Bookcafe dan EasyStore: Menyalur 50,000 Buku Kepada Rakyat Malaysia

By EasyStore Team · 28th January, 2026

Bookcafe dan EasyStore: Menyalur 50,000 Buku Kepada Rakyat Malaysia | EasyStore
Table of Contents

Pada era di mana kandungan digital mendominasi tumpuan masyarakat, Bookcafe yang merupakan kedai buku tempatan tetap teguh dengan misinya untuk menyuntik ilmu negara. Melalui kerjasama erat bersama rakan solusi komersial iaitu EasyStore, Bookcafe berjaya menyalurkan lebih 50,000 naskhah buku kepada rakyat Malaysia sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Pencapaian ini bukan sekadar tentang angka jualan, tetapi ia merupakan satu pernyataan berani bahawa buku fizikal dan kedai buku masih relevan dan diminati oleh semua walaupun di zaman digital kini.

Memartabatkan Pengalaman Membaca Fizikal

Industri buku Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, daripada perubahan tingkah laku pengguna sehinggalah peningkatan kos operasi. Namun, kejayaan Bookcafe di PBAKL membuktikan bahawa permintaan terhadap buku fizikal masih utuh, malah semakin meningkat apabila digabungkan dengan teknologi pintar.

“Misi kami untuk menyinari ilmu boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara,”

— pasukan Bookcafe.

Salah satu inisiatif utama adalah 'kempen pendidik negara'. Selain diskaun kepada orang awam, Bookcafe menawarkan tawaran eksklusif untuk guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada “jurutera minda masyarakat" yang memainkan peranan penting dalam membentuk minda dan menyemai kecintaan terhadap membaca.

Bookcafe percaya bahawa akses kepada ilmu tidak seharusnya terhalang oleh cabaran yang boleh dielakkan dengan

saluran pembelian yang rumit seperti barisan panjang atau ruang yang terlalu sesak. Dengan menangani cabaran ini, mereka memastikan pembaca boleh menumpukan perhatian pada penemuan buku tanpa perlu memikirkan kesulitan.

“Pelanggan kami tidak lagi perlu mencari kaunter tertentu. Sama ada mereka berada di tingkat satu atau lima, mereka boleh membuat pembayaran di mana sahaja yang paling mudah sebab EasyStore memberikan kawalan penuh terhadap pengalaman membeli-belah mereka.”— pasukan Bookcafe.

Membeli Buku Jadi Lebih Mudah

Sepanjang 10 hari berturut-turut di PBAKL, Bookcafe memanfaatkan Penyelesaian Komersial Bersepadu (UCX)  EasyStore untuk memastikan setiap pembaca mempunyai pengalaman membeli-belah yang lancar tanpa tekanan.

Berikut adalah faktor yang membezakan pegalaman tersebut:

  • “Saya mahu, saya dapat!”: Pembeli yang melihat buku yang disukai boleh membelinya dalam beberapa saat sahaja. EasyStore membantu Bookcafe menguruskan jualan di lebih 20 kaunter secara serentak dari satu platform.
  • Pekerja sambilan? Tiada masalah: Walaupun kakitangan baru, mereka dapat mengendalikan pembayaran dengan yakin menggunakan sistem titik jualan (Point of Sale - POS) yang mudah dan cepat.
  • Manfaat keahlian sedia ada: Sama ada pelanggan lama atau baru, akaun ahli mereka dipaparkan serta-merta dengan pantas dan mudah
  • Pelbagai cara bayaran: Daripada e-dompet (e-wallet) hingga kad bank, Bookcafe menyediakan pelbagai cara pembayaran yang mudah dan fleksibel kepada pelanggan. Malah, sistem ini tersedia dengan e-Invois.
  • Perkhidmatan konsisten, di mana jua: Sama ada di gerai atau melayari dari rumah semasa PBAKL, pelanggan boleh menikmati koleksi buku dan kualiti perkhidmatan Bookcafe di mana-mana sahaja. 

Bagi mereka yang terlepas pameran? Buku Bookcafe masih boleh didapati di Shopee, TikTok Shop, dan kedai dalam talian mereka sendiri — menawarkan kemudahan dan pengalaman yang sama merentas semua saluran.

Memperkasakan Peniaga dalam Lanskap yang Berubah

“Kempen Bookcafe membuktikan apa yang boleh dicapai apabila tradisi bertemu inovasi dan kami berbangga menyokong jenama tempatan yang bukan sekadar menjual buku, tetapi berusaha untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dan menjadikan ilmu mudah diakses untuk semua orang.”— pasukan EasyStore.

Apabila jangkaan pelanggan meningkat, keperluan untuk perjalanan membeli-belah yang lancar dan fleksibel juga meningkat. EasyStore membantu peruncit memenuhi jangkaan ini dengan alat yang menghubungkan setiap titik sentuhan, daripada pameran buku hingga pesanan dalam talian, dalam satu sistem bersepadu.

Bersama EasyStore, Bookcafe merancang untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan melalui pemasaran yang diperibadikan, ganjaran kesetiaan, dan proses pembayaran yang lancar — sama ada pelanggan membeli di tapak pesta, di kedai fizikal, mahupun secara dalam talian.

Melalui kerjasama ini, Bookcafe dan EasyStore membuktikan keupayaan kedai buku moden: bersepadu sepenuhnya dan diangka khusus demi memenuhi keperluan pelanggan.

Mengenai Bookcafe

Bookcafe ialah kedai buku dalam talian dan fizikal di Malaysia yang berdedikasi untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan budaya membaca melalui buku yang mampu milik dan mudah diakses untuk semua peringkat umur serta minat.

Mengenai EasyStore

EasyStore ialah platform perdagangan bersepadu yang membantu perniagaan mengurus dan mengembangkan kedai dalam talian dan fizikal dari satu sistem tunggal. Dengan fokus pada penciptaan Pengalaman Pelanggan Bersepadu, EasyStore membolehkan jenama menyelaraskan operasi dan meningkatkan penglibatan pelanggan di semua saluran.