Dalam Jenama Penjagaan Kulit Bagi Meningkatkan Minat untuk Maju
By Yavini Lucille · 8th September, 2020
Pada tahun 2011, Sarini telah menamatkan pengajiannya di Korea Selatan dan dia mengambil keputusan untuk mencapai cita-citanya. Daripada menjadi seorang jurutera kimia, dia ternampak satu lagi pilihan dalam hidupnya – untuk menjadi seorang usahawan.
Sesuatu Yang Dia Tak Pernah Rasakan Daripada ‘Bekas Kerjayanya’
Untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik, Sarini telah melanjutkan pelajaran dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Korea, Korea Selatan. Ianya merupakan peluang yang memberikan inspirasi kepada idea kerjaya semasanya. “Minat saya terhadap penjagaan kulit dan formulasi kimia telah membawa saya sejauh ini,” katanya.
Sejak orang Korea, tidak kira jantina, sangat mengambil berat terhadap penjagaan kulit, ianya sukar untuk Sarini jauhkan pandangan daripada produk mereka. Inovasi pantas mereka menyamai budaya dan permintaan orang Korea dimana menjadikan penduduk sedunia kagum, termasuklah Sarini yang melanjutkan pelajaran di sana pada ketika itu.
Dia telah lancarkan kedai dalam taliannya bersama jenama penjagaan kulit seluruh dunia dari Korea, Jepun, Amerika Syarikat, dan juga jenama tempatan yang dia sedang kerjakan hampir satu dekad.
Sudah tentu, tiada yang dapat berjaya seorang diri. Bantuan yang diterima daripada rakan-rakan di Korea merupakan salah satu permulaan yang memberikan motivasi kepada Sarini unutk bergerak ke hadapan dalam industri penjagaan kulit seumpama lautan merah. Semua jenama penjagaan kulit Korea diimport ke Malaysia dengan selamat bersama usaha sama daripada rakan-rakannya.
Ketika dia berumur 20-an, itulah waktu terbaik untuk mulakan semula tanpa pengalaman perniagaan. Sarini kembali ke kampung halamannya sebagai seorang jurutera kimia tetapi minda dan hatinya tidak lagi sama. Minatnya telah membolehkan dia mulakan langkah pertama untuk menceburi dalam perjalanan beribu batu itu.
Pernah Mencuba, Pernah Gagal. Cuba Sekali Lagi. Gagal Sekali Lagi, Gagal Lebih Baik
Satu pelajaran yang dipelajari ketika berada dalam haluan keusahawanan adalah mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan dalam talian.
“Saya betul-betul tidak tahu betapa susahnya ia sehinggalah saya alaminya sendiri,” kata Sarini. Memang tak daapt dinafikan, sebagai seorang yang baru bermula berniaga dalam e-dagang penjagaan kulit, jenamanya yang tular di media sosial pada permulaannya tidak dapat meyakinkan kesahihan penuh produknya. Kesahihan pengetahuan yang dia kongsikan juga dipersoalkan oleh para ‘keyboard warrior’.
Apabila dia menebalkan mukanya dalam menyediakan dan membina perniagaan dalam taliannya, satu demi satu pelanggan datang dan tinggalkan ulasan penuh mereka. Tanpa disedari, empayarnya telah mendapat perhatian orang awam. Maklumat dibawa dari mulut ke mulut menuju ke babak seterusnya dalam perjalanan ini.
Satu halangan biasa yang dihadapi oleh perniagaan yang dipimpin oleh wanita adalah untuk menyediakan modal sendiri dalam jenama tersebut. Pembiayaan terpilih untuk perniagaan kecil adalah terhad. Tidak bergantung kepada apa-apa pinjaman bank, dia melakukan kerja sampingan. Salah satunya adalah membuat hadiah untuk majlis tertentu. Dia tahu bahawa untuk mengekalkan aliran modal yang stabil, apa yang dia sedang kerjakan tidak mencukupi. Dan pada ketika itu, EasyStore mendekatinya.
Di Sebalik Menjual Produk Penjagaan Kulit. Kisah Sedihnya Diberitahu.
“Saya memilih EasyStore sebagai pembekal pada sekitar tahun 2015 kerana perniagaan saya mula menjadi stabil dan memerlukan prosedur yang lebih sistematik,” Setelah menganalisis semua usahanya, membina sebuah laman web adalah satu-satunya cara untuk kekalkan perniagaan bagi jangka masa panjang dan stabil.
Mengawasi aktiviti pesanan dan inventori dalam EasyStore membawa kepada pengurusan yang lebih berkesan. Transaksi dalam talian dan jumlah stok direkodkan secara automatik. Paparan stok yang betul bagi memenuhi permintaan pelanggan membantu membina asas pelanggan setia.
Selain itu, reka bentuk laman web minimalis menjadikan jenama tersebut kelihatan lebih profesional dan dipercayai. Mengutamakan perhatian pelawat kepada produknya dalam laman web tanpa warna dan grafik berlebihan.
Cadangan Alat Terbaik dalam EasyStore Bagi Usahawan Baru
Segerakkan dengan sistem EasyParcel. Penghantaran lebih mudah apabila Easyparcel membenarkan pelanggan menyemak kadar harga penghantaran berbeza daripada perkhidmatan kurier tempatan dan juga antarabangsa. Tempahan yang dibuat bagi penghantaran dalam talian akan dikecualikan daripada caj tambahan bagi setiap pengguna. Bil cetakan sendiri dapat dijana setelah tempahan berjaya dibuat.
Oleh kerana terdapat paparan luas produk yang dipaparkan pada laman web, fungsi menyunting secara pukal telah menambahbaik kecekapannya dalam mengemaskini semua produk. Daripada mengklik pada setiap produk, eksport dan suntingnya dalam satu senarai. Selepas itu, selesaikannya dengan mengerjakan import.
Usahanya Mula Menampakkan Hasil Daripada Penjualan Pelbagai Siaran
Sekarang ini, dia telah mengembangkan perniagaannya ke Shopee dan Lazada sebagai kaedah lain untuk membina kedai atas talian yang lebih kukuh. Dengan integrasi yang disediakan, platform tersebut telah dimajukan untuk pengalaman membeli belah lebih mesra pelanggan dan hasilnya dapat dilihat bersama pertumbuhan berganda dalam kadar jualan. Secara tidak langsung, trafik baru akan dibawa ke laman web jenama tersebut.
Dapatkan akses kepada semua maklumat daripada platform berbeza memberi kuasa kepada Sarini untuk mengerjakan pengurusan produk yang lebih berkesan bersama proses yang menjimatkan masa. Bagi mengekalkan kemudahan perniagaan, maklumat dapat disegerakkan di antara pasaran (Shopee dan Lazada) dan kedai dalam talian dengan ciri-ciri automatik. Dapatkannya dengan satu klik.
Jangan Mula Sekarang, Jika Anda Rasa Ada Yang Dapat Menghalang Anda
“Jika anda mempunyai sebuah impian, jangan ragu-ragu untuk mengejarnya!” Walaupun Kedai Kosmetik dilancarkan secara kecil-kecilan, Sarini telah keluar daripada zon selesanya untuk membuat satu perubahan dalam kehidupannya.
Tanpa menangguh lagi, bertindak sekarang. Rahsia ke hadapan adalah dengan terus memulakannya. Jangan menyesal di masa hadapan kerana masa tidak akan menunggu anda!
Jangan lupa untuk kunjungi jenamanya di:
Laman Web: https://www.thepastelsshop.com/
Shopee: https://shopee.com.my/thepastelsshop
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/thepastelsshop/
Facebook: https://www.facebook.com/thepastelsshop/
Instagram: https://www.instagram.com/thepastelsshop/
最新文章
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 8th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 15th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 11th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 28th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 15th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 8th Nov, 2023