Unified Commerce vs. Omnichannel - Masa Depan Bisnes Peruncitan dengan UCX
By Lily Syafiqa · 10th October, 2023
Dalam dunia bisnes peruncitan yang makin berkembang pesat, setiap bisnes perlu mengaplikasikan strategi yang melibatkan customer engagement untuk menjamin kejayaan perniagaan. Dua istilah yang sering disebut dalam dunia perdagangan digital ialah "Unified Commerce" dan "Omnichannel". Walaupun kedua-dua istilah ini kelihatan seperti topik yang sama, terdapat perbezaan yang ketara di antaranya.
Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang kedua-dua konsep ini dan menunjukkan cara EasyStore boleh membantu anda berada di barisan hadapan revolusi peruncitan ini.
Over 50,000 brands use EasyStore to unify their retail and ecommerce business.
Request a demoApa Itu Omnichannel?
Omnichannel merujuk kepada jualan berbilang saluran yang menyediakan pengalaman membeli-belah secara bersepadu untuk para pelanggan. Pengalaman itu konsisten sama ada pelanggan membeli-belah dalam talian dari desktop atau peranti mudah alih, melalui telefon bimbit atau di kedai fizikal. Walau bagaimanapun, aspek utama untuk omnichannel adalah kehadiran jenama merentas pelbagai saluran - tetapi ia tidak semestinya bermaksud penyepaduan pengalaman untuk pelanggan.
Apa Itu Unified Commerce?
Unified Commerce mengambil idea Omnichannel dan mengembangkannya lebih lagi. Ia bukan hanya merangkumi kehadiran merentasi pelbagai saluran; ia juga mengambil kira dalam menyatukan semua saluran pada satu platform yang berpusat. Pendekatan ini menyepadukan operasi bisnes, pengurusan inventori, dan yang paling penting, perkhidmatan pelanggan - iaitu Unified Customer Experrience (UCX) yang menyumbang kepada data secara rela-time dan aliran operasi yang lebih lancar untuk perniagaan bagi meningkatkan kadar pengekalan pelanggan dan meningkatkan pembelian berulang.
Tentang Unified Commerce
Unified Commerce menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding pendekatan Omnichannel tradisional:
- Unified Customer Experience (UCX): Data unified bermaksud pelanggan menerima pengalaman yang diperibadikan dan konsisten merentas semua touchpoint, mengeratkan hubungan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
- Keberkesanan Kos: Dengan menyatukan operasi anda dalam satu platform, para peniaga dapat menjimatkan masa dan kos, mengurangkan keperluan untuk berbilang penyelesaian perisian dan meminimumkan integrasi yang kompleks, terutamanya bagi perniagaan kecil dan sederhana.
- Operasi Diperkemaskan: Dengan platform berpusat, pengurusan inventori dan pesanan merentas berbilang saluran menjadi lebih mudah dan lebih cekap.
- Data Real-Time dan Insights: Buat keputusan termaklum untuk bisnes dengan data real-time yang mencerminkan trend semasa dan gelagat pelanggan.
Need more information on EasyStore unified commerce solution?
Book a callTangani Masa Depan Bisnes Anda dengan Solusi Unified Commerce EasyStore
Unified Commerce bukan sekadar trend; ia adalah masa depan untuk semua bisnes peruncitan. Kini, strategi ini mudah diaplikasikan ke bisnes anda dengan EasyStore.
Kami ingin menjadi partner anda dalam memeluk strategi Unified Commerce bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pelanggan anda di samping mengembangkan bisnes anda ke tahap yang seterusnya.
Artikel terbaru
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023