Jualan Pelbagai Saluran (Multichannel): Kelebihan, Cabaran & Cara Menguruskannya Dengan Berkesan
By Vincent Leong, Imaduddin Yahaya · 19th February, 2026
文章目錄
Jualan Pelbagai Saluran (Multichannel") : Kelebihan, Cabaran & Cara Menguruskannya Dengan Berkesan
Apabila memulakan perjalanan perniagaan melalui pelbagai saluran, kebanyakan peniaga biasanya bermula dengan satu saluran sahaja — sama ada kedai online berjenama, platform media sosial, kedai fizikal, atau marketplace seperti Shopee, Lazada, atau PG Mall.
Walau bagaimanapun, pengguna hari ini membeli-belah merentasi pelbagai platform dan kebergantungan kepada satu saluran sahaja akan mengehadkan jangkaun perniagaan anda. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan dan menarik lebih ramai pelanggan tanpa menambah perbelanjaan iklan.
Di sinilah jualan pelbagai saluran memainkan peranan.
Apakah Itu Jualan Pelbagai Saluran (Multichannel Selling) ?
Jualan pelbagai saluran merujuk kepada penjualan produk di lebih daripada satu platform dalam talian atau runcit secara serentak.
Anda mungkin sudah melakukannya tanpa sedar. Sebagai contoh, jika anda menjual melalui kedai dalam talian dan pada masa yang sama memacu trafik daripada media sosial, atau jika anda aktif di Shopee dan Lazada serentak.
Matlamat utama jualan pelbagai saluran ialah untuk meluaskan capaian produk dan meningkatkan keterlihatan jenama di semua titik sentuhan pelanggan yang relevan.
Jenis-Jenis Saluran Jualan
Saluran Luar Talian (Offline):
Mempunyai kehadiran runcit fizikal seperti kedai pop-up atau gerai bazar yang membolehkan pelanggan melihat dan mencuba produk secara langsung. Namun, ia melibatkan kos seperti sewaan, hiasan kedai, dan tenaga kerja.
Saluran Dalam Talian (Online):
Pendekatan yang lebih menjimatkan kos adalah membina jenama secara dalam talian melalui kedai dalam talian sendiri, marketplace, dan platform media sosial.
Mengapa Anda Perlu Mengamalkan Jualan Pelbagai Saluran
1. Hadir Di Tempat Pelanggan Anda Membeli-Belah
Pengguna hari ini mempunyai pelbagai pilihan yang tidak berkesudahan.
Sama ada di pusat beli-belah fizikal atau platform dalam talian, pelanggan membuat pilihan berdasarkan reka bentuk, variasi produk, kemudahan, dan juga citarasa visual.
Jika anda hanya berada di satu platform, anda berisiko terlepas pelanggan yang lebih gemar membeli di platform lain. Setiap saluran baharu membuka peluang untuk menjangkau segmen pelanggan yang berbeza.
2. Bersaing Dengan Jenama Lebih Besar
Menjual di platform yang belum diterokai oleh pesaing memberikan anda kelebihan sebagai perintis atau penggerak utama.
Sebaliknya, mengelakkan platform yang sudah dikuasai pesaing bermakna anda melepaskan peluang mendapatkan bakal pelanggan — ramai antara mereka mungkin langsung tidak mengenali jenama anda.
Setiap saluran jualan yang anda sertai meningkatkan kebarangkalian jenama anda ditemui dan dipertimbangkan, terutamanya apabila anda mengoptimumkan paparan dengan gambar produk berkualiti, penerangan yang jelas, dan harga yang kompetitif.
3. Lebih Banyak Titik Sentuhan Dengan Pelanggan
Menurut “Peraturan 7” dalam pemasaran, seseorang pelanggan perlu melihat sesuatu mesej sekurang-kurangnya tujuh kali sebelum membuat tindakan.
Jualan pelbagai saluran meningkatkan kebarangkalian dan peluang untuk jenama anda dilihat sama ada melalui scroll di Facebook, carian di Google, atau perbandingan harga di marketplace.
Pendedahan berterusan ini membina kepercayaan dan ingatan kepada jenama, sekali gus meningkatkan kadar jualan.
4. Membina Profil Pelanggan Yang Tepat
Setiap saluran menarik segmen pelanggan yang berbeza. Sebagai contoh, Facebook mungkin lebih popular dalam kalangan pengguna yang berusia, manakala TikTok lebih diminati oleh golongan muda.
Dengan bergiat aktif di pelbagai platform, anda dapat menganalisis tingkah laku dan keutamaan pelanggan dengan lebih tepat. Dapatan data ini membantu anda menyesuaikan mesej dan kempen pemasaran untuk prestasi yang lebih baik dengan usaha yang lebih minimum.
5. Manfaatkan Pemasaran Jenama Lain
Marketplace pada kebiasaannya mengenakan caj transaksi, namun caj ini digunakan untuk menampung kempen pemasaran mereka yang berskala besar.
Contohnya, kempen Shopee yang melibatkan selebriti membina kesedaran jenama secara meluas dan anda boleh menumpang manfaat trafik serta kredibiliti tersebut tanpa perlu berbelanja besar.
Ini sangat berguna terutamanya untuk jenama baharu yang ingin membina kepercayaan pelanggan kali pertama.
6. Mengurangkan Risiko Perniagaan
Sebarang platform yang bukan milik anda mempunyai risiko tersendiri. Akaun boleh digantung, polisi platform boleh berubah, atau gangguan perkhidmatan mungkin berlaku.
Mempelbagaikan saluran jualan melindungi perniagaan anda daripada terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan. Jika satu saluran bermasalah, saluran lain masih boleh memastikan operasi perniagaan berjalan.
Cabaran Jualan Pelbagai Saluran
Walaupun kelebihannya jelas, menguruskan pelbagai saluran jualan bukan sesuatu yang mudah.
Kebiasaannya, cabaran utama terbahagi kepada tiga kategori:
Pengurusan Akaun
Mewujudkan dan mengurus akaun di pelbagai platform memakan masa. Log masuk ke setiap platform hanya untuk mengemas kini produk atau menyemak prestasi adalah tidak efisien.
Pengurusan Inventori
Menjejaki stok secara manual menggunakan hamparan "spreadsheet" di pelbagai platform meningkatkan risiko jualan berlebihan atau kehabisan stok. Sebagai contoh, produk terakhir anda sudah terjual di Lazada tetapi masih disenaraikan di Shopee, ini boleh menyebabkan pembatalan pesanan dan ulasan negatif.
Pengurusan Pesanan
Mengurus pesanan daripada pelbagai platform boleh menyebabkan pesanan terlepas pandang. Kelewatan atau kesilapan dalam pemenuhan pesanan boleh mengakibatkan ketidakpuasan pelanggan dan penalti daripada platform.
Jika begitu mencabar, mengapa masih ramai penjual memilih strategi ini?Jawapannya kerana mereka telah menemui penyelesaiannya.
Urus Semua Saluran Dengan Satu Platform
EasyStore memudahkan jualan pelbagai saluran dengan membolehkan anda mengurus keseluruhan perniagaan daripada satu platform berpusat.
Inilah caranya:
Pengurusan Senarai ProdukMuat naik, sunting, dan urus katalog produk secara pukal. Sebarang kemas kini di EasyStore akan diselaraskan secara automatik di semua platform yang disambungkan secara masa nyata.
Pengurusan PesananLihat dan penuhi semua pesanan daripada pelbagai saluran di satu tempat. Anda boleh menyediakan slip pembungkusan, mencetak Airway Bill, dan memastikan tiada pesanan terlepas atau tertangguh.
Pengurusan InventoriKekalkan stok bersepadu merentasi semua platform. EasyStore menyelaraskan tahap inventori anda secara masa nyata bagi mengelakkan terlebih jual dan memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk pelanggan.
Data Pelanggan & JualanAkses laporan bersepadu dan data pelanggan daripada semua saluran jualan. Kenal pasti produk atau platform yang berprestasi tinggi dan buat keputusan yang lebih bijak tentang fokus sumber perniagaan anda.
Satu Platform, Banyak Saluran, Pengurusan Lancar
Tingkah laku pembelian pasca pandemik sukar dijangka di mana keputusan pembelian boleh dicetuskan oleh iklan media sosial, carian online, atau pengalaman di kedai fizikal.
Dengan EasyStore, anda tidak perlu lagi mengurus pelbagai platform secara berasingan. Anda boleh menjual di marketplace, media sosial, dan kedai online sendiri — semuanya diurus daripada satu papan pemuka "dashboard".
Mulakan perjalanan jualan pelbagai saluran anda bersama EasyStore hari ini dan buka potensi penuh perniagaan anda.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.