Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!

By Lily Syafiqa · 8th November, 2023

Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?! | EasyStore

Jenama pakaian streetwear tempatan AKUDESIGN berasal dari negeri Melaka, diasaskan oleh dua beradik Amirel Amen Anuar dan Afiq Afify Anuar, telah berjaya memikat peminat fesyen dengan gabungan unik pakaian streetwear dan seni grafiti.

Akaun Instagram Hilang Semalaman!

Team AKUDESIGN mengalami kejutan yang dahsyat apabila akaun Instagram mereka, dengan lebih 70k followers, digodam pada bulan yang lalu. Kehilangan username berjenama di Instagram bukan sekadar kehilangan usaha team untuk membina komuniti tetapi turut menjejaskan komunikasi dengan followers dan jualan yang dijanakan melalui Instagram.

Walaupun mereka berusaha untuk mendapat balik akses akaun tersebut, namun mereka tidak berjaya.

Dengan berat hati,

team berganding bahu dan merangka rancangan yang kukuh untuk maju ke hadapan. Mereka menyedari tiga perkara utama yang penting untuk pemulihan ini:

  • Memaklumkan pelanggan tentang akaun yang terjejas dan menggesa mereka supaya berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mencurigakan.
  • Cara terpantas untuk membangun semula akaun dengan followers.
  • Mendapat kembali semula sebarang jualan yang hilang daripada kejadian ini.

Quick Rebound AKUDESIGN Dipandu UCX

Untuk proses pemulihan merekea, AKUDESIGN memanfaatkan Unified Customer Experience (UCX) dengan CRM EasyStore. Pangkalan data pelanggan yang berkualiti disusun secara automatis sama ada transaksi tersebut dijanakan di kedai fizikal mahupun kedai atas talian, bagi menunujukkan komitmen team untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan bersepadu untuk para pelanggan.

Seterusnya, Amirel menggunakan Broadcast Tools EasyStore untuk memaklumkan pelanggan mereka tentang kejadian dan meminta para pelanggan untuk mengikuti akaun baru mereka. AKUDESIGN berjaya mencapai 7k followers dalam masa 2 bulan saja dan jumlah followers terus bertambah.

Berita baik setelah kejadian ini adalah akaun asal yang digodam dipadamkan dari Database Instagram, membolehkan team AKUDESIGN menuntut kembali usernama akaun tersebut.

Pengalaman ini membawa satu pengajaran yang penting, untuk tidak terlalu bergantung pada satu platform sahaja. Mereka menyedari keperluan untuk mempelbagaikan saluran jualan mereka sambil mempunyai pangkalan data pelanggan bersatu. Dengan adanya ini, mereka boleh mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, memastikan pangkalan data pelanggan kekal sebagai hak milik mereka.

EasyStore memperjuangkan Unified Customer Experience (UCX) dengan membantu para peniaga mecapai hasil jualan yang luar biasa. Strategi UCX menyumbang kepada peningkatan sebanyak 34% dalam perbelanjaan pelanggan purata, meningkatkan kepuasan pelanggan, meningkatkan margin keuntungan dan mengurangkan kos

Memori Comeback

Mengubah peristiwa malang ini menjadi bukti daya tahan bisnes, AKUDESIGN memperkenalkan "Hacked Series" baru, sebagai peringatan bahawa tidak kira apa jua cabaran yang datang, mereka sentiasa mampu mengatasinya dan terus maju ke hadapan.

Unified Customer Experience (UCX) Melonjakkan Jualan Sebanyak 5X!

Tahun ni, mereka telah membuka kedai fizikal mereka yang kedua, AKUDESIGN HOMEGROWN, di sambil menjual di lebih daripada 10 saluran jualan atas talian termasuk Shopee, Lazada, dan TikTok!

Dengan peningkatan trend online-merge-offline (OMO), mereka memeluk strategi UCX EasyStore dan berjaya mencapai hasil yang luar biasa:

  • Peningkatan jualan di kedai sebanyak 5X,
  • 6X kenaikan kadar pembelian ulangan,
  • Inventori diselaraskan di 2 kedai fizikal dan 10 saluran jualan atas talian,
  • Membina team yang kuat dengan 7 staf utama, dan kini bersedia untuk perkembangan bisnes yang selanjutnya!

Ketahui lebih lanjut tentang strategi omnichannel mereka di sini!

Meet Taipei | EasyStore