Jual kepada Lebih Banyak Saluran melalui EasyStore
By Max · 19th June, 2020
Tidak dinafikan lagi bahawa penyelarasan pasaran memainkan peranan penting di Malaysia dalam membentuk perniagaan dalam talian dan mengembangkan perniagaan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan pasaran tersedia untuk integrasi. EasyStore telah berusaha untuk mengintegrasikan kesemua 4 pasaran yang disenaraikan di bawah tetapi anda boleh memilih pasaran mana untuk integrasi, sama ada satu atau keempat-empatnya sekali. Mari kita lihat ciri-ciri utama setiap pasaran tersedia di EasyStore.
Lazada
Lazada telah mulakan model perniagaannya dengan menjual inventori kepada pelanggan daripada gudangnya sendiri ketika dilancarkan pada tahun 2012. Pada tahun 2013, syarikat ini telah menambah satu model pasaran iaitu menerima peruncit pihak ketiga untuk menjual melalui platform mereka dan kemudiannya, menjadi salah satu Syarikat Pasaran E-dagang terbesar di Asia Tenggara. Sehingga sekarang, mereka telah berkembang ke Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.
Shopee
Bermula dari Singapura pada tahun 2015, Shopee berfungsi sebagai pasaran mudah alih yang membolehkan semua orang menjual dan membeli dalam talian. Platform ini bermula sebagai satu pasaran pengguna ke pelanggan (C2C) tetapi telah berubah mengguna dua model – model hibrid C2C dan model perniagaan ke pengguna (B2C). Dengan sokongan pembayaran luas dan rakan kongsi logistik, Shopee berjaya mengembangkan pasarannya ke Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Taiwan, Thailand dan Brazil, mengekalkan posisinya sebagai pasaran e-dagang paling kerap dilawati, mengumpulkan lebih daripada 2 bilion pelawat pada tahun 2019.
PrestoMall
PrestoMall dikenali sebagai 11street Malaysia sebelum ini, telah menjadi pasaran dalam talian tempatan terbesar di Malaysia, yang berusaha menyediakan pelbagai ciri kemudahan dan gaya hidup serta pembayaran mudah alih tanpa gangguan kepada pembeli dalam talian. Selain pelbagai produk yang boleh dipilih pembeli dalam talian, PrestoMall juga menawarkan perkhidmatan tertentu seperti pembelian tiket, pembayaran bil, penggunaan E-baucer dan pelancongan dalam satu sistem.
Lelong.my
Sebagai pasaran dalam talian tempatan pertama dan tertua di Malaysia yang dibuka sejak tahun 1998, Lelong.my menawarkan pasaran E-dagang lengkap dan berpatutan untuk setiap pembeli, membuka tirai kepada pelbagai produk dan perkhidmatan dari lebih daripada 10,000 penjual. Lelong.my memiliki kesemua yang anda perlukan, menawarkan lebih 1.3 juta produk pelbagai kategori, dari barangan peribadi ke barangan rumah, anda boleh dapatkan apa sahaja anda inginkan bila-bila anda suka.
Dengan menjual produk anda menggunakan Saluran Pelbagai melalui EasyStore, anda mendapat manfaat daripada:
1. Penyelarasan Sekali
Selaraskan tajuk dan maklumat produk anda di kedua-dua pasaran EasyStore dan pasaran lain dengan proses penyelarasan automatik. Anda tidak perlu lagi menyalin dan menulis tajuk dan maklumat produk secara berasingan dalam setiap pasara.
2. Paparan logo untuk menapis pesanan anda
Logo pasaran akan dipaparkan di EasyStore apabila terdapat pesanan daripada pasaran tersebut. Ini membantu anda menguruskan pesanan dan mengenali sumber pesanan.
3. Segmen pasaran berbeza, harga berbeza
Anda mungkin ingin menjual pada harga berbeza di kedai dalam talian anda dan pasaran lain. Kami mempunyai ciri pengubahsuaian harga supaya anda boleh ubah harga jualan anda sama ada melalui amaun (RM) atau peratusan (%).
4. Uruskan kesemuanya dalam satu platform
Kami memudahkannya untuk anda. Anda boleh uruskan produk anda, proses pesanan dan penuhi permintaan pelanggan dalam satu tempat (EasyStore) tanpa perlu akses platform berbeza.
5. Penunaian Pesanan Pukal
Banyak pesanan menunggu penghantaran? Hanya pilih pesanan yang diingini dan klik butang ‘Penuhi’ untuk memenuhi pesanan anda secara pukal! Ini akan memperkemaskan proses penunaian anda dalam platform semua dalam satu.
Berikut adalah perbandingan ciri-ciri 4 pasaran tersedia di EasyStore:
Lazada Malaysia | Shopee Malaysia | PrestoMall | Lelong.my | |
Selaraskan Produk dari Pasaran ke EasyStore | ✔ | ✔ | ✔ | ✔ |
Selaraskan Produk dari EasyStore ke Pasaran | ✔ | ✔ | - | - |
Perubahan Harga | ✔ | ✔ | - | - |
Selaraskan Pesanan daripada Pasaran | ✔ | ✔ | ✔ | ✔ |
Pemenuhan (Pesanan Tunggal) | ✔ | ✔ | ✔ | ✔ |
Pemenuhan (Pesanan Berganda) | ✔ | ✔ | - | - |
Cetak Bil Penghantaran Udara (Pesanan Tunggal) | ✔ | ✔ | - | - |
Cetak Bil Penghantaran Udara (Pesanan Berganda) | ✔ | ✔ | - | - |
Ketahui lebih banyak tempat untuk menjual dan melancarkan jenama dalam talian anda sendiri menggunakan cara terbaik dengan EasyStore sekarang.
Artikel terbaru
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023