AFFIN, NCER Dan EasyStore Perkasa Usahawan PMKS Wilayah Utara Melalui SMEngage Talk
By Nadia Amir · 30th October, 2025
Table of Contents
AFFIN, NCER Dan EasyStore Perkasa Usahawan PMKS Wilayah Utara Melalui SMEngage Talk
PULAU PINANG, October 16, 2025 – Kumpulan AFFIN (“AFFIN” atau “Kumpulan”), dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (“NCER”) dan EasyStore, telah menganjurkan SMEngage Talk bagi Wilayah Utara di dua lokasi, iaitu Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani, Kedah pada 14 Oktober 2025 dan The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 Oktober 2025.
Inisiatif ini dirangka khusus untuk memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam menghadapi cabaran era digital yang semakin dinamik.
Bertemakan “Transformasi Digital PMKS: Kuasai Masa Depan Perniagaan Anda”, program ini menekankan kepentingan tindakan segera untuk menyesuaikan diri dengan landskap teknologi masa kini.
Dalam era yang semakin dipacu oleh inovasi digital, transformasi perniagaan bukan lagi pilihan, ia merupakan satu keperluan penting untuk memastikan kelangsungan dan daya saing.
Melalui platform ini, para usahawan PMKS berpeluang memahami kepentingan digitalisasi, menyesuaikan strategi perniagaan dengan perkembangan teknologi, serta memanfaatkan penyelesaian digital dalam operasi harian mereka.

Antara manfaat utama yang diperoleh PMKS termasuk:
- Pendedahan kepada kemudahan dan platform digital yang praktikal untuk meningkatkan kecekapan operasi.
- Peluang jaringan bersama rakan usahawan, pakar industri dan agensi kerajaan.
- Menerusi akses kepada penyelesaian kewangan yang direka khas oleh AFFIN dan sokongan inisiatif pemudah cara pelaburan serta pembangunan ekosistem perniagaan NCER, ia dijangka memberi impak yang berkesan terhadap pertumbuhan mampan PMKS di Wilayah Utara.
- Strategi transformasi digital yang mampan dengan potensi menjana nilai tambah dan memperluas peluang pasaran bagi PMKS.
Sebagai pelengkap kepada SMEngage Talk, AFFIN turut menganjurkan Rakaniaga Bazar, sebuah platform eksklusif untuk para Rakaniaga dan rakan strategik mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka.
Inisiatif ini bukan sahaja memperluas capaian pasaran, malah memperkukuh kehadiran
jenama tempatan di Wilayah Utara.
AFFIN juga mengambil peluang untuk mempromosikan AFFINMAX, sebuah platform perbankan internet korporat yang membolehkan pelanggan mengurus aliran tunai dan membuat pembayaran dengan selamat dan interaktif. Usaha ini sejajar dengan aspirasi AFFIN untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai serta memperkukuh kepimpinan digital dalam sektor kewangan.
“Program ini merupakan platform yang memberi peluang kepada PMKS untuk memperoleh pengetahuan serta akses kemudahan bagi memperkukuh daya saing mereka, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
SMEngage Talk Wilayah Utara dan AFFIN Rakaniaga Bazar ini mencerminkan komitmen Kumpulan AFFIN terhadap tiga tonggak utama Pelan AFFIN Axelerate 2028, iaitu Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab Dengan Impak,” kata Encik Fung Kai Jin, Pengarah Eksekutif, Perbankan Perusahaan Kumpulan, Affin Bank Berhad.

“Kerjasama antara AFFIN, NCER dan EasyStore ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh ekosistem PMKS di Malaysia. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada komuniti perniagaan, malah turut menyumbang kepada ketahanan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat serantau,” tambahnya lagi.
Hadir di SMEngage Talk Wilayah Utara ialah Encik Boon Kim San, Ketua Bisnes Digital & Pemasaran, Affin Bank Berhad; Dr. Nachiamei Ramasamy, Pengurus Besar, Jabatan Ekosistem Perniagaan, Wilayah Ekonomi Koridor Utara; serta Cik Yienyee, Ketua Pegawai Perhubungan, EasyStore.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.
Embrace UCX and redefine your business success today
Discover how UCX can elevate your customer engagement with a truly unified journey for your customers, streamline operations, and drive growth across all channels.
Contact Us