10 Strategi Terbukti untuk Mendapatkan 100 Pelanggan Pertama Secara Online

By Imaduddin Yahaya · 26th January, 2026

10 Strategi Terbukti untuk Mendapatkan 100 Pelanggan Pertama Secara Online | EasyStore

10 Strategi Terbukti untuk Mendapatkan 100 Pelanggan Pertama Secara Online

Anda baru sahaja melancarkan kedai dalam talian — jadi apa langkah seterusnya?

Pelanggan tidak akan muncul begitu sahaja tanpa usaha. Anda perlu mempromosikan jenama, produk, atau perkhidmatan anda secara aktif untuk menarik pembeli pertama.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 10 strategi berkesan untuk membantu anda mendapatkan 100 pelanggan pertama, sambil membina kredibiliti jenama anda.

Ringkasnya, Sales Funnel Bisnes adalah: 

Cipta kesedaran → Bina kepercayaan → Dorong pembelian.

1. Hebahkan Kepada Rakan dan Keluarga

Pelanggan pertama anda mungkin sudah ada dalam senarai kenalan anda.

Hubungi rakan-rakan dan ahli keluarga — minta mereka menyokong perniagaan baharu anda dengan membuat pesanan atau berkongsi pautan kedai anda dalam rangkaian mereka.

Walaupun mereka tidak membeli, hebahan ringkas daripada mereka mampu mencipta kesedaran yang berharga. Pemasaran "word-of-mouth" tetap antara alat pemasaran paling berkuasa, terutamanya pada peringkat awal.

2. Manfaatkan Media Sosial Secara Berkesan

EasyStore Leverage Social Media Effectively 

Media sosial adalah platform percuma yang berkuasa untuk menonjolkan kewujudan perniagaan anda secara dalam talian. 

Pilih platform yang sesuai dengan kumpulan sasaran dan mulakan dengan penghasilan kandungan yang menarik. 

Untuk berjaya, anda perlu menonjol dan menawarkan kandungan yang relevan dengan sasaran.

Tips untuk menarik pelanggan melalui media sosial:

  • Pastikan kandungan relevan: Fahami keperluan, masalah, dan kehendak sasaran anda. Sesuaikan kandungan anda untuk menjawab persoalan mereka secara langsung.

  • Visual menarik: Anda hanya ada 1.7 saat untuk menarik perhatian. Gunakan gambar atau video berkualiti tinggi. Alat percuma seperti Canva dan CapCut memudahkan pemula.
  • Kongsi nilai tambahan: Jangan hanya menjual. Kongsi panduan penjagaan produk, jawab soalan lazim (FAQ), minta pendapat kumpulan sasaran, atau anjurkan peraduan. 

3. Bekerjasama dengan Jenama Lain untuk Memperluas Pendedahan

EasyStore Partner with Other Brands for Visibility

Bina kredibiliti dengan mengaitkan perniagaan anda dengan jenama yang lebih kukuh. Berkolaborasilah dengan pembekal, pengedar, atau penyedia perkhidmatan. Tawarkan dengan perkongsian keuntungan, manfaat penajaan, atau diskaun sebagai pertukaran untuk sokongan mereka.

Contoh peluang: Semasa pandemik, inisiatif seperti Visa #WhereYouShopMatters membantu memaparkan perniagaan kecil secara percuma — memberi mereka pendedahan dan kredibiliti.

4. Optimumkan Kedai Anda untuk SEO

EasyStore Optimize Your Store for SEO

Kebanyakan pelanggan melakukan carian Google sebelum membeli. Untuk ditemui, laman web anda mestilah mesra enjin carian. SEO (Search Engine Optimization) adalah strategi jangka panjang yang menarik trafik percuma secara berterusan.

EasyStore menyediakan editor SEO untuk membantu mengoptimumkan laman web dengan mudah.

Tips:

  • Fokus pada kata kunci panjang (long-tail keywords). Contohnya, daripada “pakaian kolej,” gunakan “pakaian fashion terbaik untuk menonjol di kampus.”
  • Terbitkan kandungan yang berguna secara konsisten untuk meningkatkan keterlihatan.

Ketahui cara menambah trafik ke kedai anda walaupun pasaran sudah tepu, melalui panduan langkah demi langkah kami.

5. Jalankan Iklan Berbayar untuk Keputusan Pantas

EasyStore Run Paid Ads for Fast ResultsIklan berbayar adalah cara terpantas untuk membawa trafik dan mengukur pulangan pelaburan (ROI) anda.

Platform berbeza sesuai untuk matlamat berbeza:

  • Google Ads: Sesuai untuk sasaran pengguna yang sudah ada niat membeli.
  • Facebook/Instagram: Hebat untuk sasaran spesifik berdasarkan minat, lokasi, dan tingkah laku.

Pastikan anda kenal pasti audiens sasaran sebelum memilih platform.

6. Gunakan Pemasaran Gabungan AfiliasiEasyStore Use Affiliate Marketing

Daripada mengupah pasukan jualan sendiri, berikan peluang kepada orang lain untuk mempromosikan produk anda dengan bayaran komisen.

Afiliasi boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuklah rakan, pelanggan, influencer, atau penulis blog. 

Kaedah ini berisiko rendah dan berskala mudah kerana anda hanya membayar komisen apabila jualan sebenar berlaku. 

Untuk memudahkan penjejakan, gunakan sistem pemasaran afiliasi EasyStore. Tetapkan kadar komisen, jana pautan unik, dan biarkan sistem menjejaki semuanya.

7. Paparkan Testimoni PelangganEasyStore Showcase Customer Testimonials

Bukti sosial membina kepercayaan. Malah, 70% pelanggan menyatakan bahawa ulasan positif membuat mereka lebih yakin terhadap perniagaan.

Gunakan testimoni di:

  • Halaman produk
  • Media sosial
  • Emel
  • Pembungkusan
  • Iklan

Cara kumpul testimoni:

  • Semak ulasan di Facebook/Google
  • Letakkan kad terima kasih dalam bungkusan untuk minta maklum balas
  • Hantar emel susulan selepas pembelian

Lihat contoh jenama seperti Jobbie Nut Butter sebagai inspirasi.

8. Jadikan Diri Anda Sebagai Pakar

EasyStore Establish Yourself as an Expert

Apabila tiada banyak testimoni pelanggan, tonjolkan diri anda sebagai pakar dalam niche anda. Tunjukkan pengetahuan anda dan bagaimana produk anda boleh menyelesaikan masalah pelanggan.

Contoh kandungan untuk kelihatan pakar:

  • Hasilkan kandungan “cara-cara” (how-to). Ia antara frasa paling dicari di YouTube dan Google.
  • Jawab soalan secara proaktif. Sediakan bahagian FAQ yang membantu.

Contoh:

  • “Cara berpakaian kemas untuk pelajar kolej”
  • “Cara menjaga beg kulit buatan tangan”

Dengan memberi nilai secara konsisten, anda akan menarik pengikut setia dan pelanggan berpotensi.

9. Jalankan Promosi Tempoh TerhadEasyStore Run Limited-Time Promotions 

Semua orang sukakan tawaran menarik. Gunakan diskaun mengikut tempoh masa terhad untuk mencipta rasa tindakan pantas dan menggalakkan pembelian pertama.

Idea untuk cuba:

  • Letakkan diskaun pemasa detik (countdown timer) pada halaman produk
  • Tawarkan kod promosi untuk pelanggan baru
  • Edarkan kupon eksklusif melalui emel atau media sosial

Taktik ini membantu menarik perhatian, minat dan tingkatkan kadar jualan dengan cepat.

10. Bina Laman Web Cantik dan Mesra Pengguna

EasyStore Build a Beautiful, User-Friendly Website Claire Organics

Reka bentuk kedai anda sangat penting. Pelanggan akan memutuskan sama ada mahu terus melayari atau keluar dari laman web dalam masa beberapa saat sahaja. Laman yang bersih, menarik, dan mudah dilayari meningkatkan kadar penukaran.

Tips untuk laman web berkesan:

  • Pilih palet warna jenama yang konsisten
  • Gunakan foto produk berkualiti tinggi
  • Permudahkan navigasi dengan menu dan kategori yang jelas

Ambil inspirasi dari Claire Organics - laman web mereka bersih, mesra pengguna, dan profesional.

Kesimpulan

Mendapatkan 100 pesanan pertama tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi dengan strategi yang betul, ia pasti boleh dicapai.

Mulakan langkah anda dengan tips ini hari ini dan saksikan kedai anda berkembang secara stabil dengan pelanggan yang setia.

UCX Memenangi Hati Pelanggan Di Setiap Langkah Pembelian

EasyStore memperkasakan jenama tempatan melalui solusi Unified Customer Experience (UCX) dengan  mengutamakan dan meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan anda supaya mereka lebih suka dan puas membeli bersama anda.

Lebih daripada 50,000 jenama telah mengembangkan perniagaan mereka dengan strategi Unified Customer Experience (UCX), melalui EasyStore dengan merentasi pelbagai saluran jualan — kedai dalam talian, kedai fizikal, pemasaran mahupun media sosial — untuk memastikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan konsisten.