EasyStore 品牌月 11/20-12/20 年度獨家優惠方案 【限時限量200組】最高優惠20萬 限量領取

Panduan Terperinci Untuk Menjual di Instagram Bio Shop

By Yavini Lucille · 6th June, 2021

Panduan Terperinci Untuk Menjual di Instagram Bio Shop | EasyStore

Membeli-belah telah menjadi mudah sehingga kita dapat berbelanja dari keselesaan kediaman sendiri - pada bila-bila masa, di mana sahaja di kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan Lelong. Platform media sosial seperti Instagram juga merupakan platform yang berguna untuk memaparkan barangan anda agar pelanggan mempunyai pengalaman membeli-belah yang baik.

Saya percaya pada suatu ketika, anda pernah menghabiskan masa sehingga 30 minit atau lebih dalam sehari di Instagram. Perkara yang sama juga berlaku kepada Jutaan pengguna Instagram di seluruh Malaysia. Oleh itu, potensi menempatkan produk anda di mata berjuta-juta pelanggan terdapat di Instagram.

Mengapa anda perlukan Instagram Bio Shop untuk Ecommerce anda?

1. Pembuat kedai-seperti-Instagram dalam sekelip mata

Jangan tunggu lagi. Tidak perlu mengeluarkan kos tambahan. Tidak perlu menjadi pelanggan mereka. Beralih ke Kedai Instagram kami hari ini. Tiada perbezaan yang besar antara Instagram Shop dan Instagram Storefront kami yang baru dilancarkan.

Berikan pelanggan anda keselesaan semasa membeli-belah di Instagram. Mereka tidak perlu beralih dan meluangkan masa untuk membiasakan diri dengan paparan lain apabila mereka boleh membuat pesanan secara terus di platform.

2. Sama tetapi berbeza: Pos yang dilengkapi fungsi untuk berbelaja

Saya percaya anda pernah melihat pos di Instagram yang boleh dibeli dari dalam aplikasi. EasyStore Instagram Storefront telah melancarkan fungsi yang serupa untuk para pengunjung supaya melancarkan urusan berbelanja dalam paparan Instagram yang sama.

Bagaimana ia memberi manfaat kepada anda? Mengelakkan perselisihan dan memudahkan pembeli melihat katalog produk, memeriksa harga setiap produk, serta mendapatkan lebih banyak maklumat tentang produk anda.

Selain itu, jika pelanggan sudah bersedia melakukan pembelian, mereka boleh mengunjungi pos produk dan membuat pesanan secara terus menggunakan butang “Buy Now”. Ia akan membawa mereka ke kedai anda untuk menyelesaikan pembayaran produk yang dipilih.

3. Satu pautan yang boleh diakses

“Saya mahu pengikut Instagram saya mengetahui kewujudan Instagram Storefront saya? Apa yang saya buat untuk mencapainya? "

Penyelesaiannya cukup mudah! Hanya “copy and paste” (salin dan tampal) pautan Instagram Storefront anda di akaun Business Instagram anda.

Pautan Instagram Storefront di Instagram bio anda membolehkan setiap pembeli mengunjungi Instagram Storefront anda.

Tidak kira di mana anda berada, pautan Instagram Storefront anda boleh dikongsikan ke media sosial. Sekiranya anda ingin target pelanggan yang lebih muda, masukkan pautan Instagram Storefront ini di Facebook Page anda, akaun Twitter, perbualan WhatsApp/Telegram/LINE, dan lain-lain. Umur pelanggan anda boleh diubah.

4. (Ciri BAHARU) Profil yang boleh diedit

Mengekalkan jenama dan menyampaikan identiti anda kepada orang ramai sama ada dalam talian atau di luar talian adalah penting. Kini anda dapat menunjukkan gambar jenama, nama dan keterangan produk anda di Instagram Bio Shop!

*Nota: Untuk makluman terdapat had 250 aksara untuk Bio.

5. (Ciri BAHARU) Cipta pelbagai pautan di IG bio

Gunakan Instagram Bio Shop ini ke semua saluran sosial anda & lakukan kemas kini secara berpusat, dari dashboard anda, pada bila-bila masa. Kini anda boleh menambahkan hingga 10 pautan yang dapat menghantar pengunjung anda terus ke halaman tertentu dari Instagram Bio Shop. Cukup dengan menambah, mengedit nama & pautan kemudian siap!

Tidak berapa pasti apa yang kami bincangkan? Jangan bimbang, teruskan membaca, kami ada penyelesaian untuk anda.

Bagaimana Instagram Bio Shop berfungsi di EasyStore?

1. Sambungkan dan log masuk ke akaun Instagram anda

Untuk membuat Instagram Storefront, anda perlu ke EasyStore Admin > Saluran > Instagram > klik Aktifkan Instagram.

2. Izinkan akses media

Setelah anda log masuk Instagram dengan maklumat anda yang tepat, anda akan diminta untuk mengklik Authorize untuk terus membuat Instagram Storefront anda. Pergi ke butang Authorize jika anda membenarkan media, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ini untuk diakses oleh EasyStore.

3. Instagram Bio Shop Anda telah dibuat!

Setelah mengikuti langkah-langkah di atas, periksa pautan Kedai Bio anda di tempat yang sama (EasyStore Admin > Instagram). Pilih koleksi produk yang akan ditampilkan di Instagram Bio Shop anda pada ruangan baru muncul ‘Instagram featured collection.’

4. Salin dan tampal di bio anda

Kini, Instagram Storefront boleh digunakan oleh pengikut anda untuk berbelanja dari pautan bio akaun Instagram Business atau Instagram Personal. Mereka tidak perlu beralih ke tempat lain, menunggu dan menghabiskan masa untuk membiasakan diri dengan paparan antara muka yang berbeza untuk membuat pesanan!

Berkaitan: Cara Menyediakan Instagram Storefront? Kami menyediakan panduan terperinci di sini.

Ringkasannya

Dengan mempunyai lebih daripada 10 juta akaun aktif di Instagram, ia merupakan peluang yang besar untuk mengumpul pelanggan anda dan berinteraksi dengan mereka. Ingat, orang tidak membeli dari anda hanya kerana produk anda berpatutan atau mempunyai bungkusan yang cantik.

Oleh kerana tingkah laku pengguna sentiasa berkembang dan berubah-ubah, penjual tidak mempunyai alasan untuk tidak menerima perdagangan digital. Apa yang paling penting, EasyStore akan sentiasa ada di sepanjang perjalanan perniagaan anda dan memberikan semua sokongan yang anda perlukan dengan ciri baru yang lebih hebat!

Meet Taipei | EasyStore