Mencapai Kejayaan Peruncitan Tahun 2025: 10 Langkah Strategi UCX
By Kelie Wong, Imaduddin Yahya · 28th January, 2026
文章目錄
Mencapai Kejayaan Peruncitan Tahun 2025: 10 Langkah Strategi UCX
Pasaran peruncitan (retail) global sedang mengalami pertumbuhan yang pesat, dengan anggaran peningkatan daripada USD $28,680.3 bilion pada tahun 2023 kepada USD $51,554.7 bilion menjelang 2031, mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 7.7%.
Di Malaysia pula, pasaran runcit dianggarkan bernilai USD 89.66 bilion pada tahun 2024 dan dijangka mencecah USD 119.64 bilion menjelang 2029, berkembang pada kadar CAGR 5.94%.
Bagi memanfaatkan pertumbuhan ini, peniaga runcit perlu mengamalkan Pengalaman Pelanggan Bersepadu (Unified Customer Experience - UCX) iaitu memastikan pengalaman pelanggan yang konsisten, lancar, dan diperibadikan di semua titik sentuhan (touchpoints) pelanggan.
Berikut adalah 10 langkah untuk membimbing peniaga mencapai kejayaan pada tahun 2025 melalui UCX.
1. Wujudkan Kedai Dalam Talian Berjenama
Memandangkan 76% pengguna melakukan carian dalam talian sebelum mengunjungi kedai fizikal, memiliki kedai dalam talian tersendiri adalah sangat penting untuk membina kredibiliti jenama anda.
Pastikan laman web anda memaparkan lokasi kedai fizikal anda bagi memacu trafik secara dalam talian dan luar talian. Anda boleh menyediakan kedai dalam talian dengan lebih pantas melalui panduan ekspres kami.
2. Aktifkan Point of Sale Mudah Alih (mPOS)
Sistem mPOS daripada EasyStore membolehkan transaksi pembelian dalam kedai dilakukan dengan lancar.
Tingkatkan operasi anda dengan:
- Pintasan Pantas (Quick Shortcuts): Sesuaikan tindakan pantas untuk proses pembayaran yang lebih cekap.
- Pengurusan Syif: Urus dan pantau prestasi kakitangan dan jualan.
- Papan Pemuka Maklumat Pelanggan: Akses butiran keahlian dan sejarah pembelian untuk strategi jualan tambahan yang lebih tepat (upselling).
- Pembayaran Tanpa Tunai: Tawarkan pilihan seperti DuitNow QR dan pindahan bank.
- Resit Berlogo: Letakkan logo dan mesej dari jenama anda di resit fizikal dan digital.
- Pengalaman POS Dua Skrin: Manfaatkan ciri desktop dwi-skrin Sunmi T2 untuk meningkatkan penglibatan pelanggan semasa proses checkout
3. Laksanakan Program Unified Membership
Peningkatan 5% dalam pengekalan pelanggan boleh membawa kepada kenaikan keuntungan sebanyak 25%.
Kukuhkan kesetiaan pelanggan melalui:
- Manfaat Ahli Eksklusif: Tawaran ganjaran berperingkat mengikut tahap (tier) untuk menggalakkan pembelian berulang.
- Baucar Hari Jadi: Hantar baucar hari jadi kepada pelanggan.
- Pendaftaran Mudah 2-Langkah: Permudahkan proses pendaftaran melalui pengesahan telefon atau e-mel.
- Integrasi Penyepaduan Saluran (Omni-Channel): Pastikan manfaat kesetiaan boleh diakses di semua platform jualan.
4. Lancarkan Aplikasi Ahli (Member App)
Tingkatkan penglibatan pelanggan dengan aplikasi khusus yang menawarkan:
- Kad Keahlian Digital: Memudahkan pengesahan diri untuk pelanggan di kedai fizikal.
- Notifikasi "Pop-Up": Maklumkan pelanggan tentang promosi dan kemas kini.
- Akses Katalog 24/7: Benarkan pelanggan melayari dan membeli pada bila-bila masa.
- Sejarah Pembelian: Memudahkan pelanggan merujuk pembelian melalui ciri 'pesanan semula'.
5. Tetapkan Inventori Berbilang Lokasi
Penuhi keperluan pelanggan seperti "Beli Dalam Talian, Ambil Di Kedai" (BOPIS) dengan:
Penyenaraian Semua Lokasi : Integrasikan semua cawangan fizikal ke dalam sistem EasyStore.
Pengagihan Inventori Strategik: Agihkan stok berdasarkan ramalan permintaan.
Kemas Kini Inventori Masa Nyata: Elakkan jualan berlebihan dan kehabisan stok.
6. Pengurusan Kakitangan yang Berkesan
Optimumkan prestasi pasukan anda dengan:
- Penyusunan Syif Strategik: Selaraskan jumlah kakitangan mengikut waktu puncak.
- Pengalaman Pelanggan yang Konsisten: Latih kakitangan untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang seragam di semua lokasi.
- Pemantauan Prestasi: Gunakan sistem pengurusan EasyStore untuk memantau metrik jualan individu.
7. Anjurkan Promosi dan Acara Eksklusif di Kedai
Tarik pelanggan ke kedai fizikal dan kukuhkan kesetiaan jenama dengan:
- Hebahan Jemputan: Sasarkan kumpulan pelanggan tertentu untuk menyertai acara anda.
- Promosi Dalam Talian: Gunakan bar pengumuman and pop-ups untuk memaklumkan kepada pelanggan.
- Pendaftaran Sebelum Acara: Uruskan acara lebih teratur menggunakan slot masa yang dijadualkan.
8. Sertai Acara "Pop-Up"
Luaskan jangkauan jenama anda dengan:
- Pilihan Produk Tepat: Tampilkan produk popular berdasarkan data jualan dalam talian.
- Objektif Jelas: Tetapkan matlamat untuk setiap acara menggunakan cerapan data.
- Promosi Media Sosial: Manfaatkan saluran digital untuk meningkatkan kehadiran pengunjung ke acara tersebut.
9. Sokongan Selepas Jualan
Tingkatkan kepuasan pelanggan dengan:
- Ucapan Terima Kasih: Hantar mesej penghargaan melalui SMS dan maklumkan mata ganjaran yang diperolehi.
- Kongsikan Tips Produk: Kongsi panduan penggunaan atau gaya-penggayaan untuk memberi nilai tambah.
- Tinjauan E-mel Automatik: Kumpul maklum balas untuk menambah baik pengalaman masa hadapan.
10. Tawarkan Pengalaman Membeli-belah yang Bersepadu
Pastikan pengalaman yang konsisten di semua saluran dengan:
- Interaksi Peribadi: Gunakan analitik data untuk menyesuaikan pengalaman setiap pelanggan.
- Pelaburan dalam Solusi UCX: Gunakan teknologi yang menyatukan operasi dalam talian dan luar talian.
Kesimpulan
Melaksanakan strategi Pengalaman Pelanggan Bersepadu (UCX) adalah kunci kejayaan perniagaan runcit pada tahun 2025.
Dengan mengikuti pelan 10-langkah ini dan memanfaatkan penyelesaian menyeluruh daripada EasyStore, peniaga dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, memacu jualan, dan mencapai pertumbuhan yang mampan dalam pasaran yang semakin kompetitif.
UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian
EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.
Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.