Panduan Ekspres - Bina Kedai Online Anda Dalam Satu Hari Sahaja!
By Lily Syafiqa · 3rd October, 2023
Dalam landskap digital yang serba pantas zaman kini, masa adalah terhad dan amat berharga untuk para peniaga. Anda tidak perlu lagi menunggu berminggu-minggu untuk membina kedai online.
Dengan dashboard mesra pengguna dan solusi EasyStore, anda boleh mulakan bisnes dalam talian dan mula menjangkau pelanggan di seluruh dunia dengan mudah dan pantas.
Kami telah menyediakan panduan ekspres untuk membimbing anda dari langkah pertama hingga pesanan pertama anda.
Jom kita mulakan!
- [Langkah 1]: Jejaki Inventori Anda Di Antara Kedai
- [Langkah 2]: Design Kedai Anda
- [Langkah 3]: Upload Produk Pertama Anda
- [Langkah 4]: Payment Gateway / Pembayaran
- [Langkah 5]: Shipping dan Order Fulfilment
- [Langkah 6]: Install App
- [Langkah 7]: Tambah Baucar untuk Pelanggan Baru
- [Langkah 8]: Memperkenalkan Program Membership
- [Langkah 9]: Launch dan Promosikan Kedai Anda
- [Langkah 10]: Pantau, Perbaiki dan Kembangkan Bisnes Online Anda!
Langkah 1. Jejaki Inventori Anda Di Antara Kedai
- Penyelesaian Runcit: Disyorkan untuk peruncit atau perniagaan yang aktif dalam acara pop-up.
- Penyelesaian E-dagang: Disyorkan untuk pemilik perniagaan e-dagang.
- Kedai Dalam Talian: Sesuai untuk semua peniaga, dengan drag-and-drop builder laman web. Untuk meneruskan proses pendaftaran, anda perlu sahkan nombor telefon anda melalui pengesahan OTP (One-Time Password). Langkah ini memastikan keselamatan dan ketulenan penciptaan akaun anda.
Langkah 2: Design Kedai Anda
Sebelum anda bermula, anda perlu mengaktifkan kedai dalam talian anda dalam EasyStore Back Office. Berikut adalah panduan untuk anda:
Log masuk ke akaun EasyStore anda > Navigasi ke Saluran > Pilih Kedai Dalam Talian > Klik pada butang Dayakan.
Setelah kedai dalam talian anda aktif, anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya. Pilih tema pilihan anda dan sesuaikan kedai dalam talian anda agar sejajar dengan penjenamaan dan keperluan unik anda.
Langkah 3: Upload Produk Pertama Anda
Seterusnya, muat naik produk pertama anda! Berikut adalah butiran yang anda perlu sediakan untuk setiap produk:
- Nama Produk Pilih nama yang sesuai dengan produk anda yang menarik perhatian.
- Perihal Produk - Biarkan ChatGPT mengusahakan keajaibannya untuk mencipta deskripsi yang menarik.
- Gambar Produk - Pastikan setiap gambar bersaiz di bawah 2MB.
- Varian (Pilihan) - Pamerkan produk anda dalam pelbagai pilihan seperti saiz, warna dan dimensi.
- Penghantaran - Maklumat ini digunakan untuk mengira kadar penghantaran untuk pelanggan semasa pembayaran.
- Harga - Tetapkan kedua-dua harga kos dan harga jualan.
- Inventori - Urus inventori dengan mudah menggunakan sistem berpusat.
- SEO - Tingkatkan search engine optimization produk anda.
- Tetapan Lain - Kawal keterlihatan dan tambah teg yang berkaitan.
Dengan adanya kesemua maklumat ini, menambah produk yang baru hanya mengambil masa kurang daripada satu minit!
Jika perniagaan anda menawarkan pelbagai jenis produk, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membuat koleksi produk.
Ini boleh membantu pelanggan menavigasi kedai dalam talian anda dengan lebih mudah.
Anda juga boleh menyesuaikan layout dan deskripsi dalam halaman koleksi dan halaman produk individu anda juga berdasarkan pilihan anda.
Langkah 4: Payment Gateway
Setelah produk dan harga telah live di kedai dalam talian anda, mari kita sepadukan payment gateway untuk menerima pembayaran untuk pesanan pertama anda!
Jika anda tidak pasti payment gateway mana yang sesuai, ataupun belum bersedia untuk komited dengan payment gateway atau menunggu kelulusan payment gateway, anda boleh mulakan dengan mengaktifkan DuitNow QR!
Harap maklum bahawa DuitNow ialah kaedah pembayaran manual, dan anda perlu menyemak akaun bank anda sebelum menandakan pesanan sebagai telah dibayar dan proses order tersebut.
Mencari penyelesaian payment gateway bersepadu? Cuba Razer Merchant Services!
Peniaga EasyStore kini boleh mendapat manfaat daripada yuran pendaftaran yang diketepikan bernilai RM 899 apabila membuat akaun dengan Razer Merchant Services. Ketahui cara memohon tawaran ini di sini!
Langkah 5: Shipping dan Order Fulfilment
Jika anda baru dalam bidang e-dagang, anda boleh bermula dengan memenuhi pesanan anda secara manual.
Bina profil penghantaran kadar rata dalam kedai anda. Selepas pelanggan membuat pesanan, mereka akan dicaj amaun yang ditetapkan.
Selepas itu, anda boleh ke mana-mana rakan penghantaran pilihan anda, memasukkan butiran yang diperlukan secara manual dan mengatur penghantaran.
Sebaik sahaja pelanggan anda membuat pesanan, EasyParcel akan mengira jumlah dimensi pesanan mereka secara automatik dan membandingkan tawaran penghantaran daripada pelbagai syarikat kurier, memastikan anda dan pelanggan anda mendapat kadar yang terbaik.
Langkah 6: Install Apps
EasyStore menawarkan lebih daripada 250+ integrasi aplikasi yang direka bentuk untuk memudahkan pelbagai aspek perniagaan anda, termasuk penghantaran, pembayaran, perakaunan, pasaran, analissis, pelaporan, perkhidmatan pelanggan, dan juga tema kedai e-dagang anda.
Sebagai permulaan, kami syorkan aplikasi di bawah:
Label Produk - Label untuk dipaparkan di atas produk anda.
Notis Pop-Up - Notis Pop-Up yang muncul apabila pelanggan melawat kedai dalam talian anda.
Bar Pengumuman - Banner panjang yang muncul di bahagian atas skrin mereka apabila pelanggan melawat kedai dalam talian anda.
Langkah 7: Tambah Baucar untuk Pelanggan Baru
Tawarkan promosi masa terhad untuk menarik pelanggan yang terawal. Anda boleh melakukan ini dengan memperkenalkan baucar untuk menggalakkan pelanggan mendaftar atau membuat pembelian pertama mereka dari kedai dalam talian anda.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Notis Pop-Up dan Bar Pengumuman yang dinyatakan di atas untuk mempromosikan baucar bonus anda!
Langkah 8: Memperkenalkan Program Membership
Unified Membership Program adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan baru, meningkatkan customer lifetime value dan meningkatkan jualan.
Dengan bantuan fitur membership EasyStore, anda boleh memperkenalkan program keahlian berasaskan peringkat yang membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian, di mana mereka boleh menukar mata ganjaran tersebut kepada kredit yang boleh digunakan di kedai anda, sama ada dalam atau luar talian.
Program keahlian berasaskan peringkat juga membolehkan anda menjejaki perbelanjaan tertinggi dan pelanggan berkualiti anda dalam jangka masa panjang.
Langkah 9: Launch dan Promosikan Kedai Anda
Setelah semua langkah di atas lengkap, tiba masanya untuk anda launch! Jangan lupa untuk memanfaatkan potensi besar melalui media sosial!
Langkah 10: Pantau, Perbaiki dan Kembangkan Bisnes Online Anda!
Setelah kedai atas talian anda dah launch, pastikan anda terus memerhatikan prestasi kedai anda dengan teliti. Pantau trafik, jualan dan maklum balas pelanggan. Gunakan analitik untuk mengenal pasti di mana untuk penambahbaikan dan melaksanakan perubahan yang diperlukan dengan sewajarnya.
Mulakan Bisnes Online Anda Harini!
Misi EasyStore adalah untuk memperkasakan pemilik perniagaan dengan platform Unified Commerce yang mengendalikan operasi dengan cekap, sama ada dijalankan dalam atau luar talian.
Uruskan pesanan, inventori, pelanggan, produk dan keseluruhan proses perniagaan anda dengan mudah, semuanya dalam satu platform yang berpusat.
Inginkan penyelesaian yang diperibadikan untuk perniagaan anda? Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan sesi one-on-one!
Artikel terbaru
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023