Persediaan Lanjutan Kedai Dalam Talian Untuk Perniagaan Makanan & Minuman Semasa Ramadhan
By Ika · 15th April, 2020
Dalam artikel yang lepas, kami telah berkongsi tentang senarai semak untuk melancarkan kedai dalam talian anda bersertakan tip mudah untuk tetapkannya. Ramai di antara anda bertanya jika kami akan kongsikan sesuatu yang lebih lanjut, inilah dia.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang:
Persediaan zon penghantaran untuk kawasan penghantaran yang terlibat
Aplikasi yang disyorkan untuk perniagaan F&B
Persediaan zon penghantaran untuk kawasan penghantaran yang terlibat
Kami faham kebanyakan perniagaan F&B tidak menghantar produk-produk mereka ke seluruh negeri, dan entah kenapa, ianya hanya meliputi beberapa kawasan yang boleh dihantar bagi penghantaraan atas permintaan.
Di EasyStore, anda boleh tetapkan zone penghantaran mengikut Negara, Negeri, Poskod. Dalam kes ini, kami cadangkan anda untuk menggunakan poskod.
Sebagai contoh, anda berpusat di Shah Alam, dan anda hanya boleh melakukan penghantaran sayur segar anda kepada para pelanggan dalam kawasan Shah Alam.
Jangan risau, kami tidak akan meminta anda untuk menaipkan poskod satu per satu, kami melakukannya dengan cara yang lebih licik. Kunjungi laman sesawang poskod seperti World Postal Code untuk dapatkan poskod.
Dengan cara ini, hanya pelanggan yang dalam kawasan Shah Alam yang boleh membeli dan daftar keluar di kedai dalam talian anda.
Tip 1: Tambah zon penghantaran >Masukkan nama zone (contoh: Shah Alam) > Pilih Negara (contoh: Malaysia) > Tampal poskod > Tekan > Skrol ke bawah untuk tetapkan caj penghantaran
Tip 2: Anda boleh tetapkan caj penghantaran anda berdasarkan: berat, tiap- tiap pesanan, tiap-tiap item, kuantiti item.
Tip 3: Tawarkan penghantaran percuma apabila pelanggan membelanja sehingga jumlah tertentu (ini akan meningkatkan saiz tiket anda)
Tip 4: Kami telah mengintegrasi dengan Lalamove Malaysia, NinjaVan, EasyParcel untuk mengautomatikkan kehendak anda. (isian-auto maklumat pelanggan, pencetakkan terus bil jalan udara)
Tip 5: Setelah anda memenuhi suatu pesanan, info penjejakan akan dihantar ke pelanggan anda melalui e-mel secara automatik.
Tip 6: Rujuk lebih lagi panduan mengenai persediaan Penghantaran
Aplikasi yang disyorkan untuk perniagaan F&B
Soalan-soalan popular daripada para pelanggan anda:
Bolehkan saya pilih bila untuk penghantaran?
Bilakah waktu untuk pesanan akhir anda?
Bagaimana untuk saya meninggalkan catatan?
Daripada memasukkan semua ciri ke dalam platform kami, kami mengintegrasikan kesemuanya sebagai suatu aplikasi agar anda boleh memilih dengan bebas aplikasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
Untuk industri makanan & minuman, perkara-perkara ini amatlah kami syorkan, apa yang terbaik adalah, semuanya percuma.
1. Pemilih tarikh/masa
Ini membolehkan para pelanggan anda untuk memilih tarikh & masa penghantaran pilihan mereka dan anda juga boleh tetapkan tarikh penggalan. Contohnya, mereka mesti membuat pesanan 3 hari sebelum penghantaran. Pasang Pemilih Tarikh/Masa
2. Bar pengumuman
Tandakan mesej penting untuk para pelanggan anda apabila mereka masuk laman sesawang anda pada pertama kalinya. Anda boleh kongsikan pengumuman, kod promosi atau apa apa mesej yang anda mahu mereka untuk perasan. Pasang Bar pengumuman
3. Peti mesej
Ianya berguna jika anda menjual produk mengikut tempahan seperti kek, jambak bunga. Pelanggan-pelanggan anda boleh meninggalkan mesej mereka kepada penerima di daftar keluar agar anda boleh membantu untuk menghantar mesej tersebut bersama dengan pesanan mereka. Pasang Peti Mesej
4. Pemilih pilihan
Ianya akan ditunjuk di halaman daftar keluar di mana anda boleh mengambil peluang ini untuk melakukan tinjauan atau pilihan tawaran untuk para pelanggan pilih. Jadilah kreatif! Pasang Pemilih Pilihan
5. Pusat bantuan
Cara paling pantas untuk menghasilkan halaman soalan kerap ditanya (FAQ) di kedai dalam talian anda bagi pelanggan-pelanggan anda melakukan carian untuk jawapan. Pasang Pusat bantuan. Anda boleh pertimbangkan untuk memasukkan beberapa soalan hangat dalam Pusat bantuan anda:
Berapa lama saya boleh simpan produk ini?
Bagaimana saya patut masak produk ini?
Servis penghantaran mana yang anda guna?
Adakah anda melakukan penghantaran setiap hari?
Bilakah waktu penggalan untuk penghantaran hari yang sama?
Bolehkah saya membayar secara tunai?
Di manakah anda melakukan penghantaran?
Berapakah caj penghantaran?
Bolehkah saya ambil daripada kedai anda?
Adakah artikel ini membantu? Jika jawapannya YA, sila kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda, dapatkan lagi kawan-kawan anda untuk belajar mula perniagaan dalam talian mereka. Jika jawapannya TIDAK, sila hantar maklum balas kepada kami di hi@easystore.co
Artikel terkini
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 8th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 15th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 11th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 28th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 15th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 8th Nov, 2023