[ In-Person Seminar | 27 Nov ] Jom Buat Shoppers Jadi Setia: Winning Loyalty Strategies for 2025 🔥 Register My Spot

5 Tips Efektif Perniagaan Atas Talian Yang Perlu Diketahui oleh setiap Pemula

By Kholil Jofri · 30th October, 2021

5 Tips Efektif Perniagaan Atas Talian Yang Perlu Diketahui oleh setiap Pemula | EasyStore

Kini, perniagaan atas talian sudah menjadi suatu tren di Malaysia. Pada tahun 2020 pendapatan e-dagang yang direkodkan telah mencecah RM896.4 billion, memaparkan kenaikan sebanyak 32.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini adalah kerana lebih ramai yang memilih untuk melanggan melalui perniagaan atas talian kerana menjimatkan masa dan kos membeli-belah. Secara tidak langsung mencetuskan fenomena peniaga atas talian yang tumbuh bagaikan cendawan bagi memenuhi permintaan yang mendadak. Ini adalah potensi besar yang membuka peluang untuk menjana pendapatan kepada yang memerlukan. 

Semua orang boleh menjual atas talian tetapi tidak semua yang mampu menjana pendapatan yang stabil. Oleh itu kami merasakan potensi ini boleh diasah dengan perkongsian bersama beberapa tips untuk menjayakan perniagaan atas talian dengan lebih efektif  kepada semua pemula.  

1. Timba ilmu yang betul berkaitan perniagaan atas talian 

Jika anda baru berjinak-jinak memulakan perniagaan, mencari ilmu tentang perniagaan harus diutamakan. Belajar tentang pemasaran, teknik menjual, menguruskan kewangan dan segala yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam dunia digital sekarang, strategi perniagaan dan pemasaran sentiasa berubah dengan pantas. Kita tidak mahu ketinggalan, harus berwaspada dengan perubahan arus perniagaan yang semestinya relevan dengan pasaran semasa.

Terdapat banyak kursus dan kelas atas talian percuma yang boleh anda sertai seperti:

1. Facebook Blueprint - Kursus Facebook percuma untuk pemasaran di Facebook Instagram, Messenger & WhatsApp.

 

2. Free Courses Malaysia - Webinar percuma dan latihan berkaitan perniagaan.

3. Hasbul Brothers – Pelatih Perniagaan yang menyediakan kelas online percuma melalui Facebook & Instagram secara langsung.

2. Kenali pelanggan ideal anda

Mengenali pelanggan ideal anda adalah penting untuk perniagaan anda kerana ia akan menjadikan perniagaan anda menjangkau kumpulan sasaran yang betul. Pelanggan yang ideal ialah jenis orang yang anda ingin membeli produk atau perkhidmatan anda.

Tanya soalan seperti siapa yang akan mendapat manfaat daripada produk anda seperti: -

1) Berapa umur mereka?

2) Apakah jantina mereka?

3) Apakah status perkahwinan mereka?

4) Di manakah mereka berada?

5) Apakah pekerjaan mereka?

Ini membolehkan anda benar-benar memahami pelanggan ideal anda supaya anda boleh menarik lebih ramai orang yang sesuai dengan profil ini. Sebaik sahaja anda mengenali pelanggan anda dan membuat siaran yang berkaitan dengan mereka, anda boleh melihat peningkatan dalam penglibatan.

3. Guna platform yang pelbagai

Jika anda hanya menjual di Facebook, maka anda kelihatan seperti tidak menggunakan media sosial anda sepenuhnya. Kembangkan penjualan ke platform lain seperti Instagram, WhatsApp dan Messenger. Ini akan meningkatkan jangkauan anda kepada lebih daripada 27 juta pengguna dalam platform tersebut. Menjangkau lebih ramai orang adalah penting kerana ia akan membawa anda kepada lebih ramai pelanggan yang berpotensi.

Gunakan semua media sosial yang sedia ada kerana ia adalah percuma dan manfaatkan juga platform pasaran percuma seperti Shopee atau Lazada.

Kini, anda boleh menyegerakkan semua pesanan, inventori dan butiran pelanggan anda dengan mudah daripada berbilang saluran jualan anda menerusi satu platform sahaja.

 Baca di sini untuk mendapatkan tips untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dengan Facebook dan Instagram pada tahun 2021.

Terokai lebih lanjut di sini

4. Bina laman sesawang anda sendiri

Daripada : Hikari Riders

“Perlukah saya memiliki laman sesawang sendiri? Saya baru sahaja mula menjual atas talian.” Soalan ini mungkin bermain-main dalam fikiran anda.

Jawapannya adalah ya. Mempunyai laman sesawang adalah penting kerana ia akan membantu meningkatkan keyakinan pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda dan membantu anda membina jenama yang kukuh. Ia akan memudahkan mereka untuk membeli-belah daripada anda. Anda juga akan mendahului pesaing anda dengan adanya laman sesawang tersendiri.

Anda merupakan golongan yang beruntung kerana, pada masa kini, laman sesawang mudah dibangunkan. Anda boleh mula membina laman sesawang e-dagang anda sendiri tanpa keperluan ilmu pengekodan / bahasa pengaturcaraan yang boleh direalisasikan dengan mudah menerusi pembangun sesawang EasyStore. Ia adalah Percuma dan mersa pengguna. Anda boleh memiliki laman sesawang anda sendiri yang lengkap dengan pilihan solusi pembayaran dan penghantaran untuk perniagaan anda.

Baca di sini jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengapa anda memerlukan stor atas  talian anda sendiri.

5. Gunapakai imej yang menarik dan diskripsi produk yang jelas

Daripada: Stuffbyannjfr 

Kebanyakkan peniaga atas talian ambil mudah akan aspek ini.

Pilihan imej yang menarik akan membolehkan pelanggan anda mengingati imej anda dengan mudah. Tetapi, sekadar imej yang menarik sahaja tidak mencukupi. Pelanggan yang berpotensi memerlukan lebih banyak maklumat mengenai produk yang dipasarkan.

Imej yang berkualiti tinggi dan diskripsi produk yang jelas akan membuatkan mereka lebih memahami produk atau perniagaan anda. Mereka akan lebih tertarik untuk membeli. Ia juga akan memberikan anda prospek berkualiti tinggi yang akan menjadikannya lebih mudah untuk memutuskan tawaran atau menukar kosumer menjadi pelanggan yang berpotensi untuk membeli daripada anda.

Perniagaan anda perlu dijalankan dengan betul dari mula. Ini akan membantu anda mengelakkan kesilapan yang akan membawa kepada kerugian pada masa hadapan. Ia juga akan mewujudkan perniagaan yang lebih mampan dijalankan untuk jangka masa panjang.

 

Mulakan jualan atas talian dengan EasyStore dan bina perniagaan anda dengan cara yang betul. Daftarlah hari ini!

EasyStore