Penghantaran Barang Tanpa Keluar Rumah

By Sook Yan · 21st June, 2020

Penghantaran Barang Tanpa Keluar Rumah | EasyStore

Bagi perniagaan dalam talian, ianya sangat penting supaya anda menjaga pelanggan anda dan pesanan mereka. Oleh itu, kami akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk jalankan perniagaan dalam talian anda dengan lebih berkesan dan cekap dengan bantuan automasi pesanan dan penghantaran barangan anda. 

Apa Yang Anda Biasa Lakukan

Apabila anda hendak menghantar pesanan kepada pelanggan anda, anda akan pergi ke pusat perkhidmatan kurier terdekat, beratur dengan panjang, dan isi maklumat untuk hantar barangan tersebut. Anda telah membazir masa, minyak dan sumber anda sendiri.

Ianya jarang berlaku sekarang kerana kebanyakan kurier sekarang menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu.

Walaubagaimanapun, anda perlu penuhi keperluan tertentu mereka. Bagi sesetengah perkhidmatan kurier, anda perlu peunhi keperluan berat atau saiz tertentu untuk mereka ambilkan barang daripada anda. Dan kadangkala, akan terdapat bayaran tambahan yang dikenakan.

Oleh itu, apa yang anda perlukan adalah satu penyelesaian yang bukan sahaja menguruskan kadar penghantaran anda tetapi juga menyelaraskan aliran pesanan anda.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Dengan integrasi EasyParcel dalam EasyStore, apa yang anda perlu buat adalah tekan beberapa kekunci pada komputer anda dan anda sudah bersedia. Melangkau semua proses tempahan penghantaran yang rumit.

Jadi Apa Itu EasyParcel?

EasyParcel merupakan satu platform perkhidmatan logistik yang membolehkan anda menyemak kadar penghantaran daripada syarikat kurier berbeza dan menempah penghantaran dalam talian. Dalam erti kata lain, ianya seperti satu platform tempahan hotel seperti Booking.com atau Agoda.com dimana anda boleh tempah mana-mana hotel yang anda mahu dalam talian. Dan begitulah cara EasyParcel berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran.

Selain itu, terdapat beberapa aspek kenapa anda perlu gunakan EasyParcel untuk penghantaran anda.

Kenapa Anda Perlu Gunakan EasyParcel

1. Automasi

EasyParcel akan menjana nombor bil Penghantaran Udara, label penghantaran dan membenarkan mekanisme penjanaan pengambilan satu klik secara automatik.

Bukan itu sahaja, anda tak perlu salin setiap bil Penghantaran Udara kerana sistem kami akan simpan alamat anda secara automatik semasa anda memasukkan apa-apa alamat dalam sistem kami. Mudah dan menjimatkan masa.

2. Kos Penghantaran Yang Lebih Rendah

EasyParcel mengenakan kadar caj penhantaran yang berpatutan dan murah. Dalam erti kata lain, EasyParcel menyediakan satu platform penghantaran mudah dimana perniagaan dapat menempah apa-apa bentuk penghantaran barang pada harga yang sukar didapati bersama dengan pengalaman dan kepakaran orang lama dalam industri.

3. Hantar menggunakan Perkhidmatan Kurier Kegemaran

EasyParcel menyediakan kadar penghantaran yang kompetitif dalam kalangan rakan kongsi kurier kami dan para pelanggan boleh memilih kurier kegemaran bagi menghantar barangan mereka. EasyParcel menyediakan proses layan diri yang lebih pantas dan mudah disesuaikan dengan hanya beberapa klik pada peranti elektronik, dimana penyedia kurier terpilih anda akan datang ke rumah atau tempat kerja anda untuk mengambil barang anda. Oleh itu, anda hanya berikan perhatian kepada tugasan mereka tanpa perlu bergerak dari tempat kerja anda semata-mata untuk menghantar barang anda.

4. Alat Pemasaran

Penghantaran diiktiraf. EasyParcel menyediakan alat seperti SMS yang boleh disesuaikan, pengesan emel, dan penjenamaan bil penghantaran udara bagi membantu anda meningkatkan pengecaman jenama anda. Secara umumnya, EasyParcel membolehkan anda memasukkan item jenama anda dalam apa jua kaedah untuk menunjukkan ketulenannya semasa pelanggan anda menerima barangan daripada anda.

Bagaimana Ia Berfungsi Dalam EasyStore

1. Pengiraan Kadar Penghantaran Automatik

Anda pening memikirkan berapa untuk kenakan caj kepada pelanggan anda? Setelah anda sambungkan EasyParcel dengan EasyStore anda, pelanggan anda dapat memilih kurier kegemaran mereka (Pos Laju, Pgeon Delivery, Skynet, DHL Express, FedEx dan lain-lain) yang tersedia dalam EasyParcel untuk menghantar barang mereka semasa membayar. Selain itu, kadar penghantaran akan dikira secara automatik berdasarkan berat produk anda supaya anda tak perlu tetapkan kadar penghantaran dengan sendirinya.

2. Automasi Pesanan

Dan sekarang pada bahagian kedua iaitu pesanan. Anda boleh penuhi pesanan secara langsung dalam EasyStore anda dengan EasyParcel. Anda boleh pilih perkhidmatan kurier yang anda mahu untuk hantarkan barang dan tarikh pengambilan untuk posmen mengambilnya daripada anda.

3. Isian Bil Penghantaran Udara Automatik

Bil penghantaran udara yang dijana secara automatik telah diisi terlebih dahulu dengan semua maklumat yang anda perlukan untuk penghantaran. Apa yang anda perlu buat adalah mencetaknya keluar dan tampal pada barang anda. Ini memudahkan anda kerana anda tak perlu mengisi apa-apa maklumat pada bil penghantaran udara, menjimatkan banyak masa dan tenaga anda.

4. Dapatkan kredit penghantaran RM25 percuma

Anda layak menerima kredit penghantaran RM25 percuma dalam akaun EasyParcel anda apabila anda lengkapkan pesanan EasyParcel pertama anda dalam EasyStore!

Kesimpulannya

EasyParcel adalah satu penyelesaian yang bukan sahaja membantu perniagaan anda semasa kawalan pergerakan dalam bandar, ia juga membantu perniagaan e-dagang anda maju secara dalam talian. Dengan semua ciri dan penyelesaian yang tersedia dalam EasyParcel apabila anda bersambung ke EasyStore, kami yakin anda dapat maju dalam keadaan seperti ini.