Bagaimana Facebook Marketing EasyStore dan Google Shopping Membantu Perniagaan Anda
By Max · 9th March, 2020
Soalan yang lazim daripada semua pemilik laman sesawang e-dagang: Kenapa saya tidak dapat jualan? Kenapa tidak ada trafik perniagaan masuk? Bagaimana untuk saya dapatkan lebih ramai orang untuk mengenali saya?
Membina sebuah laman sesawang e-dagang boleh menjadi sangat mudah. Anda boleh ubah suai keseluruhan padangan mengikut cara yang anda mahu daripada pencontoh bertema interaktif. Kemudian, anda muat naik produk, tetapkan kadar penghantaran, dan masukkan kaedah pembayaran anda.
Bayangkan ini, anda sudah tetapkan segalanya dan anda bersedia untuk memulakan perniagaan, tetapi tiada orang di hadapan kedai anda. Adakah semua usaha anda sia-sia? Belum lagi.
Di sinilah di mana platform seperti Facebook dan Google yang mempunyai pengguna yang paling ramai akan membantu perniagaan anda.
Teruskan membaca sambil kami mengupas mengenai fungsi dan faedah yang dibawa oleh kedua-dua saluran.
Penghubungan 1-Klik ke Halaman Facebook
Dengan 2.5 bilion pengguna terkini, Facebook menghubungkan ramai orang setiap hari lebih daripada platform lain. Perkara ini membuka banyak peluang bagi perniagaan untuk mencuba ke dalam talian.
Dengan pengguna yang sangat ramai, ianya tanpa keraguan yang Facebook telah menjadi taman permainan bagi pemasar. Hal ini kerana sumber yang dilaburkan di Facebook Dynamic Ads memberi ganjaran yang mantap kepada perniagaan.
Berkhidmat dalam saluran pemasaran untuk hampir semus perniagaan, EasyStore faham tentang apa yang pedagang perlukan untuk mendapatkan lagi banyak trafik kepada kedai dalam talian. Jadi, kami menjadi jambatan hubungan di antara Facebook dan EasyStore sebagai corong pemasaran.
Di sini merupakan beberapa fungsi yang boleh dinikmati oleh pedagang EasyStore.
Membenarkan Facebook Pixel
Membenarkan pelanggan untuk menghubungi anda melalui Messenger
Balasan Chatbot automatik
Promoter Facebook
Semestinya, ini hanya sedikit sahaja berbanding apa yang sedia ada. Sekarang Facebook Marketing merupakan ciri pemasaran bersepadu sepenuhnya yang membolehkan anda untuk menghubungkan halaman Facebook anda dengan laman sesawang e-dagang Easystore anda yang berbeza.
Penghubungan ini memang mudah sepertimana yang anda lihat. Penghubungan 1-klik membolehkan semua fungsi Facebook Marketing untuk anda gunakan ke atas laman sesawang e-dagang anda.
Dengan penghubungan kepada halaman Facebook anda, produk anda daripada EasyStore akan secara automatik satukan kepada Facebook. Selepas itu, hanya perlu biarkan Facebook Promoter melakukan kerjanya iaitu menunjuk arah kepada pelanggan anda ke laman sesawang EasyStore untuk membeli.
Bawa Produk Anda ke Google Shopping
Saya tidak rasa kami ada apa lagi untuk berkata mengenai Google selain daripada ianya merupakan engin carian yang terbesar dalam dunia, mempunyai sebanyak 75,000 carian dalam sesaat.
Cuba bayangkan anda boleh tukarkan hanya 1% daripadanya.
Berbanding Facebook, pelanggan daripada Google lebih cendurung untuk membeli item daripada anda. Di sebabkan mereka selalu mencari jawapan dalam Google, it bermakna yang mereka sudah tahu apa yang mereka mahu daripada awal lagi. Ini membuatkan trafik daripada Google lebih mudah untuk ditukarkan, hanya perlu selitkan beberapa potongan harga dan ianya akan membawa hasil.
Perkara ini sangatlah bermanfaat untuk penjual dan pemasar e-dagang oleh kerana mendapatkan trafik bermaksud ramai pelanggan dalam kedai anda dan bersedia untuk membeli dan Google Shopping merupakan alat yang sesuai untuk itu.
Dengan kemudahan yang sama, integrasi Google Shopping EasyStore membolehkan anda untuk 1-klik berhubung dengan laman sesawang EasyStore anda kepada Google Merchant Center. Produk anda di EasyStore akan secara automatik satukan kepada Akaun Google Merchant anda.
Google Shopping EasyStore merupakan ciri pemasaran bina dalam yang menyediakan jalan penyelesaian pemerolehan trafik untuk anda. Anda juga boleh cipta kempen Google Shopping anda sendiri dan jejak prestasi anda di sini.
Penghubungan tersebut bukan hanya membantu anda membawa produk anda terus ke pelanggan di Google, malah menjimatkan banyak masa untuk anda memberi fokus dalam menjalankan iklan-iklan anda dan menukarkan klik anda kepada jualan.
Kesimpulan
Manakala kedua-dua saluran ini merupakan antara yang paling saluran popular untuk pemasar e-dagang, ia merupakan suatu pilihan yang sukar untuk dibuat. Walau bagaimanapun, kami pasti jika anda mengabaikan mana-mana antara dua ini, anda akan hilang banyak kelompok pelanggan dalam pasaran. Jadi, kami mensyorkan gabungan terbaik kedua-dua saluran oleh kerana setiap satu daripadanya mempunyai sifat uniknya yang tersendiri yang boleh membantu perniagaan anda. Dan berita baiknya adalah, kami telah mengintegrasikan kedua-dua saluran dan akan sentiasa meningkatkan mutunya.
บทความล่าสุด
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023