Makan Sarapan Atau Tidak? Beliau Memilih Untuk Menjadikannya Satu Perniagaan
By Yavini Lucille · 27th April, 2021
Sebagai masyarakat pelbagai budaya, rakyat Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai kepelbagaian pilihan makanan untuk dinikmati sewaktu sarapan pada setiap hari dan pilihan makanan yang paling utama ialah Nasi Lemak dan Roti Canai.
Walau bagaimanapun, adakah anda pernah terfikir soalan ini - Adakah makanan tersebut benar-benar sihat?
Sebelum ini, kami sudah berkongsi kisah menarik CandleNuts oleh Nadia. Hari ini kami ingin memberi peluang kepada Little Miss Granola. Sebagai seorang ibu yang menekankan kehidupan yang sihat untuk keluarganya, Maki memulakan perniagaannya dengan pendapatan sampingan, menjual granola buatan sendiri.
Daripada Suri Rumah kepada Usahawan Sepenuh Masa
Walaupun banyak pilihan sarapan di Malaysia, Maki merasa kurang senang dengan makanan yang diberikan kepada anak-anak. Sebilangan besar makanan adalah makanan berkanji dengan nilai pemakanan yang tidak seimbang walaupun senang didapati dan sedap.
Tanpa berfikir panjang, dia memutuskan untuk membuat sarapan sendiri.
Pada mulanya, ia hanyalah makanan sarapan air tangan sendiri untuk keluarga dan kadang kala makanan ringan yang dikongsi dengan rakan-rakan. Lama-kelamaan, orang yang tertarik dengan rasanya mengatakan kepada beliau perkara yang sama:
Awak buat apa sekarang? Awak perlu jual produk ini!
Dan itulah pencetus bagaimana bermulanya usaha dengan keazaman membuat sarapan yang sihat dan lazat di dapur rumahnya.
Jalan Melangkah Keluar dari Dunia Korporat
Meskipun melakukan produksi iklan TV, Maki dan suaminya, Yiren, telah terpanggil ke dunia keusahawanan makanan.
"Tugas dalam menghasilkan Iklan TV di Singapura memberi saya kebebasan untuk bekerja dari rumah pada hari prep, atau disebut sebagai bukan hari penggambaran. Ini memberikan saya masa dan kawalan tertentu terhadap perniagaan kami, ”kata Yiren.
Banyak perniagaan mungkin bermula secara dalam talian terutamanya usahawan yang mempunyai sumber kewangan dan stok yang terhad. Bezanya, mereka bermula dengan mendirikan kios mereka di pasaran dalam negara.
Dengan logo perniagaan ciptaan sendiri sebagai spanduk, mereka mendapat pop-ups di pasaran sekali atau dua kali sebulan. Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari kepentingannya.
Menghantar Granola dan Berpindah ke Dalam Talian Kerana “Kehadiran” Pandemik
Kesan pandemik pada Little Miss Granola adalah sangat cepat dan teruk. Maki berkongsi cerita bahawa jualan runcitnya "merudum kepada sifar selama kira-kira 7 hari." Dan ia adalah titik perubahan untuk perniagaan.
"Melihat perniagaan lain yang mengadaptasi platform online, dan dengan tidak pasti apa yang bakal terjadi, kami tidak berfikir banyak saat kami melihat iklan EasyStore di Facebook," Maki mengingat kembali.
Memiliki kedai online pastinya menjadikan sesuatu perkara lebih mudah dari pelbagai aspek. Pertama, ia memberikan persepsi positif terhadap perniagaan sebagai satu jenama. Orang ramai lebih yakin tentang produk yang akan mereka terima dan bagaimana mereka akan mendapatkannya. Bukan itu sahaja, menyediakan pengalaman membeli-belah yang mudah kepada pelanggan adalah satu lagi langkah besar untuk maju ke hadapan dalam strategi pemasaran.
Perniagaan mereka hanya bergantung kepada pendedahan dalam media sosial yang mungkin berguna untuk mendekati pelanggan baharu tetapi pembinaannya bukanlah untuk menjadi tempat pasaran. Ini adalah perkara utama yang perlu dilihat oleh peniaga pemula.
Bermula Dengan Pelbagai Saluran Jualan Agak Merumitkan? Tidak Sama Sekali di EasyStore
Disebabkan beberapa peristiwa yang tidak disangka-sangka, Thom dan James dapat mengembangkan perniagaan apabila kakitangan Zenxin Organic (sebuah gerai menjual bahan organik, juga tempat mereka membeli bahan-bahan) menyedari dan mendapat peluang meletakkan produk di kedai mereka . Sementara itu, mereka juga harus mengekalkan kehadiran yang konsisten di media sosial.
"Penerbitan di pelbagai media sosial tidak susah tetapi untuk menarik dan memenuhi pesanan adalah hal yang lain," kata Maki. Ada kalanya terdapat pesanan yang banyak dan pasti menjadi pengalaman yang mengerikan untuk menulis setiap pesanan.
Sementara mereka sibuk dengan pekerjaan sepenuh masa & kehidupan bekeluarga, segalanya dikendalikan di bawah satu platform tunggal di EasyStore. Dari menerima pesanan, menerima pembayaran hingga ke pengiriman pesanan, seluruh proses dilakukan di tempat yang sama tanpa perlu bersusah-payah untuk mereka memikirkannya.
"Saya memang nampak kehidupan keluarga kami mendapat manfaat daripada aspek ini, sekurang-kurangnya anak-anak kami tidak perlu melalui keperitan hidup bersama ibu bapa yang selalu tertekan." Maki tertawa.
3 Alat terbaik EasyStore yang Kita Tidak Boleh Hidup Tanpanya
Perkara pertama yang perlu disebutkan ialah mempunyai pelbagai saluran jualan dalam satu platform tunggal. Seperti kata pepatah, "Jangan letakkan semua telur di dalam satu bakul." Perniagaan ini dibuka 24/7 kepada saluran jualan yang berbeza seperti kedai dalam talian, Facebook dan banyak lagi. Saluran jualan yang pelbagai mampu menukar pelawat dari platform ini dengan serta-merta menjadi pelanggan pada bila-bila masa, walaupun pada waktu tidur.
Ciri lain yang mesti dimiliki ialah pemenuhan pesanan. Tidak terhad kepada maklumat pelanggan yang dapat diambil sepanjang pesanan dibuat, tetapi “airway bil” juga dapat dihasilkan secara automatik dalam jumlah yang banyak. Tanpa perlu melakukan tugas manual berulang-kali, EasyStore mengirimkan pemberitahuan kepada pelanggan pada setiap langkah, dari pengesahan pesanan hingga kemas kini penghantaran. Yang pasti, ia menghilangkan banyak beban yang ditanggung oleh penjual.
Yang seterusnya adalah ciri yang sangat membantu mereka - mengumpulkan maklumat pelanggan. Seperti yang disebutkan sebelumnya, perniagaan sering membuat gerai pop-up di pasaran tempatan. Ia akan menjadi hal yang memalukan apabila terlupa nama & butiran pelanggan walaupun pelanggan pernah memberitahu sebelumnya.
"Ini mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi ia membuatkan orang merasakan diri mereka penting ketika anda mengingat nama atau sejarah pembelian mereka," Penjual dapat menghantar teks terus kepada mereka melalui nombor telefon, menjadikan pengurusan hubungan pelanggan ke suatu tahap yang lebih peribadi.
Masa depan belum lagi dapat dipastikan, tetapi masih mempunyai harapan. Ketika pintu kepada pasaran tempatan dibuka, Little Miss Granola juga mengusahakan yang kedua. Walaupun banyak rintangan, mereka akan menangani masa depan dengan - sikap optimis. Dan itulah yang perlu kita ikut.
Jom lawati laman web mereka dan ketahui lebih lanjut mengenai kisah mereka sekarang!
Laman web: www.littlemissgranola.com
Facebook: www.facebook.com/littlemissgranola
Instagram: www.instagram.com/little_miss_granola/
Artikel terbaru
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023