Cara Menjual di Lazada Malaysia dengan Integrasi EasyStore
By Sook Yan, Imaduddin Yahaya · 16th February, 2026
Table of Contents
Cara Menjual di Lazada Malaysia dengan Integrasi EasyStore
Meluaskan jangkauan ke Lazada ialah cara yang terbukti berkesan untuk meningkatkan jualan dan pendedahan produk. Namun begitu, ramai peniaga menghadapi cabaran untuk menguruskannya dengan cekap.
Dalam landskap perniagaan dalam talian di Malaysia yang berkembang pesat, penyelarasan "marketplace" bukan lagi pilihan, tetapi satu merupakan strategi penting untuk operasi perniagaan yang lebih cekap.
Oleh sebab itu, EasyStore telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan bagi menjadikan integrasi Lazada lebih mudah dan berkesan.
Berikut adalah cara EasyStore memudahkan anda menjual di Lazada Malaysia.
1. Hubungkan Saluran Jualan Lazada Anda ke EasyStore

Langkah pertama bermula dengan akaun Lazada Seller Center. Setelah bersedia, anda boleh mula menyelaraskan produk ke laman web EasyStore.
Aktifkan integrasi Lazada Malaysia bagi membolehkan perkongsian data yang lancar antara akaun EasyStore dan Lazada.
Menariknya, produk Lazada sedia ada anda akan dipaparkan dalam halaman Products di EasyStore untuk pengurusan yang lebih mudah.
2. Pengurusan Produk: Penyelarasan Pintar ke Lazada
Kini, anda tidak lagi perlu membazri masa menyalin dan menampal secara manual. Semua butiran produk seperti nama, imej dan penerangan boleh diselaraskan antara Lazada dan EasyStore.
Ciri-ciri utama termasuk:
Pantauan Status Produk Lazada
Dengan ruangan“Status Lazada" yang baharu, anada boleh kemas kini mengenai produk anda terus melalui EasyStore.
Pengisian Data Automatik
Semasa proses penyelarasan semula, kategori produk dan jenama akan diisi secara automatik. Anda hanya perlu mengemas kini butiran khusus yang diperlukan.
Senarai Produk Berhalaman
Halaman Produk kini menggunakan sistem berhalaman "pagination", menjadikan proses mencari dan mengurus senarai jualan lebih pantas.
Pemantauan Status Penyelarasan

Status penyelarasan produk akan ditanda sebagai Aktif (Active),Tidak Diselaras (Unsynced), atau Ralat (Error). Jika berlaku ralat, klik pada status tersebut untuk melihat pop-up dengan arahan jelas bagi menyelesaikan masalah.
Laraskan Harga Khusus untuk Lazada
Tetapkan harga yang berbeza untuk Lazada tanpa perlu mengedit setiap senarai produk secara manual. Anda boleh melaraskan harga berdasarkan peratusan atau nilai tetap. Semua ini boleh dilakukan terus dari papan pemuka EasyStore.
3. Tingkatkan Daya Tarikan dengan "Watermark" (Ciri Baharu)
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, imej produk yang menonjol adalah kunci untuk menarik klik, terutamanya semasa kempen promosi atau musim puncak.
Melalui EasyStore, anda kini boleh menambah watermark tersuai (format PNG dengan latar belakang telus) pada imej produk Lazada bagi meningkatkan keterlihatan dan kadar klik (click-through rate).
4. Pengurusan Pesanan yang Lebih Sistematik
Menguruskan pesanan Lazada kini lebih ringkas dengan panel pentadbiran berpusat EasyStore:
Carian Pesanan Lebih Pantas
Tapis pesanan mengikut tarikh, saluran jualan atau status pesanan.Anda juga boleh mencari menggunakan butiran pelanggan atau nombor pesanan.
Identiti Saluran Lazada
Setiap pesanan daripada Lazada akan ditandakan dengan ikon khas Lazada, memudahkan anda menbezakan punca jualan.
Proses Pesanan Tunggal atau Pukal
Laksanakan pemenuhan pesanan secara individu atau pilih beberapa pesanan Lazada untuk diproses serentak — semuanya terus dari panel admin EasyStore.
Cetakan Air Waybill Secara Pukal
Selepas pesanan diproses, anda boleh mencetak Lazada Air Waybill terus dalam EasyStore tanpa perlu log masuk ke platform lain.
Masa untuk Kembangkan Perniagaan Anda
Dengan memusatkan operasi Lazada melalui EasyStore, anda bukan sahaja memudahkan pengurusan produk dan pesanan, malah dapat mengurangkan beban kerja manual.
Inilah masanya untuk memanfaatkan trafik tinggi daripada platform pasaran utama Malaysia dan menukarkan mereka menjadi pelanggan setia di laman web jenama anda sendiri. Mulakan langkah anda dengan EasyStore dan teroka potensi pertumbuhan baharu hari ini.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.

