EasyStore Perkasa 120 Usahawan Melaka Ke Arah Pendigitalan Perniagaan
By Imaduddin Yahaya · 24th December, 2025
Table of Contents
EasyStore Perkasa 120 Usahawan Melaka Ke Arah Pendigitalan Perniagaan
Melaka, Disember 22, 2025 – EasyStore, melalui NITCO Solution Sdn. Bhd., telah menyertai Program Pembangunan Usahawan Melaka E-Dagang yang berlangsung di SIRIM Melaka, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam menghadapi cabaran ekonomi digital.
Program ini dianjurkan oleh Portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan telah dirasmikan oleh YB Allex Seah Shoo Chin, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang.

Dalam landskap perniagaan yang semakin dipacu oleh perubahan tingkah laku pengguna, kehadiran digital kini bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan penting bagi memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan. Menyedari keperluan ini, Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan RM300,000 melalui Belanjawan Negeri bagi menyokong usaha pendigitalan usahawan di negeri tersebut.
Dalam sesi perkongsian beliau, YB Allex Seah Shoo Chin menekankan bahawa pendigitalan perniagaan seharusnya memudahkan perjalanan usahawan, bukan membebankan mereka. Beliau turut berkongsi bagaimana platform seperti EasyStore membantu usahawan memulakan perniagaan dalam talian tanpa memerlukan kemahiran teknikal, di samping memudahkan pengurusan jualan dan inventori merentas pelbagai saluran e-dagang.
“Dengan EasyStore, usahawan tidak perlu mempunyai kemahiran pengaturcaraan atau reka bentuk untuk membina laman web jualan yang kemas dan profesional kerana sistem serta templat telah tersedia. Platform ini juga membantu menyelaraskan jualan ke saluran dalam talian lain seperti marketplace, sekali gus memudahkan pengurusan inventori dan operasi perniagaan.” — YB Allex Seah Shoo Chin
Selain membina dan mengurus kedai dalam talian sendiri, EasyStore turut menyokong integrasi dengan pelbagai platform e-dagang dan media sosial utama seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, Facebook dan Instagram, bagi membantu usahawan mengurus perniagaan dengan lebih cekap dan konsisten.
Bagi fasa projek perintis, seramai 120 orang usahawan akan dipilih untuk menyertai program ini. Inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembinaan ekosistem usahawan yang lebih berdaya saing, dengan membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk memperluas pasaran serta meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
Selari dengan komitmen EasyStore dalam menyokong pembangunan usahawan di Malaysia, kerjasama strategik bersama pihak kerajaan negeri Melaka ini mencerminkan usaha berterusan dalam menyediakan penyelesaian digital dan peruncitan yang relevan dan mudah diadaptasi oleh usahawan tempatan.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.