[ In-Person Seminar | 27 Nov ] Jom Buat Shoppers Jadi Setia: Winning Loyalty Strategies for 2025 🔥 Register My Spot

Terima Lebih Banyak Pesanan Melalui Facebook Live Di EasyStore

By Max · 29th September, 2021

Terima Lebih Banyak Pesanan Melalui Facebook Live Di EasyStore | EasyStore

Mahu orang nampak perniagaan anda di Facebook? Menggunakan Facebook Live EasyStore tentunya akan memberikan perhatian yang diperlukan untuk mengembangkan jenama anda dan menjana jualan.

Berhenti Buat Secara Manual

Facebook Live membolehkan anda menarik perhatian pengikut-pengikut anda dengan pantas dan mudah dengan hanya satu klik - tanpa memaksa mereka memuat turun aplikasi atau program berasingan. Tentu sekali anda masih akan menerima berbilang komen menanyakan soalan berkenaan produk-produk atau memberi komen ‘+1’ atau ‘PM’ untuk menghantar butiran kepada mereka.

Sebab itulah biasanya akan ada pembantu yang membantu mengendalikan pertanyaan atau pesanan daripada komen-komen di Facebook Live. Jika tidak, anda mungkin kehilangan peluang keemasan untuk membolehkan mereka membuat pesanan ketika siaran langsung.

Bukan itu sahaja, kemasukan pesanan manual akan menyebabkan kesilapan manusia seperti mendapatkan maklumat pelanggan yang salah, menghantar pesanan yang salah malah kehilangan maklumat.

Jadi bagaimanakah anda boleh menghibur dan mengelak semuanya ketika melakukan siaran langsung? 

Bagaimana Facebook Live EasyStore Membantu Anda

EasyStore memberikan penyelesaian siaran langsung semua-dalam-satu yang anda perlukan untuk menjual:

1. Hantar-auto pautan pembelian

Gembirakan pelanggan-pelanggan anda dengan masa menunggu kosong ketika Facebook Live anda. Pelanggan-pelanggan anda akan menerima pautan pembelian melalui Messenger sebaik sahaja mereka membuat komen di siaran langsung anda. Mereka boleh melihat dan membuat pesanan terus dengan pautan yang diterima. Dapatkan lebih banyak jualan sebelum mereka hilang minat membeli daripada anda.

2. Pengumpulan pesanan

Tiada lagi salin dan tampal untuk merekod pesanan manual. EasyStore mengumpul pesanan-pesanan anda dalam backend dan mendapatkan butiran pesanan. Setiap barangan dijual akan dipaparkan dalam inventori anda ketika Facebook Live. Kami memastikan semua pesanan dan butiran pelanggan anda direkodkan dengan tepat dalam backend anda.

3. Balasan automatik ke atas komen

Orang kerap mengambil perhatian apabila komen mereka dilihat. Kami mempromosikan produk-produk anda dan menghiburkan penonton dengan membalas mereka serta-merta. Bagaimana? Balasan automatik akan dihantar kepada sesiapa yang membuat komen ketika Facebook Live. Mereka akan dimaklumkan berkenaan tahap stok setiap kali kami mengemaskini bahagian komen.

Bagaimana Ia Berfungsi

1. Bolehkan Facebook Live anda

Sambung dan mulakan siaran langsung anda dengan pergi ke Saluran > Bolehkan Facebook Live. Ia akan menyambungkan anda kepada tetapan Halaman Facebook anda. Selepas semuanya selesai, anda boleh memulakannya sekarang.

2. Pilih produk dan mula menjual

Pergi balik ke halaman Facebook Live EasyStore anda, anda perlu menambah produk-produk untuk membolehkan penonton-penonton tahu apa yang anda akan jual. Mesej promosi akan diposkan secara automatik di bahagian komen.

3. Balas-auto pelanggan anda

Apabila penonton-penonton komen +1, pautan pembelian akan dihantar secara automatik ke Messenger mereka. Sementara itu, inventori anda akan dipautkan kepada backend untuk memudahkan anda supaya anda tidak perlu membuat kerja berganda.

4. Maklumkan jumlah stok sedia ada

Sebaik sahaja inventori habis, kami akan memaklumkan penonton-penonton secara terus dengan meletakkan komen yang mengelakkan anda daripada terlebih jual.

5. Menerima pesanan dalam backend EasyStore anda

Tiada lagi mengumpul pesanan secara manual. Kami merekodkan semua butiran pesanan, barangan dijual dan jumlah pembayaran diterima ketika anda bersiaran dengan penonton secara langsung.

Tips Untuk Meningkatkan Minat Dengan Siaran Langsung

Anda perlu ingat yang Facebook bukanlah aplikasi strim video sahaja, anda perlu bersaing dengan gangguan-gangguan yang muncul dalam suapan ahli penonton-penonton anda - siaran anda berisiko ditenggelami sejumlah besar video dan gambar rakan-rakan mereka.

1. Kongsi demo dan tutorial produk

Menunjukkan butiran produk anda boleh menarik orang menonton dan meningkatkan keinginan membeli mereka untuk produk anda. Ubah penonton kepada pembeli dengan menjalankan tawaran masa terhad ekslusif ketika Facebook Live. Ia akan meningkatkan pembelian spontan untuk perniagaan anda.

2. Hoskan sesi soal dan jawab

Jangan hadkan diri anda apabila berinteraksi dengan pengikut-pengikut anda. Facebook Live membolehkan anda menjawab soalan-soalan daripada penonton-penonton atau pengikut-pengikut anda secara langsung. Ini memberikan anda peluang untuk berhubung dengan pembeli-pembeli yang berminat dalam produk atau jenama anda.

3. Menyiarkan pelancaran & berita produk

Anda boleh mengongsi pelancaran produk baru, pengumuman dan berita perniagaan dengan penonton anda melalui video-video Facebook siaran langsung anda. Anda akan menjadi sumber pilihan mereka, yang akan membantu anda membuat kumpulan pengikut Facebook anda dan mewujudkan kebolehpercayaan ke atas jenama anda.

Bawa Siaran Langsung Anda Ke Tahap Baru

Orang suka melihat video siaran langsung. Algoritma suka video siaran langsung. Dan sekarang anda tahu bagaimana untuk memulakan siaran langsung dan kami menyediakan automasi untuk anda bagi mencepatkan proses pesanan, stok, khidmat pelanggan dan pemasaran. Cubalah dan ucap selamat tinggal kepada pesanan yang terlepas, peti masuk yang serabut dan pembayaran yang lewat di Facebook Live anda!

EasyStore