EasyStore 品牌月 11/20-12/20 年度獨家優惠方案 【限時限量200組】最高優惠20萬 限量領取

Kemaskini Produk EasyStore: April - Jun 2020

By Yavini Lucille · 12th August, 2020

Kemaskini Produk EasyStore: April - Jun 2020 | EasyStore

Sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan, gaya hidup kita telah berubah dengan ketara. Tiada siapa yang dapat mengelak kesan COVID-19 ke atas semua tahap masyarakat hari ini. Namun begitu, ia tidak pernah menghalang kami daripada terus menambahbaik ciri-ciri kami dan pada masa yang sama membawakan integrasi-integrasi yang baru.

Ini adalah rumusan apa yang kami telah tambah kepada EasyStore dengan sasaran membantu perniagaan anda berkembang yang mungkin menepati sasaran anda untuk 2020.

1. [Aplikasi Mudah Alih] Jual di mana-mana dengan aplikasi mudah alih EasyStore

Jika anda belum tahu, aplikasi mudah alih EasyStore kini boleh dipasang dari Play Store dan App Store percuma!*Maklumat terkini: Anda boleh dapatkan aplikasi EasyStore di Huawei's App Gallery juga!

Saya percaya sesetengah daripada anda telah menjual produk anda di kedai-kedai atau bazaar pop-up? Anda boleh membuat produk tersendiri serta-merta dengan aplikasi mudah alih anda untuk mendapatkan jualan fizikal ketika menjual di kedai-kedai atau bazaar pop-up. Buat pesanan secara terus di telefon anda dengan butiran diisi di dalam aplikasi mudah alih.

Kadangkala, anda mungkin mengalami isu apabila membuat kedai dalam talian. Sekarang menggunakan aplikasi mudah alih, anda boleh menghubungi pakar kami untuk mendapatkan bantuan di hujung jari anda. Pergi ke Aplikasi Mudah Alih > Tetapan > Sokongan.

Tidak perlu membawa pengimbas ke merata-rata tempat. Buka aplikasi mudah alih dan lihat di sudut atas kanan. Benarkan akses kepada fungsi pengimbas dan anda sudah siap. Kawal sendiri pengurusan inventori anda. Ketahui jumlah stok sedia ada dengan proses yang pantas.

*Perhatian: Ciri ini hanya disediakan dalam pelan Standard & Business sahaja. 

2. [Depan Kedai] Kesan dan Hentikan Pelanggan-pelanggan Akaun Palsu

EasyStore komited dalam menyediakan cara yang selamat untuk memberikan pelanggan-pelanggan dalam talian pengalaman yang memuaskan dengan mengelakkan semua trafik mengganggu dalam laman sesawang anda. Satu langkah tambahan, menyelesaikan Cabaran Captcha Google diperlukan pada sesi mendaftar masuk untuk mengurangkan risiko spam.

3. [Depan Kedai] Menunjukkan Masa Berniaga di Pelokasi Kedai

Seperti kami umumkan dalam berita terkini produk pada suku pertama, anda boleh membawakan trafik pejalan kaki ketika membina kedai dalam talian dengan menetapkan alamat kedai fizikal. Sekarang masukkan masa berniaga dalam Pelokasi Kedai, benarkan mereka melawat kedai anda pada masa yang betul.

4. [Aplikasi] Migrasi Youbeli ke SyncGo

Ada pengguna Youbeli? Mengingatkan anda yang anda boleh memasang dan menyambung dengan SyncGo untuk menyelaraskan produk-produk dan inventori kepada kedai anda dengan lancar. Pergi sahaja ke Integrasi Aplikasi > Cari SyncGo > Pasang dan Lancarkannya dari panel admin anda.

5. [Ciri Baru] Terima Pesanan melalui WhatsApp dan Borang Pesanan LINE

Masih merekod pesanan anda secara manual dari WhatsApp dan LINE? Untuk membuat menjual lebih mudah, anda kini boleh menerima pesanan dalam perbualan -- membenarkan pelanggan-pelanggan membuat pesanan mereka dengan pautan. Pesanan ini boleh dibuat dengan mudah di Whatsapp selain LINE. Tonton demo terbaru untuk ciri ini di Youtube. 

 

6. [Ciri Baru] Program Pemasaran Perujuk dilancarkan

Desas-desus mulut adalah satu lagi alat pemasaran yang penjual dalam talian boleh gunakan dengan kos terendah. Buat kod perujuk unik dan salin dan tampal dalam perbualan anda. Anda juga boleh memerhatikan prestasi perujuk dalam panel admin.

7. [Admin] Kaji Analisis Jualan Anda dengan Menggunakan Penapis Tarikh

Analisis ke atas perniagaan anda membolehkan anda menjadi lebih baik dan terus berusaha mengoptimakan strategi-strategi pemasaran. Dengan kemaskini baru ini, laporan analisis akan mengandungi jumlah jualan, jumlah pesanan, jualan kumulatif, pesanan kumulatif, selain purata nilai pesanan. 

Bagi memberikan anda gambaran yang lebih jelas, carta kumulatif telah ditambah sementara pesanan dipadam telah dikeluarkan daripada data. Menyusun data akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh memilih melihat satu tempoh masa seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.

8. [Admin] Ubah Profail Pengguna Anda Tanpa Had

Selepas mencuba percubaan percuma 14 hari, anda boleh memilih mengubah butiran peribadi anda dalam profail. Ya, anda kini dapat membuat perubahan ke atas nama, nombor telefon dan negara anda. Pergi ke Tetapan > Profail > Ubah Butiran > Simpan dan Selesai!

9. [Admin] Akses Segera Ke Akaun EasyStore Anda Dengan Antaramuka Baru

Lupakan masa lepas, kami membawakan anda antaramuka baru dan menyegarkan apabila log masuk atau mendaftar akaun EasyStore. Percepatkan proses log masuk dengan mendaftar menggunakan akaun Google, Facebook, LINE atau Apple akaun anda.

Jimatkan masa anda. Cari kata-kata kunci setiap kali idea perniagaan muncul dalam minda anda. Mungkin pos-pos blog kami akan membantu anda menyelesaikan sifat ingin tahu anda kerana berbilang jenis kandungan akan dikongsikan di laman sesawang kami. Lihat blogpost kami.

10. [Admin] Kecekapan Lebih Baik Dalam Menguruskan Pesanan

Apabila pelanggan membuat pesanan, penjual dalam talian perlu menjejak pesanan sehingga ia dihantar. Proses menjejak dan memenuhi pesanan yang berkesan telah ditambahbaik dengan beberapa ciri:

(i) Muat naik lampiran

Manusia memang pelupa. Gunakan ciri ini untuk melampirkan gambar berkaitan ketika memeriksa butiran pesanan anda. Langkau langkah-langkah untuk mencari balik perbualan antara anda dengan pelanggan-pelanggan anda.

(ii) Log sejarah yang lengkap

Mengekalkan penerangan lengkap rekod sejarah membolehkan anda mengawasi aktiviti-aktiviti yang membantu masalah menganalisa. Anda boleh melihat tindakan-tindakan dan kakitangan yang melakukan tindakan tersebut.

(iii) Slip pembungkusan yang direka baru

Jika anda menggunakan kod bar untuk tujuan inventori, sediakan pengimbas anda. Sekarang kod bar boleh ditambahkan kepada slip pembungkusan selain gambar produk anda dan akan ditunjukkan seperti dalam slip pembungkusan dalam gambar di bawah

(iv) Tapis pesanan sedia-untuk-dihantar adna dengan tarikh penghantaran

Mahu memeriksa sama ada anda telah menyediakan pesanan yang menyokong penghantaran esok? Tapis pesanan-pesanan ini dengan satu ketukan. Ta-da, pesanan disusun dengan cantik.

Sekarang (Dengan penapisan tarikh)Sebelum (Tanpa penapisan tarikh)

(v) Eksport data bersama dengan kod baucar

Sebelum ini, kod baucar tidak disertakan apabila mengeksport data pesanan dalam panel admin. Sekarang anda boleh mengeksport kod baucar bersama butiran-butiran lain dalam setiap pesanan.

11. [Depan Kedai] Kaedah pembayaran yang lebih baik

EasyStore telah menawarkan lebih daripada 40+ gerbang pembayaran untuk penjual-penjual dalam talian untuk menerika pembayaran tanpa sentuhan daripada pelanggan-pelanggan global. Lihat sendiri kemaskini terkini berkenaan beberapa gerbang pembayaran:

Stripe

Pembayaran kad kredit dibenarkan dengan 3D Secure Authentication.

Maybank2u Pay

Pengguna-pengguna dalam talian anda dibenarkan menggunakan Maybank2u Pay untuk membuat pembayaran.

RazerPay

  • Kaedah-kaedah pembayaran tambahan disertakan - E-wallet dan Ansuran.
  • Anda digalakkan mengeluarkan pilihan perbankan terus kerana ia tiada lagi dalam RazerPay.
  • Sementara itu, perbankan internet disediakan untuk pelanggan-pelanggan membuat pembayaran.
Meet Taipei | EasyStore