8 Fungsi Utama Yang Seharusnya Dimiliki Oleh Kedai Dalam Talian Anda (Bahagian 2)
By Max · 29th September, 2020
Blog ini adalah bahagian 2 dalam siri 8 fungsi utama yang seharusnya dimiliki oleh kedai dalam talian anda. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita ketahuinya!
5.POS Mudah Alih
Kedai nyata atau kedai dalam talian? Mengapa tidak gabungkan kedua-duanya!
Sistem Point of Sale (POS) EasyStore menyatukan kedai nyata anda dengan kehadiran kedai dalam talian anda hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda. Ia membolehkan anda menggabungkan medium jualan anda, menerima pembayaran, mengesan inventori, dan membina hubungan dengan pelanggan semuanya hanya di satu tempat.
Tidak kira walau di mana pun anda membuat jualan, semua pesanan akan dihubungkan ke akaun EasyStore anda untuk memastikan inventori dalam talian anda disegerakkan.
Muat turun aplikasi mudah alih POS kami di telefon anda sekarang:
Play Store: https://bit.ly/3dxG1mz ; App Store: https://apple.co/2yKwOZa ; Huawei's App Gallery: https://appgallery.huawei.com/#/app/C102551135
6.Borang pesanan mudah alih
PM berapa harga ini? Apa saiz yang ada?
Kami tahu betapa sibuknya anda ketika menerima sebahagian besar pertanyaan sebegini setiap hari, dalam meminta butiran produk, dan juga untuk merunding harga. Borang Pesanan WhatsApp dan LINE dari EasyStore direka untuk menjawab permintaan atau pertanyaan pelanggan dalam bentuk seperti 'PM', yang membolehkan mereka membuat pesanan melalui borang pesanan dan menyelesaikan pembelian di kedai dalam talian anda.
Sediakan borang pesanan anda sekarang di Pemasaran> Borang pesanan (beta)!
7. Pemasaran rujukan
Pemasaran rujukan, juga dikenali sebagai pemasaran dari mulut ke mulut, adalah fungsi baru yang dikembangkan oleh EasyStore untuk membolehkan pelanggan mempromosikan produk atau perkhidmatan anda. Kajian menunjukkan bahawa orang ramai mempunyai potensi sebanyak empat kali ganda untuk membeli sesebuah produk atau perkhidmatan apabila disyorkan oleh rakan mereka.
Dengan menggunakan fungsi ini, anda akan dapat menghasilkan pautan rujukan yang berbeza ke kumpulan rujukan dengan peratusan komisen yang berbeza di Pemasaran> Pemasaran Rujukan.
Rujukan boleh jadi dalam kalangan ahli keluarga, rakan, individu berpengaruh di media sosial, ejen, dll. Bersedia untuk menjadikannya sebagai duta jenama anda!
Baca panduan bantuan untuk mula membina kumpulan penyokong anda!
8. Jual ke Facebook
Selain menjual di kedai dalam talian anda, Facebook adalah sebuah platform yang tidak boleh anda abaikan.
Facebook adalah platform media sosial terbesar di dunia. Dengan lebih daripada 2.6 bilion pengguna aktif setiap bulan, tidak ada alasan untuk anda tidak mempromosikan jenama anda kepada khalayak ramai ini. Fungsi pemasaran Facebook EasyStore membolehkan anda menerbitkan produk anda ke Facebook dengan hanya satu klik. Peminat Facebook dan pengguna yang like halaman anda pasti akan sangat menyukainya! Ketahui cara menjual ke Facebook tanpa sebarang kerumitan di sini.
Sangat mudah sebenarnya untuk membina sebuah kedai di EasyStore tetapi untuk memastikannya beroperasi dengan baik memerlukan agak banyak kerja. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan banyak fungsi yang anda perlukan untuk mendapatkan jualan dengan jayanya. Selain dari 8 fungsi utama yang seharusnya dimiliki oleh kedai dalam talian anda, terdapat lebih banyak lagi fungsi yang tersedia untuk penjual EasyStore.
Lihat fungsi kami di sini atau daftar akaun percubaan percuma untuk menerokainya dengan lanjut sekarang!
Latest articles
-
Ekspo Selangor SelBiz 2024: Melangkah Lebih Jauh dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
By Amirul Asraf · 8th Oct, 2024
-
EasyStore Commerce Tour Memperkasa Lonjakan Digital 500+ PKS pada 2023
By EasyStore Press · 15th Dec, 2023
-
Persediaan untuk Pop-Up Store Pertama Anda: Panduan Asas untuk Pemilik E-Dagang
By Lily Syafiqa · 11th Dec, 2023
-
Kenal & Fahamkan 10 Istilah Penting Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 28th Nov, 2023
-
Unified Commerce dan UCX Akan Menerajui Masa Depan Bisnes Peruncitan
By Lily Syafiqa · 15th Nov, 2023
-
Bagaimana AKUDESIGN Recover dengan UCX Setelah Kehilangan 70k+ Pengikut IG?!
By Lily Syafiqa · 8th Nov, 2023