Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan

By Amirul Asraf · 8th October, 2024

Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan | EasyStore

UNTUK SIARAN SEGERA

SELANGOR, 4 Oktober 2024 — Ekspo Selangor SelBiz 2024 anjuran Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) telah berlangsung di Setia City Convention Centre sehingga 6 Oktober 2024, mempertemukan usahawan muda dan syarikat terkemuka untuk menjalin kerjasama serta memperkukuh jaringan perniagaan. 

Acara ini memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan perniagaan mereka dan mendapatkan bimbingan daripada syarikat seperti EasyStore yang turut hadir untuk memberikan sokongan dalam memudahkan pelangggan untuk membeli daripada peniaga dan memperkasakan perniagaan digital.

Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) ingin membuka peluang kepada usahawan muda dan “start-up” dalam memperkenalkan produk mereka serta meluaskan pasaran ke peringkat lebih tinggi. Dengan pendekatan Business To Consumers (B2C) dan Business To Business (B2B), ekspo ini juga memberi ruang kepada penjenamaan semula bagi perniagaan yang sudah dikenali. Acara ini menyokong pertumbuhan keusahawanan melalui bimbingan secara langsung, termasuk akses kepada pelbagai agensi keusahawanan dan syarikat anchor yang terlibat.

Antara sorotan utama SelBiz 2024 termasuk demo teknologi terkini oleh EasyStore, di mana para pengunjung berpeluang mencuba sistem POS digital yang mudah dan efisien. 

Di samping itu, pengunjung juga dapat berinteraksi dengan pelbagai syarikat, menghadiri sesi kaunseling keusahawanan secara langsung di Klinik Usahawan Selangor, dan menyertai sesi jaringan perniagaan yang dapat membantu memperluas peluang kerjasama.

Sebagai sebahagian daripada Ekspo SelBiz 2024, EasyStore menyediakan demo Point-of-Sale (POS) digital bagi membantu usahawan meningkatkan kecekapan perniagaan mereka. 

EasyStore juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan penyelesaian e-dagang kepada peniaga bazar dan perusahaan kecil, memastikan mereka dilengkapi dengan alat digital yang relevan untuk menguruskan jualan secara lebih efektif.

Dengan sambutan yang luar biasa terhadap SelBiz 2024, ekspo ini terus menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan usahawan tempatan. 

Masa depan kelihatan cerah untuk para usahawan yang ingin melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan, dan dengan sokongan teknologi dari EasyStore, mereka kini lebih bersedia untuk memanfaatkan ekonomi digital.

Platform Unified Commerce EasyStore

EasyStore ialah penyelesaian perdagangan sehenti yang menyatukan perniagaan retail dan e-dagang. 

Lebih daripada 50,000 jenama telah berkembang dengan mengadaptasi strategi Unified Commerce Experience (UCX) melalui EasyStore merentasi pelbagai saluran jualan - kedai dalam talian, kedai retail, pasar dalam talian, dan media sosial, memastikan konsistensi dalam produk dan perkhidmatan untuk perjalanan membeli-belah yang lancar.

Lebih daripada 50,000 jenama menggunakan EasyStore untuk menyatukan perniagaan runcit dan e-dagang mereka.

Request demo harini

EasyStore