Rahsia AKUDESIGN - Peningkatan Jualan 5X dengan Strategi UCX!
By Lily Syafiqa · 31st October, 2023
Jenama pakaian streetwear tempatan AKUDESIGN berasal dari negeri Melaka, diasaskan oleh dua beradik Amirel Amen Anuar dan Afiq Afify Anuar, telah berjaya memikat peminat fesyen dengan gabungan unik pakaian streetwear dan seni grafiti.
Kami bertemu dengan pengasas AKUDESIGN untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan impak setelah menggunakan solusi EasyStore untuk bisnes mereka, yang menghasilkan peningkatan jualan sebanyak 300%!
Mereka juga telah membuka cawangan kedai fizikal mereka yang kedua, AKUDESIGN HOMEGROWN, di sambil menjual di lebih daripada 10 saluran jualan atas talian termasuk Shopee, Lazada, dan TikTok!
AKUDESIGN telah berjaya mencapai hasil yang luar biasa dalam masa setahun setelah memupuk strategi Unified Commerce:
- Peningkatan jualan di kedai sebanyak 5X,
- 6X kenaikan kadar pembelian ulangan,
- Inventori diselaraskan di 2 kedai fizikal dan 10 saluran jualan atas talian,
- Membina team yang kuat dengan 7 staf utama, dan kini bersedia untuk perkembangan bisnes yang selanjutnya!
Team Seramai 7 Orang Menakluki Cabaran Menguruskan 2 Kedai Fizikal
Pengurusan 2 kedai fizikal membawa cabaran baru kepada Amirel dan team. Mereka memerlukan segala proses untuk berjalan secara lancar, sama ada dalam talian mahupun di kedai fizikal. Pelanggan kini mempunyai pelbagai pilihan untuk memulakan pengalaman membeli-belah mereka merentasi pelbagai saluran - ianya membuatkan team AKUDESIGN sedar bahawa mereka perlu memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang selara, tidak kira di mana mereka memilih untuk membuat pembelian.
Dedikasi mereka terhadap perkembangan bisnes mereka dengan memeluk trend terkini membolehkan mereka memanfaatkan keupayaan transformatif teknologi, terutamanya strategi Unified Customer Experience EasyStore. Penyepaduan teknologi ini bukan sahaja mengoptimumkan operasi mereka tetapi juga menjadi kunci untuk memberikan pelanggan mereka pengalaman yang memuaskan dan bersatu apabila membeli-belah.
EasyStore memperjuangkan Unified Customer Experience (UCX) dengan membantu para peniaga mecapai hasil jualan yang luar biasa. Strategi UCX menyumbang kepada peningkatan sebanyak 34% dalam perbelanjaan pelanggan purata, meningkatkan kepuasan pelanggan, meningkatkan margin keuntungan dan mengurangkan kos
Over 50,000 brands use EasyStore to unify their retail and ecommerce business.
Request a demoKetahui Rahsia Kejayaan AKUDESIGN dengan Unified Commerce Solution EasyStore
1. Data Pihak Pertama Melalui Sistem Mobile Point-Of-Sale (mPOS)
Peralihan daripada proses manual kepada sistem bersepada, mari kita terokai cara mereka memanfaatkan solusi EasyStore mPOS, yang melonjakan jualan kedai fizikal mereka sebanyak 5X!
Apabila pelanggan keluar masuk kedai, staf mengalami cabaran untuk mengenali setiap pelanggan mereka. Dengan adanya POS, staf dapat menarik info pelanggan dengan segera seperti status keahlian, sejarah pembelian, produk yang disukai tapi belum dibeli dan banyak lagi. Proses ini menyumbang kepada pengalaman yang personal dan peningkatan kepuasan kepada setiap pelanggan tidak kira di mana jua pelanggan membuat pembelian.
2. Inventori Unified untuk Kedai Fizikal dan Ecommerce
Sebelum menggunakan solusi EasyStore, sistem pengurusan inventori mereka adalah secara manual - pen dan kertas sahaja. Apabila stok baru sampai di kedai, team akan mengedarkannya secara manual ke pelbagai saluran jualan. Jika satu saluran kehabisan stok, mereka akan memindahkan item dari saluran lain, mewujudkan tidak keselasian dan juga human error. Team juga menghabiskan banyak masa setiap hari untuk menyelaraskan jualan dan inventori.
Dengan pengurusan inventori berbilang lokasi EasyStore, mereka memperkemaskan proses inventori mereka dengan ketara, menjimatkan masa dan tenaga usaha. Kini, apabila pelanggan menjenguk kedai untuk mencari saiz pakaian tertentu, team boleh menyemak ketersediaan dengan segera. Jika item itu tiada di kedai, mereka boleh mengenal pasti lokasinya dengan cepat di saluran lain supaya tidak terlepas dengan potensi jualan.
- Penyelarasan Invetori pada Semua Saluran Jualan: Selepas setiap jualan, sistem akan mengemas kini inventori secara automatik untuk mengelakkan oversell.
- Sediakan Inventori Untuk Jangkaan Permintaan: Pantau kadar di mana setiap item dijual, membantu para peniaga menjangka kadar restok.
- Peringatan untuk Restok: Notifikasi pada dashboard memastikan para peniaga dimaklumkan tentang item yang perlu restok, menyingkirkan keperluan untuk menyemak secara manual dan berterusan.
- Pemindahan Inventori Antara Outlet: Proses pengagihan semula inventori untuk memadankan pelbagai permintaan dengan mudah, terutamanya apabila jualan dijalankan di luar kedai seperti di bazaar, expo, pop-up store dan sebagainya.
3. Pick Up dan Order Fulfillment Automatis
AKUDESIGN memanfaatkan Order Fulfilment secara automatis dan ia telah membantu team mengurangkan tempoh untuk proses pesanan pelanggan kepada 30 minit sahaja, penjimatan masa yang sangat ketara.
Setiap hari, team AKUDESIGN memulakan rutin dengan sistematik. Solusi EasyStore membantu mereka memenuhi pesanan dengan mudah, memenuhi senario di mana pelanggan membuat pembelian dalam talian dan memilih pick up dalam kedai fizikal. Team boleh mengatur pesanan harian dengan cekap, dan segera membantu pelanggan yang ingin memulangkan item - menyumbang kepada pengalaman membeli-belah yang puas dan selaras.
4. Unified Membership Program Untuk Kedai Fizikal dan Ecommerce
AKUDESIGN memperkenalkan inisiatif keahlian - "ADCTERS." Program eksklusif ini menyediakan pelbagai manfaat dan kelebihan kepada pelanggan mereka yang berdedikasi, termasuk akses awal kepada koleksi baharu, diskaun eksklusif dan pengesyoran yang peribadi.
Di samping itu, ahli boleh menikmati manfaat ini di semua saluran - sama ada kedai dalam talian, member app atau kedai fizikal. Member app berfungsi sebagai lanjutan kedai AKUDESIGN di hujung jari pelanggan, membolehkan mereka membeli-belah pada bila-bila masa dan membuat pembelian pantas tanpa perlu memasukkan semula butiran. Selain itu, ahli boleh menjejaki mata ganjaran mereka dengan mudah melalui aplikasi, mengeratkan hubungan AKUDESIGN dengan pelanggan mereka.
AKUDESIGN bermatlamat untuk mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan memupuk hubungan yang berkekalan dengan penyokong mereka yang dihargai dengan memupuk semangat komuniti dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia.
Dari Krisis kepada Kawalan: Peranan CRM dalam Mengurangkan Impak Insiden Penggodaman
Team AKUDESIGN mengalami kejutan yang dahsyat apabila akaun Instagram mereka, dengan lebih 70k followers, digodam pada bulan yang lalu. Walaupun mereka berusaha untuk mendapat balik akses akaun tersebut, namun mereka tidak berjaya.
Ingin tahu apa yang mereka lakukan seterusnya? Ketahui dengan lebih lanjut di sini
Bagaimana Para Pelanggan Dapat Memastikan Bahawa Mereka Tetap Kekal Dalam Bisnes pada Tahun 2024?
Kami meminta nasihat Amirel kepada para peniaga untuk memenuhi keperluan dan trend Unified Customer Experience yang semakin meningkat, inilah nasihatnya:
Kumpulkan team anda untuk sesi kreatif untuk mengetahui cara yang terbaik untuk membantu pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang seronok. Ambil idea tersebut dan sesuaikan dengan proses dalam bisnes yang diamalkan, buat penambahbaikan jika perlu. Yang paling penting, anda memerlukan sistem yang memberi anda power boost, pastikan semuanya berjalan lancar bagi memberikan pengalaman pelanggan yang bersatu untuk bisnes anda kekal di hadapan
Amirel, Pengasas AKUDESIGN
Dalam landskap perniagaan yang pantas dan sentiasa berubah, daya saing bukan tertakluk pada tawaran harga yang kompetitif atau produk berkualiti sahaja. Apa yang benar-benar membezakan bisnes adalah keupayaan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik yang melangkaui sempadan fizikal dan dalam talian. Pengalaman membeli-belah pelanggan yang bersatu memastikan konsistensi, di mana pelanggan berasa dihargai tidak kira di mana mereka memilih untuk membeli-belah, bagi memupuk pengalaman yang lancar di mana pembeli sentiasa engage dengan jenama anda.
Pelanggan yang puas bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan Customer Acquisition Costs (CAC) tetapi juga berpotensi untuk meningkatkan Return on Investment (ROI) di sambil menjadi pelanggan setia. 70% hasil jualan berpunca daripada pelanggan berulang, menunjuk kepentingan mereka dalam menyumbang kepada kejayaan jangka panjang dan kekal bersedia untuk perkembangan bisnes yang berterusan.
Kejayaan UCX Dalam Bisnes Anda
Perjalanan anda ke kejayaan UCX
Di EasyStore, kami komited untuk membentuk kejayaan bisnes anda dalam landskap perdagangan yang makin hari makin berkembang melalui Unified Customer Experience (UCX). Berhubung dengan pasukan kami untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu anda.
Need more information on EasyStore unified commerce solution?
Book a callบทความล่าสุด
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023