10 Kemas Kini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aplikasi Mudah Alih EasyStore

By Mei Xin · 28th August, 2021

10 Kemas Kini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Aplikasi Mudah Alih EasyStore | EasyStore

Kini, telefon mudah alih anda telah menjadi suatu alat yang sangat intim dan amat diperlukan untuk kekal berhubung dengan seluruh dunia dan, lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan dengan perniagaan anda. Ini adalah sebab mengapa kami teruja untuk menyediakan beberapa kemas kini terbaru yang penting untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda dengan lebih cekap, mudah dan tidak kira di mana jua anda berada.

Sama ada anda melakukan semakan inventori di tempat kerja anda atau mencipta produk baharu di dapur anda — anda masih boleh memuat naik foto serta-merta, menambah penerangan atau diskripsi dan mengurus inventori menggunakan aplikasi mudah alih anda. Ia dapat meningkatkan kebolehupayaan anda dengan membenarkan anda beralih daripada komputer riba anda ke aplikasi mudah alih untuk menjalankan perniagaan anda dari serata pelusuk tidak kira di mana anda berada.

Berikut adalah ringkasan terkini tentang perkara yang anda akan ketahui dalam blog ini:

1. Membayar balik pesanan

2. Batal, arkib dan padam pesanan

3. Semak status pesanan

4. Tapis laporan berdasarkan saluran, rakan sepasukan dan julat tarikh

5. Edit pemenuhan maklumat dan alamat

6. Tambah atau alih keluar pelanggan pada pesanan sedia ada

7. Urus ulasan pelanggan dan nota penjual

8. Antara muka baharu untuk pembayaran POS

9. Keuarkan resit 

10. Urus borang pesanan WhatsApp

1. Bayaran Balik Secara Manual dan Bayaran Balik Menerusi Gerbang Pembayaran

Daripada aplikasi mudah alih EasyStore, anda boleh melakukan bayaran balik kepada pelanggan dan merekodkan transaksi tersebut pada masa yang sama, sama ada secara manual atau melalui gerbang pembayaran untuk mengira jualan dan keuntungan atas talian anda.

Bayaran balik manual merujuk kepada bayaran balik secara manual kepada pelanggan anda melalui pemindahan manual, perbankan atas talian atau e-dompet misalnya. Bayaran balik gerbang pembayaran, sebaliknya, merujuk kepada proses pembayaran balik yang dijalankan oleh pihak ketiga yang dilantik sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran anda. Perlu diambil perhatian bahawa hanya Razer Merchant Services dan Atome yang boleh melaksanakan bayaran balik terus ke akaun pelanggan.

2.  Batal, Arkib Dan Padam Pesanan

Pengurusan pesanan menjadi sangat mudah melalui aplikasi mudah alih EasyStore, dimana anda boleh samada batalkan, arkibkan atau padamkan pesanan.

-Membatalkan pesanan merujuk kepada pelanggan yang ingin membatalkan pesanan jika mereka tidak lagi mahu membeli atau jika anda tidak dapat menjual produk atas pelbagai sebab.

-Mengarkib pesanan merujuk kepada pesanan yang perlu diarkibkan dengan mengeluarkannya buat sementara waktu daripada senarai pesanan. Anda masih boleh merujuknya kembali dalam senarai arkib pada masa hadapan.

-Memadamkan pesanan merujuk kepada mengalih keluar pesanan secara kekal daripada pentadbir EasyStore anda dan tidak lagi dijejaki dalam laporan.

3. Semak Status Pesanan

Dengan ciri penjejakan status pesanan, anda boleh menjejaki status pesanan anda melalui sejarah pesanan. Anda akan mempunyai lebih kawalan ke atas proses pesanan pelanggan anda serta butiran penghantaran dalam pesanan.

4.Tapis Laporan

Ingin jimat lebih masa mencari data anda? Gunakan sistem penapisan kami untuk mengecilkan jurang carian anda kepada julat yang munasabah berdasarkan saluran jualan, rakan sepasukan dan julat tarikh.

-Penapis saluran jualan membolehkan anda mengecilkan data laporan untuk analisis yang lebih baik dan tepat

-Penapis rakan sepasukan memaparkan sejarah prestasi rakan sepasukan yang dipilih.

-Penapis tarikh membolehkan anda menapis data anda menggunakan syarat pada nilai masa.

5. Edit Pemenuhan Maklumat Dan Alamat

Definisi mudah merujuk kepada tempat dimana anda boleh menguruskan perniagaan anda di mana-mana sahaja. Contohnya, jika anda ingin menukar perkhidmatan kurier, anda boleh mengemas kini maklumat penjejakan dan menghantar e-mel automatik kepada pelanggan untuk memberitahu mereka perubahan perkhidmatan kurier. Selain itu, anda boleh mengemas kini status pemenuhan daripada 'Keluar untuk Penghantaran' kepada 'Dihantar' secara manual dalam aplikasi mudah alih anda jika pembekal kurier menghantar barangan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Selain itu, jika pelanggan menukar alamat penghantaran atau pengebilan mereka selepas membuat pesanan, anda boleh membuat pelarasan terus daripada telefon mudah alih anda tanpa perlu menggunakan komputer anda.

6. Tambah Atau Alih Keluar Pelanggan

Jika pengguna anda membekalkan anda dengan maklumat yang salah semasa proses pembayaran, anda masih boleh membetulkannya secara manual dalam aplikasi mudah alih. Kini terdapat pilihan untuk menambah atau mengalih keluar pelanggan bagi memastikan butiran pelanggan anda tepat sebelum memenuhi pesanan.

7. Urus ulasan pelanggan dan nota penjual

Jika pelanggan anda mempunyai keperluan tambahan selepas mereka membuat pesanan, maka anda boleh mengedit kenyataan pelanggan.

Sebaliknya, anda juga boleh menulis mesej pada nota penjual untuk mengingatkan diri anda atau pasukan anda untuk mengambil tindakan tertentu.

8. Antara muka baharu untuk POS

Petunjuk inventori tersedia pada setiap produk untuk membantu anda memantau pesanan dan tahap inventori anda merentas semua saluran jualan, menghalang anda daripada menjual terlalu banyak atau kurang jualan. Kiraan stok anda kini boleh dilihat dalam paparan antara muka POS anda.

9. Keluaran Resit

Pencetak resit yang disokong ialah:

  • Star Micronics TSP100W

  • Star Micronics TSP100LAN

  • Star Micronics TSP100BI

  • Star Micronics SM-L200

  • Star Micronics SM-L300

Nota: Saiz resit yang dikeluarkan buat masa ini adalah dalam "80mm" (58mm jika menggunakan panduan kertas). Kami masih dalam proses mempertingkatkan saiz resit yang sesuai dengan pencetak resit.

Untuk mempromosikan jenama anda, melibatkan pelanggan dan mempunyai susun atur pilihan, anda boleh menyesuaikan kandungan pengepala dan pengaki atau menambah imej pada resit anda mengikut citarasa tersendiri.

Sebelum mencetak resit, anda boleh pratonton resit anda untuk memastikan semua butiran diisi adalah betul.

10. Urus Borang Pesanan Whatsapp

Untuk menjawab pertanyaan pelanggan di platform pemesejan anda dengan tepat  tanpa lengah, anda kini boleh membuat dan mengedit borang pesanan WhatsApp anda dalam aplikasi mudah alih, menyalin pautan Pesanan Daripada dan menghantarnya kepada pelanggan anda. Semuanya boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih anda. Untuk maklumat lanjut tentang borang pesanan WhatsApp, sila rujuk di sini.

Kesimpulannya

Kami sentiasa menambah baik aplikasi mudah alih kami untuk memberikan kemudahan kepada anda dalam menjalankan perniagaan anda tanpa sebarang kesulitan. Oleh itu, kami tidak berhenti di sini, kerana kami  mendengar keluh kesah anda dan akan sentiasa berusaha membawakan anda lebih banyak alatan dan ciri untuk membantu pertumbuhan perniagaan anda. 

Pasang sekarang!

Play store: https://go.easystore.co/3gwC99m 

App store: https://go.easystore.co/3gw4pZH

Huawei App Gallery: https://go.easystore.co/38rvsRD