Penuhi Pesanan Anda dengan J&T Express MY
By Max · 18th July, 2020
Apakah perkhidmatan penghantaran pilihan anda untuk perniagaan anda? J&T Express Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran seluruh negara berdasarkan e-teknologi berkemajuan tinggi. J&T Express boleh menjadi salah satu pilihan untuk membolehkan bungkusan anda dihantar dengan kepelbagaian perkhidmatan lain yang kini tersedia di EasyStore.
‘Percepatkan Perniagaan Dalam Talian Anda’ merupakan slogan J&T Express Malaysia yang mempunyai matlamat tinggi dalam perkhidmatan penghantaran mereka. Dengan perkongsian visi yang sama, kami kini bekerjasama dengan J&T Express untuk menawarkan pemilik perniagaan dalam talian alternatif baru untuk menghantar bungkusan tanpa had sempadan.
Bagaimana Ia Berfungsi dalam EasyStore?
1. Sambungan Integrasi Pra-Pasang
Hapuskan kerja rumit untuk integrasi J&T Express. Bawa perniagaan anda ke EasyStore menggunakan integrasi pra-pasang yang membantu anda menguruskan dan memenuhi pesanan serta muat turun bil penghantaran udara. Pengekodan tidak lagi diperlukan.
2. Pemasangan Tanpa Caj
Tetapkan kos perbelanjaan perniagaan pada tahap minimum. Jimatkan kos melalui integrasi aplikasi percuma untuk menghantar bungkusan daripada kedai dalam talian. Sedia dimasukkan ke dalam sistem anda.
3. Percepatkan Proses Pemenuhan Pesanan
Gunakan panel admin EasyStore anda untuk menjalankan, menyemak dan memenuhi pesanan tunggal atau dalam pukal sekaligus. Tingkatkan kecekapan kerja dengan mengurangkan masa menguruskan pesanan.
4. Kurangkan Kelewatan dengan Bil Penghantaran Udara Boleh Cetak
Bil penghantaran udara akan dijanakan secara automatik apabila pesanan anda dipenuhi, memudahkan anda muat turun satu atau banyak bil penghantaran udara dengan hanya satu klik. Jadikan pengurusan pesanan anda satu perkara mudah setiap hari.
5. Hantar Bungkusan Anda dari Rumah
Tidak perlu lagi beratur dalam pusat perkhidmatan penghantaran. Dengan syarat minimum 5 unit yang perlu dihantar, anda boleh tetapkan lokasi pungutan pilihan anda untuk membolehkan bungkusan anda dihantar dari hadapan pintu rumah anda. RM5 (minimum) bagi setiap lawatan akan dikenakan sebagai perkhidmatan pengambilan sekiranya kuantiti bungkusan kurang daripada 5 unit pada hari yang sama, di lokasi yang sama. Tambah Lokasi
Lihat lebih perkhidmatan bersepadu EasyStore bersama J&T Express:
Perkhidmatan pintu-ke-pintu
Perkhidmatan terus ke pintu (serahan bungkusan di titik rekaan khas)
Penuhi pesanan secara pukal/tunggal
Muat turun bil penghantaran udara secara pukal/ tunggal
Tiada pengiraan penghantaran automatik (anda perlu dapatkan kadar daripada J&T Express dan tetapkan kadar penghantaran dalam panel admin anda)
Tawaran Masa Terhad Istimewa untuk J&T Express Malaysia dan Peniaga EasyStore
Selagi anda mempunyai kedai dalam talian dengan EasyStore, anda layak untuk menghantar bungkusan ringan dari serendah RM5 dalam Semenanjung Malaysia (Kelantan & Terrengganu tidak dimasuki dalam tawaran ini) sebelum 15hb Oktober 2020. Dengan mengikuti syarat bahawa berat bungkusan ringan adalah kurang daripada 1kg, anda layak menikmati yuran penghantaran RM5 bagi menghantar bungkusan bersama J&T Express Malaysia.
Latest articles
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 7th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 14th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 10th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 27th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 14th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 7th Nov, 2023