Tingkatkan Jualan Setiap Kaki Persegi: Kuasa Unified Customer Experience
By Lily Syafiqa · 6th September, 2023
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, jualan setiap kaki persegi kini menjadi satu metrik penting untuk peniaga runcit. Seiring dengan pengaburan garis antara perdagangan fizikal dan digital, peniaga runcit tradisional boleh memanfaatkan Unified Customer Experience (UCX) untuk mengoptimumkan metrik kritikal ini.
Mari kita mendalami dengan lebih teliti bagaimana UCX dapat meningkatkan jualan setiap kaki persegi bagi peniaga runcit.
1. Pengalaman Membeli-Belah yang Lancar
UCX memastikan pengalaman membeli-belah yang seragam, sama ada pelanggan menjelajah dalam talian dan melakukan pembelian di kedai atau sebaliknya.
- Impak: Tarik trafik ke kedai fizikal, pelanggan mungkin datang untuk melihat produk secara langsung setelah menemuinya dalam talian, sekali gus meningkatkan jualan di kedai dam juga peluang untuk upsell ataupun cross-sell.
2. Manfaatkan Pengalaman di Kedai Dalam Talian
UCX membolehkan peniaga runcit membawa pengalaman sentuhan dan peribadi membeli-belah di kedai ke alam digital.
- Impak: Dengan mempromosikan acara di kedai atau produk eksklusif di kedai dalam talian, peniaga runcit dapat menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi fizikal mereka, mengoptimumkan jualan dalam ruang tersebut.
3. Cadangan Peribadi (Personalization)
Dengan data dari tingkah laku membeli-belah dalam talian dan luar talian, peniaga runcit dapat membuat cadangan produk yang disesuaikan untuk setiap pelanggan individu.
- Impak: Apabila pelanggan mengunjungi kedai, mereka dapat disajikan dengan produk yang selari dengan minat dan sejarah jelajah mereka, meningkatkan keberangkalian pembelian.
4. Pengurusan Inventori yang Cekap
UCX membolehkan inventori dikemas kini secara real-time di semua saluran jualan. Peniaga runcit dapat memastikan barang yang fast-selling ataupun in-demand, mudah didapati di kedai.
- Impak: Ini mengurangkan kemungkinan peluang jualan yang terlepas disebabkan kehabisan stok, memaksimumkan generasi pendapatan setiap kaki persegi.
5. Pilihan Fulfilment yang Fleksibel
Pilihan seperti "Buy Online, Pickup In Store" (BOPIS) atau "Reserve and Try In-Store" merapatkan jurang pembelian dalam dan luar talian.
- Impak: Kemudahan perkhidmatan seperti ini menarik trafik ke kedai. Setelah pelanggan menjenguk kedai, pelanggan lebih cenderung untuk membuat pembelian tambahan, dan seterusnya meningkatkan kepadatan jualan.
6. Perkhidmatan di Kedai yang Dipertingkatkan
Ketersediaan data dari interaksi dalam talian, peniaga runcit dapat menawarkan perkhidmatan added-value di kedai, seperti personal settings atau tutorial produk.
- Impak: Perkhidmatan seperti ini tidak hanya menarik pelanggan ke dalam kedai fizikal tetapi juga meningkatkan nilai transaksi rata-rata, menaikkan jualan setiap kaki persegi.
7. Membina Kesetiaan dan Kunjungan Berulang
UCX membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran yang konsisten di semua touchpoint.
- Impak: Pelanggan yang setia sering berkunjung semula, menyumbang kepada frekuensi jualan yang lebih tinggi. Dengan setiap kunjungan, mereka lebih cenderung untuk membuat pembelian, justeru mengoptimumkan potensi jualan kedai.
Maksimumkan Setiap Jejak dengan UCX
Unified Customer Experience bukan sekadar tentang merapatkan jurang dalam dan luar talian; ia juga memaksimumkan potensi setiap kaki persegi dalam ruang peruncitan.
Peniaga runcit tidak hanya dapat menawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya tetapi juga secara signifikan meningkatkan jualan mereka setiap kaki persegi, memastikan kejayaan jangka panjang dalam landskap runcit yang dinamik dengan strategi UCX.
Berminat untuk meneroka lebih lanjut tentang UCX untuk perniagaan anda? Hubungi team kami harini untuk maklumat lebih lanjut
Artikel terkini
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 8th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 15th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 11th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 28th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 15th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 8th Nov, 2023