Biarkan Produk Anda Menonjol Daripada Pesaing Melalui Personalisasi

By Vincent Leong · 22nd May, 2021

Biarkan Produk Anda Menonjol Daripada Pesaing Melalui Personalisasi | EasyStore

Biarkan Produk Anda Menonjol Daripada Pesaing Melalui Personalisasi

Setiap pengguna mempunyai rasa dan keinginan yang unik ketika membeli-belah. Oleh itu, agar sukar untuk menawarkan produk yang sesuai dengan setiap orang. Jadi, agaknya apakah cara terbaik untuk menjadikan produk anda lebih menarik? Personalisasi adalah kuncinya!

Ramai yang tertarik dengan idea Personalisasi, terutamanya golongan milenium disebabkan produk yang disesuaikan sering dikaitkan dengan gaya dan lebih istimewa. Oleh itu, banyak jenama telah dibangunkan di bawah idea Personalisasi, yang menawarkan kebebasan kepada pengguna mengikut apa yang mereka mahukan dengan hanya menekan butang.

Keajaiban Personalisasi, Disempurnakan oleh Peniaga Kami

1. Mencampurkan & memadankan warna

Kombinasi yang sempurna sememangnya tidak pernah wujud, TIDAK selagi pembeli belum mempunyai kebebasan untuk menggayakan diri mereka sendiri.

oleh www.omgstore.com.my

2. Masukkan nama anda

Kita akan seronok apabila mempunyai hak milik ke atas produk, jadikan ianya lebih hebat dengan pembuatan nama.

oleh www.babydiary.my

3. Abadikan momen

Setiap saat yang berharga datang dalam bentuk yang berbeza dan anda dapat mencipta momen istimewa mereka hari ini.

oleh www.aprilinch.com

Faedah Personalisasi

1. Mengenakan bayaran caj yang lebih tinggi

Pengguna sanggup membayar 20% lebih tinggi dengan perkhidmatan Personalisasi untuk produk yang mereka rasa unik. Oleh itu, tingkatkan nilai produk anda dan anda boleh mengenakan bayaran yang lebih.

2. Bezakan daripada pesaing anda

Terdapat banyak pesaing di pasaran yang menawarkan produk dan reka bentuk yang sama. Oleh itu, Personalisasi menjadikan produk anda unik dan menonjol daripada pesaing anda.

3. Produk yang menjadi buah mulut 

Pernahkah anda didekati atau mendekati seseorang jika sesuatu yang unik sedang dilihat? Boleh jadi ia adalah pakaian, atau hanya sekadar botol. Personalisasi bertindak sebagai permulaan perbualan kerana kita tertarik dengan perkara yang unik.

Personalisasi Tidak Mustahil Dengan Alat Yang Betul

Product property app kami membolehkan anda menyesuaikan produk anda dengan bilangan ruang yang tidak terhad dalam paparan antara mukanya yang intuitif tanpa memerlukan pengetahuan coding.

Dengan memasang aplikasi ini, anda boleh menambah medan ataupun ruangan tambahan ke halaman produk dengan mudah untuk mengumpul maklumat tambahan daripada pembeli. Sebagai contoh, anda boleh mempunyai ruangan untuk pelanggan anda mengukir nama pada produk, dan maklumat ini akan ditunjukkan dalam perincian pesanan anda.

Alat Personalisasi Lain

Message box

Kotak mesej sesuai untuk menjual produk yang memerlukan pelanggan meninggalkan beberapa mesej. Tambahkan satu atau beberapa kotak pesanan khusus untuk pelanggan mengisi pendapat mereka untuk produk tersebut. Kotak mesej yang ditambah akan muncul dalam halaman pembayaran sejurus sebelum pelanggan membuat pesanan.

Date/time picker

Pemilihan Tarikh/Masa sesuai untuk perniagaan yang membolehkan pelanggan memilih tarikh dan masa penghantaran. Pelanggan anda boleh memilih mana-mana tarikh dan masa antara tempoh masa tertentu dari tetapan anda semasa pembayaran. Ini adalah perniagaan yang sesuai untuk bisnes dalam talian seperti:

  • Kedai Bunga

  • Kedai Roti

  • Membenarkan Penyesuaian Produk (produk customization)

  • Produk Pra-pesanan

Baca lebih lanjut mengenai artikel yang berkaitan:

*Bagaimana untuk anda mulakan menjual bunga tanpa sebarang pengalaman.