Berapa Sebenarnya Kos Untuk Memulakan Kedai Dalam Talian pada Tahun 2025?
By Vincent Leong, Imaduddin Yahaya · 12th February, 2026
Table of Contents
Berapa Sebenarnya Kos Untuk Memulakan Kedai Dalam Talian pada Tahun 2025?
Menjelang tahun 2025, masih terdapat segelintir usahawan yang beranggapan bahawa membina laman web untuk jualan dalam talian memerlukan kos yang besar. Hakikatnya, membina platform jualan digital tidak semestinya membebankan kewangan anda.
Selagi anda tidak mengupah agensi untuk membangunkan laman web yang sepenuhnya tersuai, anda sebenarnya mampu melancarkan kedai dalam talian dengan kos yang minimum.
Melalui platform seperti EasyStore, usahawan boleh bermula secara percuma dengan memanfaatkan templat profesional yang sedia ada.
Persoalannya, berapakah kos sebenar yang perlu diperuntukkan? Jawapannya, bergantung sepenuhnya kepada matlamat perniagaan, bajet, serta tahap penglibatan anda dalam menguruskan proses tersebut.
Walaupun pembinaan laman web dalam talian secara profesional oleh pihak ketiga boleh mencecah kos antara USD5,000 hingga USD30,000, penggunaan pembina kedai dalam talian (online store builder) mampu mengurangkan perbelanjaan tersebut dengan ketara tanpa menjejaskan fungsi atau imej profesional perniagaan.
Pembina Kedai Dalam Talian vs Pereka Web
Langkah pertama bagi setiap perniagaan adalah mengenal pasti keperluan sebenar anda. Kebanyakan bisnes yang baru bermula tidak memerlukan laman web yang sepenuhnya tersuai pada peringkat awal operasi.
Penggunaan templat yang direka dengan baik dan fleksibel sudah memadai untuk memenuhi objektif utama perniagaan, seperti:
- Meningkatkan SEO agar lebih ramai bakal pelanggan dapat menemui kedai anda di enjin carian
- Membolehkan pelanggan melayari produk dan membuat pesanan secara kendiri
- Mengembangkan pangkalan data pelanggan bagi menggalakkan pembelian berulang
Mengapa Menggunakan Pembina Kedai Dalam Talian?

Jika anda mencari penyelesaian yang kos efektif, pantas dan mesra pengguna, pembina kedai dalam talian adalah pilihan terbaik.
Platform seperti EasyStore direka khas untuk pengguna bukan teknikal, membolehkan anda melancarkan kedai dalam masa kurang daripada satu jam.
Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan platform yang mempromosikan kedai “percuma” tetapi mengenakan caj tersembunyi untuk domain, hosting, SSL, reka bentuk dan penyelenggaraan.
Di bawah ini adalah pecahan sebenar kos menjalankan sebuah kedai dalam talian serta cara untuk mengekalkan perbelanjaan pada tahap minimum.
Kos Sebenar Menjalankan Kedai Dalam Talian
Berikut ialah komponen utama yang membentuk kos sebuah kedai dalam talian:
1. Nama Domain: USD10–100 setahun
Nama domain ialah alamat laman web anda (contohnya mystore.com). Harganya bergantung kepada populariti dan permintaan domain tersebut.
Dengan pelan freemium EasyStore, anda akan menerima domain berjenama EasyStore secara percuma semasa pendaftaran. Untuk pelan tahunan, domain tersuai percuma selama setahun turut disertakan.
2. Hosting Laman Web: USD15–120 setahun
Hosting ialah tempat data laman web anda disimpan. Sesetengah platform seperti WooCommerce memerlukan hosting sendiri, yang menambah kerumitan dan kos.
EasyStore menyediakan hosting percuma untuk semua pelan termasuklah pelan percuma tanpa perlu mengurus pelayan atau pemasangan perisian.
3. Sijil SSL (Keselamatan): USD0–1,500 setahun
SSL menyulitkan data pengguna bagi memastikan keselamatan laman web dan juga penting untuk SEO.
Setiap laman web EasyStore dilengkapi SSL percuma terbina dalam serta mematuhi piawaian keselamatan industri seperti AES-256 dan TLS.
4. Reka Bentuk Kedai: USD50–15,000
Reka bentuk yang baik menjadikan laman web mesra pengguna dan menarik secara visual. Kos biasanya bermula daripada templat percuma hingga binaan tersuai yang mahal.
EasyStore menawarkan lebih 40 tema profesional secara percuma yang boleh disesuaikan menggunakan fungsi drag and drop tanpa memerlukan kemahiran reka bentuk.
5. Plugin dan Ciri Tambahan: Bergantung keperluan
Tiada platform yang dapat memenuhi semua keperluan perniagaan secara lalai. Plugin dan integrasi aplikasi membantu menambah fungsi seperti pemasaran e-mel, logistik atau perakaunan.
Melalui App Store EasyStore, lebih 100 integrasi ditawarkan secara percuma. Walaupun sesetengah aplikasi berbayar, kebanyakan bisnes baru bermula sudah mencukupi dengan alat percuma yang tersedia.
6. Pemprosesan Pembayaran: 2.9% + USD0.30 setiap transaksi
Gerbang pembayaran seperti PayPal atau iPay88 lazimnya mengenakan caj transaksi.
EasyStore bekerjasama dengan pelbagai gerbang pembayaran tempatan dan global, dan kebanyakannya menawarkan pendaftaran percuma tanpa yuran langganan. Pembayaran manual juga boleh diterima tanpa sebarang caj.
Membantu Bisnes Baru Bermula Mengurangkan Kos Permulaan
Berikut ialah perbandingan kos membina kedai dalam talian dengan dan tanpa EasyStore:
| Nama Domain | USD10–100/tahun | Domain percuma + domain tersuai percuma 1 tahun |
| Hosting | USD15–120/tahun | Termasuk dalam semua pelan |
| SSL | USD0–1,500/tahun | Termasuk dalam semua pelan |
| Reka Bentuk | USD50–15,000 | 40+ templat profesional percuma |
| Plugin & Ciri | Berbeza-beza | 100+ integrasi percuma |
| Pemprosesan Pembayaran | 2.9% + USD0.30 | 1–2% atau 0% untuk pembayaran manual |
Pemula lazimnya beroperasi dengan bajet terhad. EasyStore dibangunkan dengan mengambil kira perkara ini sekaligus menghapuskan kos permulaan yang tidak perlu supaya anda boleh fokus kepada produk, jenama dan pemasaran.
Cara Melancarkan Kedai Percuma dalam Beberapa Minit
Membina kedai dalam talian kini lebih mudah dengan EasyStore:
Daftar akaun
Muat naik produk
Pilih tema percuma
Tetapkan kaedah pembayaran dan penghantaran
Mula menjual
Mengapa Perniagaan Dalam Talian Masih Penting pada Tahun 2025
Walaupun kedai fizikal kembali beroperasi sepenuhnya, perniagaan dalam talian kekal relevan.
Tabiat membeli-belah yang terbentuk semasa pandemik masih kekal — ramai pelanggan lebih mengutamakan kemudahan membeli secara dalam talian.
Lebih 50% pengguna dijangka meneruskan tabiat membeli dalam talian yang terbentuk ketika pandemik.
Menurut Statista, perniagaan dalam talian berpotensi merangkumi hampir separuh daripada jumlah jualan runcit menjelang 2025.
Mengapa?
Membeli-belah dalam talian lebih pantas dan mudah
Perbandingan harga lebih senang
Platform sosial seperti TikTok dan YouTube semakin terintegrasi dengan perniagaan dalam talian
Perniagaan dalam talian bukan lagi pilihan tetapi ia satu keperluan, terutamanya bagi bisnes baru bermula yang mahu kekal kompetitif.
Kesimpulan
Membawa perniagaan anda ke dalam talian tidak semestinya mahal.
Dengan EasyStore, kebanyakan kos utama seperti domain, hosting, SSL, reka bentuk dan integrasi telah disediakan secara percuma atau dengan kos yang sangat rendah.
Daftar kedai percuma anda hari ini di www.easystore.co dan hidupkan perniagaan anda secara dalam talian.
