun, walaupun ciri-ciri ini menarik, ia hanya titik permulaan sahaja.

2. Pengalaman Pelanggan yang Seragam

Pengalaman pelanggan yang seragam bermaksud pengalaman membeli-belah yang konsisten, lancar, dan personalized di mana sahaja pada bila-bila masa – sama ada di kedai fizikal, saluran atas talian, atau melalui aplikasi.

  • Konsistensi: Pelanggan menerima kualiti perkhidmatan dan maklumat yang sama, sama ada mereka sedang melayari laman web anda atau jejak masuk ke kedai anda.
  • Kelancaran: Peralihan antara membeli-belah secara dalam talian dan luar talian harus lancar. Contohnya, pelanggan mungkin mahu ketahui lebih lanjut tentang ketersediaan produk secara dalam talian sebelum membuat pembelian di kedai.
  • Personalization: Dengan adanya data pelanggan dari membership app, peniaga runcit boleh menyesuaikan promosi dan cadangan produk berdasarkan minat dan sejarah pembelian pelanggan secara individu.

3. Kepentingan Pengalaman Seragam Berbanding dengan Standalone App

  • Membina Kepercayaan: Pengalaman yang konsisten membantu dalam membina kepercayaan. Pelanggan tahu di mana untuk mendapatkan info yang diperlukan dan tindakan yang perlu diambil sepanjang pengalaman membeli-belah mereka.
  • Menambah Kesetiaan Pelanggan: Apabila pelanggan merasa difahami dan dihargai, mereka lebih cenderung untuk kembali untuk pembelian berulang, dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.
  • Mendorong Jualan: Pengalaman pembelian yang lancar mendorong peningkatan jualan. Pelanggan yang puas lebih cenderung menjadi pembeli tetap, yang memupuk kesetiaan kepada jenama.

4. Mengintegrasikan Aplikasi Keahlian ke dalam Pengalaman Keseluruhan:

  • Pengumpulan Data: Aplikasi boleh mengumpul data tentang pelanggan, sejarah pembelian, dan minat mereka.
  • Saluran Komunikasi: Peniaga runcit boleh menghantar notifikasi peribadi, tawaran, dan berita terus ke genggaman pelanggan.
  • Gelung Maklumbalas: Melalui aplikasi, pelanggan boleh dengan mudah memberi maklumbalas, yang boleh digunakan oleh peniaga runcit untuk memperbaikkan tawaran mereka.

Membership app, bukan strategi standalone untuk mana-mana bisnes. Ia harus diintegrasikan ke dalam pendekatan yang lebih luas yang terfokus pada penyediaan Unified Customer Experience (UCX). Elemen konsistensi, kelancaran, dan personalisasi perlu hadir pada semua saluran pembelian untuk membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan.

Berminat untuk memperkenalkan membership app untuk bisnes anda? Hubungi team kami harini untuk maklumat lebih lanjut

EasyStore